Pebedap Reloaded

Pebedap Reloaded Persatuan Belia Kg. Dala/Punjung (Pebedap) merupakan sebuah organisasi belia yang berdaftar dengan ROY.

Kami bermula 9 tahun yang lepas demi memenuhi aspirasi kebersamaan kami bersama komuniti dalam membawa agenda perpaduan dan semangat kesukarelawan.

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.WAKTU ARAB SA...
05/06/2025

PERHATIAN!!

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - KHAMIS - 5 Jun 2025
Zuhur πŸ‡ΈπŸ‡¦ 12:22pm
Maghrib πŸ‡ΈπŸ‡¦ 7:04pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - JUMAAT - 6 Jun 2025
Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 5:22pm
Waktu πŸ‡²πŸ‡Ύ 12:04am

Bagi yg berada di πŸ‡²πŸ‡Ύ, Puasa pada Hari KHAMIS di kira puasa hari Tarwiyah manakala Puasa pada hari JUMAAT 6/6/2025 (9 Zulhijjah 1446H) dikira Puasa Arafah.

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

βœ”1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

βœ”2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

βœ”3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

βœ”4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

βœ”5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

βœ”6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

βœ”7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

βœ”8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

βœ”9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

βœ”10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

βœ”11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

βœ”12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
βœ”13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

βœ”14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

βœ”15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

βœ”16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

βœ”17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

βœ”18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

βœ”19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

βœ”20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

βœ”21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

βœ”22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

βœ”23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

βœ”24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

βœ”25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

βœ”26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

βœ”27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

βœ”28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

βœ”29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

βœ”30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

βœ”31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda β€œSampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Assalamualaikum semua.Alhamdulillah, tahun ini masuk tahun ketujuh Pebedap menganjurkan tabungan korban untuk program ib...
29/05/2025

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, tahun ini masuk tahun ketujuh Pebedap menganjurkan tabungan korban untuk program ibadah korban.

Tabungan korban kita telah pun sampai ke penghujungnya pada bulan ini dimana para peserta telah membuat bayaran setiap bulan bermula hujung tahun lepas lagi.

Ini satu galakan dan kempen berterusan daripada kami terutamanya kepada gologan belia untuk sama-sama menyertai ibadan korban dengan lebih mudah dan tidak membebankan.

Saban tahun juga kita menjadikan penganjuran program ini sebagai latihan dan penglibatan belia bukan saja sebagai petugas semata-mata bahkan pengurusan keseluruhan agar menjadi lebih baik dan sistematik.

Mimin up skit la informasi awal program yang bakal kita laksanakan tahun ini.

Semoga segala yang dirancang dipermudahkan dan mendapatkan keberkatan disisi Allah SWT.

Innsya-Allah

Wassalam.


Assalamualaikum semua.Program Jalajah Bubur Lambuk [ JBL ] Pebedap telah pun masuk tahun yang ke-10. Alhamdulillah tahun...
25/03/2025

Assalamualaikum semua.

Program Jalajah Bubur Lambuk [ JBL ] Pebedap telah pun masuk tahun yang ke-10. Alhamdulillah tahun ini kita dapat merancangnya untuk dijayakan bersama.

Sepanjang sedekad program ini berjalan di bulan Ramadan, kita telah pun pergi sampai ke Kelantan untuk membuat sendiri dan mengedakan bubu lambuk ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan dana dan keringat utuk menjayakan program ini.

Pada tahun ini kita akan mengadakannya pada gari Sabtu ini bersamaan 28 Ramadan. Informasi berkenaan dengan program terdapat di dalam poster dibawah. Kali ini kita akan mengedarkannya di bazar Ramadan Lanchang dan kawasan berhampiran.

Pada yang berkelapangan mai pakat turut membantu melancarkan program dan bersama-sama dalam proses pengagihan.

Jom bersama kami menjadi sebahagian daripada program ini demi kebaikan komuniti setempat di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.

Semoga setiap amalan yang kita ushakan di bulan yang barokah ini mendapat balasan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Innsya-Allah.

Wassalam
Pebedap πŸ”›πŸ”

Assalamualaikum semua.Sedikit trivia untuk program RAMADAN : TANGGA KE SYURGA 2025/1446H.Jom bersama kami menjadi sebaha...
13/03/2025

Assalamualaikum semua.

Sedikit trivia untuk program RAMADAN : TANGGA KE SYURGA 2025/1446H.

Jom bersama kami menjadi sebahagian daripada program ini demi kebaikan komuniti setempat di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.

Semoga setiap amalan yang kita ushakan di bulan yang barokah ini mendapat balasan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Innsya-Allah.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

β€œSetiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: β€˜Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’”
(Hadis Riwayat Muslim)

Wassalam
Pebedap πŸ”›πŸ”

Assalamualaikum semua.RAMADAN : TANGGA KE SYURGA 2025M/1446H1/3 Ramadan telah pun meninggalkan kita dengan begitu pantas...
11/03/2025

Assalamualaikum semua.

RAMADAN : TANGGA KE SYURGA 2025M/1446H

1/3 Ramadan telah pun meninggalkan kita dengan begitu pantas sekali. Hari-hari yang berbaki ini marilah kita tekadkan diri menambahkan amalan dan terus istiqomah menyucikan diri. Jangan kita biarkan hari-hari di bulan mulia ini berlalu begitu saja.

Hakikatnya kita hanyalah pendosa yang sentiasa perlu mencari jalan-jalan taubat. Kini jalannya tersedia buat kita membasuh lumpur dosa sebelum melangkah ke tangga syurga. Keberadaan kita di bulan penuh pengampunan ini perlu digunakan sebaik mungkin.

Langkah kita dalam perjalanan taubat dan destinasi syurga itu sememangnya panjang dan melelahkan. Setiap langkah kita itu mujahadah dan perang kita yang tidak henti melawan nafsu dan kekufuran. Apa yang dekat hanyalah Dia dan destinasi yang pastinya begitu hampir adalah kematian.

Biarlah kita tersungkur di tangga surga bersama maghfirah daripada berpatah ke susur keluar lebuhraya neraka kerana kifarah.

Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa secara rasminya Pebedap melancarkan kempen untuk program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Jadual program telahpun kami sediakan untuk informasi buat semua. Anda dijemput untuk bersama-sama memgimarahkan setiap program yang diadakan. Sebarang maklumat terkini berkenaan dengan program akan kita maklum dari masa ke semasa.

Kepada pihak yang berminat untuk berkolaburasi dan para dermawan yang berhajat untuk menyumbang kepada program kita pada kali ini bolehlah berbuat demikian melalui maklumat yang telah disediakan di dalam poster.

Semoga setiap amalan yang kita usahakan di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dan ganjaran pahala di sisiNya. Innsya-Allah.

Wassalam
Pebedap πŸ”›πŸ”

Address

Lanchang, Semantan
Mentakab
28500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pebedap Reloaded posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share