Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMM

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMM Akaun Facebook Rasmi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Merlimau Melaka ( JPP PMM )

[ πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 πŒπ„π’π‘π€ ππˆπ‡π€πŠ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπ„πƒπˆπ€πŒπ€π 𝐏𝐌𝐌 ]Untuk makluman semua, Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Pol...
11/06/2026

[ πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 πŒπ„π’π‘π€ ππˆπ‡π€πŠ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπ„πƒπˆπ€πŒπ€π 𝐏𝐌𝐌 ]

Untuk makluman semua, Pihak Pengurusan Kolej Kediaman Politeknik Merlimau Melaka ingin memberi peringatan penting mengenai Peraturan Kolej Kediaman Politeknik Merlimau Melaka yang perlu difahami dan dipatuhi sepenuhnya sebelum mendaftar masuk ke kolej kediaman.

⚠️ π“πˆππƒπ€πŠπ€π 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒 π€πŠπ€π πƒπˆπ€πŒππˆπ‹ π’π„πŠπˆπ‘π€ππ˜π€ πˆππ†πŠπ€π‘ !

πŸ“Œ π’π„ππ€π‘π€πˆ 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 (❌ π“πˆπƒπ€πŠ ππŽπ‹π„π‡ 𝐁𝐀𝐖𝐀):

- Iron / Iron Board
- Rice Cooker / Toaster / Cerek Air Besi / Pot / Set Memasak
- Ampai / Kipas Berdiri (lebih panas kuat) / Meja Belajar melebihi paras lutut
- Speaker / Guitar / Televisyen / Playstation
- V**e / Pod / Rokok / Lighter / Colok
- Tangkal / Cadar
- Dumbell Besi / Pelarus Rambut / Vacuum
- Peti Ais

πŸ“Œ π’π„ππ€π‘π€πˆ 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 π˜π€ππ† ππŽπ‹π„π‡ 𝐁𝐀𝐖𝐀 (βœ… πƒπˆππ„ππ€π‘πŠπ€π):

- Cerek Air Plastik (1 bilik 1 sahaja)
- Extension (3 soket sahaja)
- Gambar kepercayaan agama bersaiz passport sahaja (Non-Muslim)
- Charger Phone / Laptop
- Printer
- Langsir / Bantal / Cadar Tilam

πŸ’‘ 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 π“π€πŒππ€π‡π€π & 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ‹πŽπŠ :

🧺 π€πŒππ€πˆπ€π
- Dilarang membawa ampaian sendiri, gunakan yang sedia ada. Guna mesin basuh yang disediakan mengikut aras.

🚽 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒
- Jaga kebersihan, buang tuala wanita/sampah di tempat sepatutnya. Jangan tinggalkan baju dalam tandas.

πŸ”’ πŠπ„π‚π”π‘πˆπ€π
- Sentiasa kunci pintu bilik/loker setiap kali keluar. Jaga barangan berharga sendiri.

🚫 πƒπˆπ‹π€π‘π€ππ† πŒπ„π‘πŽπŠπŽπŠ
- Kawasan kolej kediaman/kampus adalah zon larangan merokok & v**e.

⏰ ππ€π“π”π‡πˆ π–π€πŠπ“π”
- Berada di dalam bilik masing-masing sebelum jam 11:00 malam.

πŸ‘• ππ€πŠπ€πˆπ€π π’πŽππ€π
- Sentiasa berpakaian sopan dan menutup aurat.

Yang Menjalankan Amanah,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Merlimau Melaka Sesi 2026/2027

β€œ πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€, πŒπ„πŒπ€π‚π” π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ β€œ


NADI POLYCC

[ πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π π’π„πŒπ”π‹π€ ππ„ππ„πŒππ€π“π€π πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπ„πƒπˆπ€πŒπ€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π’π„ππˆπŽπ‘ π’π„π’πˆ 𝐈 : πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ]Untuk makluman semua, Jabat...
11/06/2026

[ πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π π’π„πŒπ”π‹π€ ππ„ππ„πŒππ€π“π€π πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπ„πƒπˆπ€πŒπ€π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π’π„ππˆπŽπ‘ π’π„π’πˆ 𝐈 : πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ]

Untuk makluman semua, Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) bersama Pengurusan Kolej Kediaman Politeknik Merlimau Melaka ingin memaklumkan kepada semua pelajar senior yang telah menerima tawaran Kamsis bagi Sesi 1: 2026/2027, bahawa terdapat pindaan dan penyelarasan semula bagi penempatan tersebut merujuk ketetapan berikut:

πŸ“ŒπŠπ„π”π“π€πŒπ€π€π ππ„ππ„πŒππ€π“π€π :
- Keutamaan penempatan Kolej Kediaman diberikan sepenuhnya kepada PELAJAR BAHARU Sesi I 2026/2027 berikutan kapasiti penginapan yang terhad.

πŸ“Œ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 π’π„ππˆπŽπ‘ πƒπˆππ€π“π€π‹πŠπ€π :
- Sehubungan itu, tawaran penempatan yang telah diberikan kepada pelajar senior sebelum ini TIDAK DAPAT DITERUSKAN (TIDAK DITAWARKAN) bagi Sesi I 2026/2027.

πŸ“Œ ππ„π‘π’πˆπ€ππ€π ππ„ππ†πˆππ€ππ€π :
- Pelajar senior yang terlibat diminta untuk membuat persediaan bagi mendapatkan penginapan alternatif (rumah sewa) di luar kampus.

πŸ“Œ 𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 ππ€π˜π€π‘π€π ππ€π‹πˆπŠ :
- Pelajar yang telah membuat bayaran berkaitan penempatan Kolej Kediaman boleh membuat tuntutan bayaran balik mengikut prosedur yang ditetapkan. Maklumat lanjut mengenai proses ini akan dimaklumkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Kepada pelajar yang ingin mendapatkan maklumat atau sedang mencari rumah sewa boleh sertai group telegram melalui link tersebut.
πŸ”— https://t.me/+CuWMppzE_Nw0MzY1

Semoga semua pelajar senior yang terlibat dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan segera mengambil tindakan sewajarnya bagi urusan penginapan luar kampus.

Yang Menjalankan Amanah,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Politeknik Merlimau Melaka Sesi 2026/2027

β€œ πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€, πŒπ„πŒπ€π‚π” π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ β€œ


NADI POLYCC

[ π’π˜π€ππ€π’ & π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π‹πˆπŒπ€π” πŒπ„π‹π€πŠπ€ πƒπˆπ€π“π€π’ πŠπ„ππ”π“π”π’π€π ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈...
07/06/2026

[ π’π˜π€ππ€π’ & π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π‹πˆπŒπ€π” πŒπ„π‹π€πŠπ€ πƒπˆπ€π“π€π’ πŠπ„ππ”π“π”π’π€π ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„πŒπ„π’π“π„π‘ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈 : πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Melaka Sayang Rakyat dan Salam PMM Warriors.

Barisan Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Merlimau Melaka merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada seluruh mahasiswa PMM atas pencapaian yang diperoleh dalam Peperiksaan Akhir Semester Sesi II: 2025/2026.

Kejayaan yang diraih hari ini adalah hasil daripada usaha, komitmen dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang semester.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Bagi yang belum mencapai sasaran yang diimpikan, teruskan berusaha dan jadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk melakar kejayaan yang lebih baik.

π’π˜π€ππ€π’ & π“π€π‡ππˆπ€π‡ π’π„πŒπ”π€β—οΈ

Yang Menjalankan Amanah,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Merlimau Melaka Sesi 2026/2027.

β€œ πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€, πŒπ„πŒπ€π‚π” π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ β€œ


[ πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ€π”ππ“π„π‘ 𝐁𝐉𝐓 ]Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Melaka Sayang Rakyat & Salam PMM Warri...
03/06/2026

[ πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πŠπ€π”ππ“π„π‘ 𝐁𝐉𝐓 ]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Melaka Sayang Rakyat & Salam PMM Warriors.

Untuk makluman semua calon pelajar Politeknik Merlimau Melaka, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Merlimau Melaka ingin memaklumkan bahawa Kaunter Serahan Dokumen BJT akan dibuka bagi memudahkan urusan pelajar baharu dengan ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 3 Jun 2026 (Rabu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Lokasi: Foyer Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)

Kaunter ini dibuka kepada semua pelajar bagi urusan penyerahan dokumen BJT.

Sehubungan itu, diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya bagi melancarkan urusan masing-masing.

Yang Menjalankan Amanah,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Merlimau Melaka Sesi 2026/2027

β€œπŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€, πŒπ„πŒπ€π‚π” π€π’ππˆπ‘π€π’πˆβ€


[ πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ” : π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π π‘π€π’πŒπˆ πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€...
01/06/2026

[ πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ” : π’π„πŒππ„ππ€ π’π€πŒππ”π“π€π 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π π‘π€π’πŒπˆ πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 πˆππ‘π€π‡πˆπŒ ]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI, Melaka Maju Jaya, Rakyat Bahagia & Salam PMM Warriors.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Merlimau Melaka dengan penuh takzim merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang berkekalan serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT dalam memayungi kedaulatan negara dan memimpin rakyat Malaysia ke arah kemakmuran serta perpaduan yang berterusan.

Seluruh warga JPP Politeknik Merlimau Melaka turut mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus diberkati serta membawa kemajuan, keamanan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku!

πŸ‘‘ πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ” πŸ‘‘

Sembah Takzim Daripada,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Merlimau Melaka
Sesi 2026/2027

β€œπŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€, πŒπ„πŒπ€π‚π” π€π’ππˆπ‘π€π’πˆβ€



PoliteknikMerlimau POLYCC
PMM2627

πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 π’π„πŒπ€πŠπ€π πŠπ„ππ”π“π”π’π€π π‘π€π’πŒπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„π’πˆ 𝟐 πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ” ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π‹πˆπŒπ€π” πŒπ„π‹π€πŠπ€Assalamualaikum, Salam Se...
01/06/2026

πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 π’π„πŒπ€πŠπ€π πŠπ„ππ”π“π”π’π€π π‘π€π’πŒπˆ ππ„ππ„π‘πˆπŠπ’π€π€π π€πŠπ‡πˆπ‘ π’π„π’πˆ 𝟐 πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ” ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π‘π‹πˆπŒπ€π” πŒπ„π‹π€πŠπ€

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Melaka Sayang Rakyat & Salam PMM Warriors.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Merlimau Melaka ingin memaklumkan bahawa Keputusan Rasmi Peperiksaan Akhir Sesi 2 2025/2026 akan diumumkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

πŸ—‚οΈ 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 π’π„πŒπ€πŠπ€π πŠπ„ππ”π“π”π’π€π

πŸŽ“ DIPLOMA
πŸ“… Isnin, 8 Jun 2026

πŸŽ“ ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
πŸ“… Khamis, 11 Jun 2026

πŸ“« πŠπ€π„πƒπ€π‡ π’π„πŒπ€πŠπ€π

Semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) masing-masing pada tarikh yang dinyatakan.

πŸ“Œ Pelajar dinasihatkan untuk membuat semakan mengikut tarikh program yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan sistem.

⚠️ Sila pastikan anda membuat semakan pada tarikh yang berkenaan.

✨ Semoga berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang!

Yang Menjalankan Amanah,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
Politeknik Merlimau Melaka
Sesi 2026/2027

β€œπŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€, πŒπ„πŒπ€π‚π” π€π’ππˆπ‘π€π’πˆβ€

PMM2627

TAHNIAH KEPADA BAKAL PELAJAR BAHARU PMM SESI 2026/2027πŸ“± PENYERTAAN TELEGRAM RASMI (WAJIB)Semua bakal pelajar DIWAJIBKAN ...
30/05/2026

TAHNIAH KEPADA BAKAL PELAJAR BAHARU PMM SESI 2026/2027

πŸ“± PENYERTAAN TELEGRAM RASMI (WAJIB)
Semua bakal pelajar DIWAJIBKAN menyertai kumpulan Telegram rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan pendaftaran dan perkara-perkara penting.
➑️ Sertai di pautan berikut :
πŸ”— *ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN* https://t.me/+02z_dTQs4d82ZDY1

πŸ”— *DIPLOMA* https://t.me/+0O4tS4SB8XtjMGRl

πŸ“ LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN
LANGKAH 1

Semak status tawaran melalui pautan berikut:
πŸ”— https://ambilan.mypolycc.edu.my/semakantawaran/polycc/index.asp

LANGKAH 2

Cetak Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-BAPP).

πŸ“„ PENYEDIAAN DOKUMEN BJT

Semua dokumen wajib disahkan/cop tangan oleh pihak berautoriti.

Dokumen yang perlu dilengkapkan:

Borang Jawapan Tawaran (BJT-BAPP)
Salinan surat tawaran (disahkan)
Salinan kad pengenalan (disahkan)
Salinan keputusan SPM/SVM (disahkan) – sertakan semua slip yang pernah diduduki
Salinan sijil berhenti sekolah (disahkan)

πŸ“¦ Penghantaran Dokumen
Dokumen lengkap perlu dipos atau dihantar sendiri (bagi yang berdekatan) ke :

Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Politeknik Merlimau Melaka

Hantar segera selepas lengkap.

πŸ”Ž SEMAKAN PENERIMAAN BJT

Semakan status penerimaan dokumen boleh dibuat di pautan berikut:
πŸ‘‰ https://ambilan.mypolycc.edu.my/semakantawaran/polycc/index.asp

πŸ—‚οΈ PENYERAHAN DOKUMEN SEMASA PENDAFTARAN

Borang HEP 1–6 yang lengkap perlu dibawa dan diserahkan semasa hari pendaftaran bersemuka pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran.
❗ Tidak perlu dihantar lebih awal.

πŸ“˜ INFO PENTING UNTUK PENGHANTARAN BJT

Bagi saudara/i yang telah menghantar BJT dan telah disahkan diterima oleh Politeknik Merlimau Melaka,
➑️ Tidak perlu pos semula BJT.
Anda hanya perlu membawa dokumen yang diperlukan pada hari lapor diri iaitu pada:
πŸ“… 18 Jun 2026 ( ASASI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN)
πŸ“… 22 Jun 2026 ( DIPLOMA )

🏠 MAKLUMAT LANJUT PENDAFTARAN

Info berkaitan urusan pelajar baharu akan dimaklumkan selepas proses penghantaran BJT selesai.
Portal rasmi rujukan:
πŸ”— https://www.jheppmm.com/portal/

πŸ“˜ Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu boleh dirujuk mulai 5 Jun 2026 di portal JHEP PMM.

[ πŠπ€π‹π„ππƒπ€π‘ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπˆππ‹πŽπŒπ€, π’πˆπ‰πˆπ‹ & π€π’π€π’πˆ π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π ]Assalamualaikum, Salam Sejahtera, S...
28/05/2026

[ πŠπ€π‹π„ππƒπ€π‘ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπˆππ‹πŽπŒπ€, π’πˆπ‰πˆπ‹ & π€π’π€π’πˆ π“π„πŠππŽπ‹πŽπ†πˆ πŠπ„π‰π”π‘π”π“π„π‘π€π€π ]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Melaka Sayang Rakyat & Salam PMM Warriors.

Untuk makluman seluruh warga Politeknik dan Kolej Komuniti, Kalendar Akademik Sesi 2026/2027 bagi Program Diploma, Sijil serta Program Asasi Teknologi Kejuruteraan telah rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kalendar akademik ini mengandungi pelbagai maklumat penting antaranya : πŸ“š Tarikh permulaan dan tamat semester
πŸ“ Minggu pengajaran dan peperiksaan
🌴 Cuti pertengahan serta akhir semester
πŸŽ“ Minggu aktiviti pelajar dan latihan industri

πŸ“Œ ππ€π’π“πˆπŠπ€π 𝐀𝐍𝐃𝐀 πŒπ„ππ˜π„πŒπ€πŠ πŠπ€π‹π„ππƒπ€π‘ 𝐈𝐍𝐈 ππ€π†πˆ πŒπ„π‘π€ππ‚π€ππ† 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π, π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ πŠπŽπŠπ”π‘πˆπŠπ”π‹π”πŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π‹π„ππˆπ‡ 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔R

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pelajar dan pensyarah dalam membuat perancangan akademik yang lebih tersusun dan efisien sepanjang sesi pengajian.

β€œ πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€, πŒπ„πŒπ€π‚π” π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ ”


[ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” ]Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Melaka Sayang Rak...
26/05/2026

[ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸŽπŸπŸ” ]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Melaka Sayang Rakyat & Salam PMM Warriors.

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Merlimau Melaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Politeknik Merlimau Melaka.

Hari Raya Aidiladha mengingatkan kita akan erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai seorang insan.

Semoga sambutan Aidiladha ini memberi keinsafan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita, di samping menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸ•Œ

Yang Menjalankan Amanah,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Merlimau Melaka Sesi 2026/2027

β€œ πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€, πŒπ„πŒπ€π‚π” π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ ”


Address

Politeknik Merlimau Melaka, KM 2.5, Jalan Merlimau-Jasin, Melaka
Merlimau
77300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMM:

Share