Belia Merbok Prihatin

Directions Contact the organization

Belia Merbok Prihatin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Belia Merbok Prihatin, Charitable organisation, Merbok.

Laporan Ringkas Ziarah BMP11 Mei 2026IsninBMP telah menziarahi seorang pemuda dari kawasan Pokok Machang, Bukit Selambau...
13/05/2026

Laporan Ringkas Ziarah BMP

11 Mei 2026
Isnin

BMP telah menziarahi seorang pemuda dari kawasan Pokok Machang, Bukit Selambau yang kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan pada bahagian kaki.

Difahamkan, pada awalnya beliau hanya mengalami kecederaan kecil akibat terkena mata grinder dan mendapatkan rawatan jahitan. Namun selepas beberapa hari kembali bekerja, keadaan kaki mula membengkak sebelum disusuli demam dan jangkitan kuman yang semakin teruk sehingga menyebabkan bahagian tersebut bernanah. Akibat komplikasi itu, sebahagian kulit di bahagian atas kaki terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak.

Pihak BMP turut mengambil kesempatan memberi kata-kata semangat serta mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga beliau terus kuat menghadapi ujian ini dan kembali sihat seperti sediakala.🤲

11/05/2026

“Sakit patah kaki, sakit lagi telinga kena berletiaq,” sempat dia bergurau waktu menyambut kami.

Dalam setahun dua ni dah tiga kali Anas cedera akibat futsal,- kecederaan ACL, patah buku lali, & terkini patah tumit hingga kena pasang skru besi.

Memang patut pun keluarga & kenalan yang ziarah akan berletiaq sedaih…

Ziarah Kasih Lajnah Kebajikan DPPKM kali ni menyantuni Sdr. Anas Fitri.

Turut hadir ialah Ustaz Ku Ahmad Mukhlis (Naib KP PAS Negeri Kedah & Timb. KP PAS Kawasan Merbok) yang manyampaikan sedikit sumbangan tanda ingatan.

Semoga Anas cepat sembuh seperti sedia kala.

Harap dah pulih nanti berhati-hatilah dalam beriadah, jangan beriya macam final UCL.

“Erti muda pada berjuang.”

04/04/2026




BMP menziarahi seorang pemuda di Taman Ria yang dapur rumahnya hangus dijilat api di bulan Ramadan yang mulia ini. Dalam...
08/03/2026

BMP menziarahi seorang pemuda di Taman Ria yang dapur rumahnya hangus dijilat api di bulan Ramadan yang mulia ini. Dalam kesayuan itu, turut diziarahi seorang kanak-kanak di Taman Peruda yang sedang menahan kesakitan akibat patah tangan.

Tiada yang mampu diberi selain sedikit sumbangan tanda ingatan — namun di sebalik kecilnya pemberian itu, terselit doa dan harapan agar Allah meringankan ujian yang sedang mereka tanggung.

Di bulan penuh rahmat ini, hati siapa yang tidak tersentuh melihat mereka diuji… semoga Allah menggantikan setiap kesedihan dengan kekuatan dan kemuliaan.

Alhamdulillah hari ni BMP bersama Ahli Majlis MPSPK Zon 12 telah turun menyantuni pesakit dan keluarga di Hospital Sulta...
07/03/2026

Alhamdulillah hari ni BMP bersama Ahli Majlis MPSPK Zon 12 telah turun menyantuni pesakit dan keluarga di Hospital Sultan Abdul Halim dengan mengedarkan 200 pek makanan berbuka puasa melalui Program Iftar Prihatin.

Semoga sedikit sumbangan ini memberi kegembiraan dan meringankan beban mereka yang sedang diuji. 🤲

BMP juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi menjayakan program Ramadan ini.




BMP menziarahi beberapa pemuda sekitar Merbok yang diuji dengan kesakitan — ada yang kehilangan kaki dan ada yang terlan...
06/03/2026

BMP menziarahi beberapa pemuda sekitar Merbok yang diuji dengan kesakitan — ada yang kehilangan kaki dan ada yang terlantar akibat kemalangan.
Sedikit sumbangan disampaikan sebagai tanda ingatan, sambil mendoakan agar Allah mempermudahkan urusan dan memberi kekuatan kepada mereka menghadapi ujian hidup.

BMP juga membuka ruang sumbangan bagi memastikan program Ramadan ini berjalan lancar, semoga setiap bantuan dan doa member manfaat kepada mereka.

Alhamdulillah hari ni BMP santuni penduduk Batu Belacan dan dan Spice Village.Moga sedikit sumbangan ini dapat meringank...
27/02/2026

Alhamdulillah hari ni BMP santuni penduduk Batu Belacan dan dan Spice Village.

Moga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi manfaat buat semua.





25/02/2026

Memijak ayat suci Al-Quran bukan kesilapan kecil yang boleh dipadam dengan alasan dangkal. Itu adalah simbol keberanian menghina wahyu Tuhan. Dan apabila wahyu dipijak, yang tercalar bukan sekadar helaian mushaf — tetapi maruah iman seluruh umat.

Jika penghinaan terhadap Kalamullah tidak dibalas dengan ketegasan yang setimpal, maka kita sedang membiarkan api penghinaan itu menyala tanpa sekatan. Sejarah membuktikan, kelonggaran terhadap kebiadaban hari ini adalah benih kepada penghinaan yang lebih besar esok hari.

Kepimpinan agama tidak sepatutnya sekadar memetik kata damai untuk meredakan suasana. Ia adalah amanah menjaga kesucian wahyu. Terlalu lunak dalam mempertahankan Al-Quran bukan tanda hikmah, tetapi boleh menjadi tanda hilangnya ghairah mempertahankan kesucian.

Wahyu itu nur. Barangsiapa meremehkannya, sedang menempah kegelapan. Dan sesiapa yang diberi amanah menjaga agama, jangan sampai kelembutan yang tidak bertempat menjadi sebab cahaya itu dipijak tanpa rasa gerun.

Address

Merbok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia Merbok Prihatin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Belia Merbok Prihatin:

Shortcuts

Share