Pemanah Jasin

Pemanah Jasin Wibawa Rakyat

Agaknya ramai ke nak datang program kita?Kita kan kecil aje? Itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran kami. Mesyu...
16/05/2026

Agaknya ramai ke nak datang program kita?Kita kan kecil aje? Itulah persoalan yang selalu bermain di fikiran kami.

Mesyuarat Agung Tahunan PEMANAH Kawasan Jasin bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Sesi pada tahun ini bukan sekadar memenuhi tuntutan pentadbiran organisasi,

malah diangkat sebagai platform penting untuk meneliti prestasi perjalanan program tahunan, disusuli dengan ruang muhasabah bersama barisan kepimpinan dan anggota.

Berikut adalah intipati dan resolusi utama yang dicapai:

0⃣1⃣1. Prinsip Perjuangan: Memperkasa Ummah & Dakwah

Penekanan utama mesyuarat adalah bagi memperbaharui komitmen bersama.

Ditegaskan bahawa penyertaan dalam wadah parti dan jemaah ini adalah berpaksikan urusan kelangsungan dakwah dan kebajikan ummah,

bukan bermatlamatkan kuasa mahupun kedudukan.

Sebaliknya, sebarang posisi kepimpinan dan kuasa yang diamanahkan wajib dioptimumkan sebagai instrumen untuk membela nasib rrakyat

Inilah justifikasi utama mengapa sebuah gerakan Islam memerlukan kapasiti kuasa dalam tadbir urus pemerintahan,

demi menterjemahkan amanah menjadi tindakan berkesan.

0⃣2⃣2. Laporan Prestasi & Tadbir Urus Tahunan

Bagi kitaran tahun lalu, barisan pemuda telah membuktikan komitmen jitu melalui pelaksanaan 14 Program Utama.

Berbekalkan pengurusan kewangan yang strategik dengan peruntukan sekitar RM30,000.00, sebarang kekurangan mahupun kelemahan tidak menjadi penghalang.

PEMANAH Jasin terus proaktif dalam menggerakkan pelbagai inisiatif bagi memastikan manfaat yang disasarkan sampai terus kepada komuniti setempat.

0⃣3⃣Pemerkasaan Belia untuk 'Negara Rahmah'

Mesyuarat dilabuhkan dengan ucapan penggulungan oleh Ketua Pemuda PEMANAH Jasin.

Fokus dan visi ke hadapan disasarkan kepada pemerkasaan peranan strategik golongan belia dan anak muda.

Golongan ini perlu diangkat sebagai pemangkin utama dalam merealisasikan gagasan bagi membina sebuah negara yang mengamalkan konsep 'Rahmah', sebuah pentadbiran yang penyayang, progresif, dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

PEMANAH Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

Kami komited untuk terus berkhidmat, memacu perubahan positif, dan mengangkat martabat ummah secara berterusan.

"Membina Negara Rahmah, Memacu Kebangkitan Ummah"

PERTANDINGAN “THE BIGGEST LOSER”Assalamualaikum dan salam sejahtera,Setelah melalui tempoh pertandingan yang penuh disip...
24/03/2026

PERTANDINGAN “THE BIGGEST LOSER”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah melalui tempoh pertandingan yang penuh disiplin, usaha dan komitmen — dari hari pertama hingga hari terakhir program — kini tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua peserta.

Sepanjang tempoh pertandingan ini, para peserta telah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dalam menjaga pemakanan, meningkatkan aktiviti fizikal dan memperbaiki gaya hidup yang lebih sihat.
Ini bukan sekadar pertandingan menurunkan berat badan, tetapi satu perjalanan perubahan diri — dari segi kesihatan, keyakinan dan disiplin.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan cabaran ini dengan penuh semangat.



Cara Pengiraan Pemenang

Untuk memastikan pertandingan ini adil kepada semua peserta, pemenang tidak ditentukan berdasarkan jumlah kilogram semata-mata, tetapi berdasarkan peratus penurunan berat badan (%).

Ini kerana setiap peserta mempunyai berat badan permulaan yang berbeza.

Formula yang digunakan adalah:

Peratus Penurunan Berat (%)

(Berat Awal − Berat Akhir) ÷ Berat Awal × 100

Contoh pengiraan:
• Berat awal: 90 kg
• Berat akhir: 81 kg
• Penurunan berat: 9 kg

Pengiraan:

(9 ÷ 90) × 100 = 10%

Maka peserta tersebut mencatatkan 10% penurunan berat badan

Peserta yang mempunyai peratus penurunan tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.



Keputusan Pertandingan

Dengan ini, berdasarkan rekod rasmi timbang berat badan dan pengiraan yang telah disahkan oleh pihak penganjur:

Johan “The Biggest Loser”
dengan penurunan berat badan sebanyak:

___ %

adalah:

🥇 [Muhammad Sharul Fitri bin azhar] (5.41%)

Pemenang Sagu Hati:
1. Nurul Nursyaherah binti Musa (5.04%)
2. MOHAMMAD NAZRI BIN HARIS (4.38%)
3. NURR IZATIE BT ABU JAMIL (3.18%)
4. AHMAD HAMDI BIN A.HAMID (4.35%)
5. NORALIAH BINTI MD. NOR (2.34%)
6. NABILA ASYIKIN BINTI MOHD ALI (4.11%)

Penutup

Sekali lagi, tahniah kepada para pemenang dan juga semua peserta yang telah menyertai program ini.

Hakikatnya, kemenangan sebenar bukan sekadar pada angka di atas penimbang, tetapi pada perubahan gaya hidup yang lebih sihat dan berkekalan.

Semoga usaha yang dimulakan dalam program ini menjadi titik permulaan kepada kehidupan yang lebih sihat untuk diri sendiri dan keluarga.

Terima kasih atas penyertaan dan komitmen semua.
Kita jumpa lagi dalam edisi seterusnya.

Malam ni kita buat edaran MOREH MERIAH sekitar Bemban, Jasin untuk abang-akak kita yang kerja 'shift' malam.Nak datang i...
06/03/2026

Malam ni kita buat edaran MOREH MERIAH sekitar Bemban, Jasin untuk abang-akak kita yang kerja 'shift' malam.

Nak datang ikut kita sekali pun boleh, boleh kita kita ngeteh atau ngopi sambil menikmati moreh sama-sama lepas edaran.

📅 Jumaat, 6 Mac 2026
🕘 9.00 malam
📍 Sekitar Bemban, Jasin

Kita meriahkan 15 malam Ramadan terakhir ini dengan suasana santai dan penuh ukhuwah.

Jumpa malam ni! Jangan malu, tegur la yea.... 😉

Benar. Individu yang lebih bersih wajar dilantik untuk tangani korupsi.
24/02/2026

Benar. Individu yang lebih bersih wajar dilantik untuk tangani korupsi.

Tak perlu beri banyak alasan, tak perlu kita berlengah-lengah, Tan Sri Azam Baki mesti berundur dan benarkan siasatan dijalankan dengan telus.

Pemuda AMANAH Melaka menyokong sepenuhnya panggilan supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM melepaskan jawatan tersebut disebabkan oleh kontroversi yang sedang melanda.

Pengunduran Tan Sri sudah pasti akan mengembalikan keyakinan rakyat kepada komitmen anti rasuah yang di bawa oleh Kerajaan hari ini.

Rakyat sedang memerhati dan sedang menilai keberanian dan keteguhan kita dalam melaksanakan kata-kata.

Lantik individu baru yang bersih dan bebas bias politik. Selagi mana rasuah tidak dilawan dari kepala sampai ke ekor, Malaysia akan terus merana.

Undur Azam Baki!

Selalu kita dengar cerita-cerita hebat tentang pusat komuniti Islam yang membela nasib masyarakat.Jika di Kedah orang se...
21/02/2026

Selalu kita dengar cerita-cerita hebat tentang pusat komuniti Islam yang membela nasib masyarakat.

Jika di Kedah orang selalu bersembang tentang kehebatan inisiatif MADAD (Murtadha Dakwah Centre), di bumi Hang Tuah ini juga tak kurang hebatnya.

Bezanya, 'hero' di Melaka ini adalah sebuah monumen tua yang telah berdiri megah sejak ratusan tahun lalu, Masjid Kampung Hulu.

Bayangkan pada hari Jumaat.

Cahaya matahari Melaka tegak di atas kepala, panasnya menggigit kulit.

Di satu sudut saf belakang, ada seorang jemaah.

Mungkin seorang pakcik tua, atau mungkin seorang pemuda yang baru kehilangan kerja bulan lepas.

Dia datang menadah tangan memohon keampunan, ya.

Tetapi jauh di sudut hatinya, perut yang berkeroncong sejak pagi mengharapkan sesuatu selepas imam memberi salam.

Dia datang ke masjid hari itu bukan sekadar untuk solat, tapi kerana di dalam poketnya langsung tiada wang untuk membeli sebungkus nasi.

Dan teka apa?

Di Masjid Kampung Hulu, jemaah seperti ini tidak akan diizinkan p**ang dengan perut kosong.
Kenduri Hari Jumaat: Tiada Siapa Bertanya Siapa Kau

Habis sahaja doa diaminkan, perkarangan masjid bersejarah ini bertukar menjadi 'dapur rakyat'.

Suasananya meriah mengalahkan kenduri! Tradisi "Sedekah Jumaat" di sini sangat luar biasa.

Terdapat barisan makanan yang disumbangkan oleh pihak masjid, individu, dan hamba Allah yang tidak mahu dikenali.

Nasi briyani, nasi berlauk, kuih-muih, sehinggalah ke air sirap sejuk—semuanya ada.

Bagi pelancong yang singgah selepas penat pusing Bandar Hilir, ini mungkin rezeki terpijak.

Tetapi bagi jemaah yang benar-benar terputus wang tadi, ini adalah 'talian hayat'.

Waktu ini, tiada siapa yang akan bertanya status bank kau.

Tiada siapa pandang sinis jika kau menambah lauk.

Di halaman masjid ini, asnaf, jutawan, pekerja kilang, dan menteri bernilai sama—semuanya adalah tetamu Allah yang diraikan.
Seni Bina 'Rare' Melangkaui Zaman

Sambil mengunyah makanan, cuba dongak ke atas. Berbeza dengan masjid moden, kita takkan jumpa kubah bulat ala Timur Tengah di sini.

Dibina pada tahun 1728 oleh seorang tokoh Cina Muslim bernama Datuk Samsuddin bin Arom, masjid ini adalah bukti visual perpaduan masyarakat.

Bumbungnya berlapis tiga seakan piramid jawa, menara azannya p**a saling tak tumpah macam bentuk pagoda, dan atapnya menggunakan genting seramik Cina.

Walaupun dibina ketika era penjajahan Belanda, masjid ini berdiri utuh sebagai pusat penyatuan orang Melayu dan Muslim di Melaka, dan fungsinya itu kekal sehingga ke detik ini.
Syahdunya Ramadan di Kampung Hulu

Kalau kau rasa hari Jumaat dah cukup meriah, tunggu sampai masuk bulan Ramadan.

Masjid ini tidak pernah tidur.

Waktu Iftar (berbuka), dulang-dulang makanan tersusun rapi.

Sama ada kau orang tempatan, atau musafir yang tersesat jalan akibat kesesakan di Jonker Walk, semua dipelawa duduk bersila dan makan bersama-sama secara percuma.

Habis Tarawih, jemaah disambung p**a dengan jamuan moreh.

Paling syahdu adalah apabila tiba 10 malam terakhir Ramadan.

Masjid Kampung Hulu akan penuh dengan jemaah yang beriktikaf mencari Lailatul Qadar.

Usai tangisan dalam solat Qiyamullail dan Tahajjud menjelang pagi, pihak masjid dan para penyumbang setia menghidangkan juadah sahur panas-panas sebelum masuknya waktu Subuh.

Masjid Kampung Hulu mengajar kita satu realiti yang semakin dilupakan.

Fungsi masjid bukan sekadar hamparan permaidani cantik untuk sujud semata-mata.

Ia adalah nadi masyarakat.

Ia tempat orang lapar mencari kenyang, dan tempat hati yang resah mencari tenang.

Sebuah sejarah yang hidup, bernafas, dan terus berbakti.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Azri Abdullah atas pelantikan sebagai Ketua Pemuda AM...
20/01/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Azri Abdullah atas pelantikan sebagai Ketua Pemuda AMANAH Negeri Melaka yang baharu.

Pelantikan ini merupakan satu manifestasi kepercayaan terhadap kewibawaan dan kepimpinan Saudara untuk mengemudi sayap Pemuda ke arah yang lebih dinamik.

Kami yakin dengan latar belakang dan ketokohan Saudara, aspirasi anak muda Melaka akan terus diperjuangkan demi masa depan yang lebih cemerlang.

Semoga Saudara dapat memikul amanah ini dengan penuh dedikasi, integriti, dan istiqamah dalam mendukung gagasan Rahmatan Lil Alamin dan Malaysia MADANI.

Selamat Maju Jaya!

Selamat Hari Deepavali!Saya mewakili Pemuda AMANAH Kawasan Jasin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepa...
19/10/2025

Selamat Hari Deepavali!

Saya mewakili Pemuda AMANAH Kawasan Jasin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan yang meraikannya di seluruh negara.

Deepavali ini, marilah kita sama-sama menyalakan cahaya kebaikan dan perpaduan dalam diri kita.
Walau berbeza bangsa dan agama, kita tetap satu keluarga besar di bumi Malaysia,saling menghormati, saling menyokong, dan terus maju bersama.

Kepada yang balik kampung, pandu cermat dan nikmati masa bersama keluarga tersayang.
Semoga perayaan kali ini membawa kebahagiaan, ketenangan, dan harapan baharu buat semua.

Selamat Deepavali!


Address

Taman Debunga
Merlimau
77300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemanah Jasin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share