16/07/2026
PROGRAM JOM KACAU BUBUR ASYURA & MAJLIS ILMU PENGHAYATAN MAAL HIJRAH
🗓️ 07 Julai 2026 (Selasa)
🕣 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 PAWE Mentakab
Alhamdulillah, Program Jom Kacau Bubur Asyura & Majlis Ilmu Penghayatan Maal Hijrah telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama PAWE Mentakab, Klinik Kesihatan Bandar Mentakab dan Pejabat Parol & Perkhidmatan Komuniti Daerah Temerloh.
Antara pengisian program:
✅ Ceramah Pemakanan Sihat oleh Klinik Kesihatan Bandar Mentakab.
✅ Majlis Ilmu Penghayatan Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Md Noor Bin Mat Yatim, Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh.
✅ Gotong-royong mengacau Bubur Asyura bersama komuniti.
Terima kasih kepada semua agensi, ahli PAWE dan para sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga semangat ukhuwah, kerjasama dan kebersamaan ini terus berkekalan.
Wan Rosdy bin Wan Ismail
Dato' Sabariah Saidan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang