20/07/2026
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Balai Polis Mentakab, Tuan ASP Mohd Bijuri dan anggota ronda cegah jenayah (RCJ) BP Mentakab
Beliau amat memandang serius kes kecurian kabel yang berlaku di Taman Rimba. Beliau bukan sahaja turun padang sendiri untuk menjalankan siasatan, malah anggota polis peronda juga turut berada di lokasi untuk memberikan bantuan. Dengan kerjasama daripada orang ramai yang prihatin, mereka telah memasang semula penutup besi yang dialihkan demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
Ini merupakan kes kecurian kedua yang berlaku di kawasan tersebut pada bulan ini. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai yang ternampak mana-mana individu atau kenderaan yang mencurigakan agar segera menghubungi Balai Polis Mentakab di talian 09-277 1222 untuk bersama-sama membanteras jenayah!