JPKK Sungai Rambai Utara

Call Directions

JPKK Sungai Rambai Utara Berfungsi untuk membuat perancangan dan pelaksanaan projek/program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat.

Menyalurkan sebarang permasalahan kepada pihak-pihak yang berkuasa berkaitan isu yang timbul di peringkat kampung.

Julung-julung kali diadakan Santai-Santai Memancing Puyu di Jalan Parit Daka Sungai Rambai Utara. Apa tunggu lagi warga ...
30/06/2026

Julung-julung kali diadakan Santai-Santai Memancing Puyu di Jalan Parit Daka Sungai Rambai Utara.

Apa tunggu lagi warga Sungai Rambai Utara dan seluruh Dun Sungai Rambai. Ayuh meriahkan lagi dan bawa sebanyak-banyak joran yang ada. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor yang tertera.

Festival Hello Komoditi Dun Sungai Rambai 2026 membawakan pertandingan Sukan Rakyat khas untuk semua masyarakat bagi set...
29/06/2026

Festival Hello Komoditi Dun Sungai Rambai 2026 membawakan pertandingan Sukan Rakyat khas untuk semua masyarakat bagi setiap JPKK dalam Dun Sungai Rambai.

Warga masyarakat Sungai Rambai Utara, apa tunggu lagi !! Hubungi nombor telefon tertera untuk pendaftaran.

Kerja-kerja pemasangan lampu solar yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Jalan Muar Melaka Pekan Sungai Rambai.JPKK S...
25/06/2026

Kerja-kerja pemasangan lampu solar yang telah dilaksanakan baru-baru ini di Jalan Muar Melaka Pekan Sungai Rambai.

JPKK Sungai Rambai Utara merakamkan ucapan ribuan terima kasih khususnya kepada pihak Japerun Sungai Rambai atas keprihatinan dalam permohonan JPKK Sungai Rambai Utara bagi mendapatkan beberapa unit tiang lampu solar untuk kawasan-kawasan yang sangat diperlukan.

En Abd Rahman Bin Yusof, Pengerusi JPKK Sungai Rambai Utara turut hadir bersama ke Mesyuarat Pelantikan Jawatankuasa KRT...
25/06/2026

En Abd Rahman Bin Yusof, Pengerusi JPKK Sungai Rambai Utara turut hadir bersama ke Mesyuarat Pelantikan Jawatankuasa KRT Sungai Rambai Barat Sesi 2026-2029 yang telah diadakan baru-baru ini bertempat di Balairaya Jalan Tambak Merah.

Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa KRT Sungai Rambai Barat yang baru dipilih dan diucapkan selamat maju jaya.

Tarikh : 23.6.2026Masa : 8.45 mlmTempat : Balairaya Jalan Tambak Merah.Mesyuarat Jawatankuasa JPKK Sungai Rambai Utara B...
23/06/2026

Tarikh : 23.6.2026
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Balairaya Jalan Tambak Merah.

Mesyuarat Jawatankuasa JPKK Sungai Rambai Utara Bil 6/2026.
- Membincangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan Sg Rambai Utara.
- Menerangkan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN SUNGAI RAMBAI.

Berdasarkan aduan yang telah dipanjangkan oleh pihak JPKK Sungai Rambai Utara, tindakan pantas telah diambil oleh pihak ...
23/06/2026

Berdasarkan aduan yang telah dipanjangkan oleh pihak JPKK Sungai Rambai Utara, tindakan pantas telah diambil oleh pihak Selia Selenggara bagi membersihkan keadaan longkang yang tersumbat di kawasan Jalan Muar Melaka Pekan Sungai Rambai.

JPKK Sungai Rambai Utara merakamkan ucapan terima kasih atas tindakan pantas tersebut bagi mengelakkan masalah saliran tersumbat bertambah buruk.

JPKK Sungai Rambai Utara menerima aduan daripada masyarakat berhubung dengan keadaan longkang yang tersumbat disebabkan ...
23/06/2026

JPKK Sungai Rambai Utara menerima aduan daripada masyarakat berhubung dengan keadaan longkang yang tersumbat disebabkan sebuah batu yang tersangkut di dalam saluran longkang.

Tindakan daripada JPKK bagi memanjangkan aduan tersebut kepada pihak berkaitan untuk diselesaikan telah dilaksanakan. Semoga dapat perhatian yang sewajarnya untuk kerja-kerja penyelenggaraan longkang tersebut.

Dijemput kepada semua warga masyarakat Sungai Rambai Utara, Perkhidmatan JPJ Mobile akan diadakan pada esok hari (23 Jun...
22/06/2026

Dijemput kepada semua warga masyarakat Sungai Rambai Utara, Perkhidmatan JPJ Mobile akan diadakan pada esok hari (23 Jun 2026) bertempat di Perkarangan Pejabat Pos Sungai Rambai.

Pelbagai perkhidmatan disediakan untuk warga Sungai Rambai.

SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙Semoga lembaran baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan...
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙

Semoga lembaran baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan amal soleh serta mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT.

Ikhlas daripada :
JPKK Sungai Rambai Utara

JPKK Sungai Rambai Utara diwakili oleh Sdr Mohammad Fiza selaku Setiausaha JPKK hadir menyampaikan hadiah kepada para pe...
13/06/2026

JPKK Sungai Rambai Utara diwakili oleh Sdr Mohammad Fiza selaku Setiausaha JPKK hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Daerah Jasin Tahun 2026.

Kejohanan yang berlangsung selama satu hari ini telah dianjurkan bersama oleh Sungai Rambai Volleyball Club (SRVC) dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jasin.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan didoakan agar dipermudahkan urusan bagi para pemenang yang akan mewakili daerah jasin ke peringkat Negeri Melaka.

Address

Japerun Sungai Rambai Melaka
Merlimau
77400

Telephone

+601151390802

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Sungai Rambai Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share