Kelab PM Pintar

Kelab PM Pintar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab PM Pintar, Community Service, JKR 8A, Jalan Karak, Mentakab.

Nama pertubuhan dengan singkatan KELAB PM PINTAR utk mendorong ibu bapa dan remaja untuk melibatkan dalam aktiviti sukarela sebagai satu Projek dalam Milenium dengan moto Pelajar Ini Nekad Tidak Akan Merokok supaya tidak terjerumus dalam gejala penagihan.

11/05/2026

Don’t be fooled by the name.

“Vape” isn’t harmless water v***r, it’s a marketing illusion. What e-cigarettes actually release is aerosol packed with harmful substances: ni****ne that hooks you, formaldehyde linked to cancer, toxic metals like lead and nickel, and chemicals that irritate your lungs.

This isn’t harmless. This is harm repackaged.

***coDay

19/03/2026

KENYATAAN DASAR MEDICAL MYTHBUSTERS MALAYSIA (M3)

BERKAITAN INTERAKSI INDUSTRI V**E DAN BADAN AUTORITI

Medical Mythbusters Malaysia (M3) memandang serius perkembangan terkini melibatkan interaksi antara industri v**e dan badan berautoriti, termasuk institusi keagamaan.

Berdasarkan prinsip kesihatan awam global, M3 menegaskan bahawa industri tembakau — termasuk produk v**e dan nikotin — mempunyai rekod panjang dalam mempengaruhi dasar awam demi kepentingan komersial mereka. Oleh itu, sebarang bentuk penglibatan industri dalam proses pembentukan dasar perlu ditangani dengan penuh berhati-hati dan berasaskan prinsip tadbir urus yang telus.

Selaras dengan Artikel 5.3 WHO Framework Convention on To***co Control (WHO FCTC), M3 menekankan bahawa:

Negara mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dasar kesihatan awam daripada campur tangan industri tembakau.

Dalam konteks ini, M3 mengemukakan beberapa pendirian dasar utama:

1. Had Interaksi dengan Industri
Semua agensi kerajaan dan badan berautoriti perlu mengehadkan interaksi dengan industri tembakau kepada urusan teknikal yang benar-benar perlu, dengan objektif yang jelas serta didokumentasikan secara telus.

2. Ketelusan dan Akauntabiliti
Sebarang pertemuan dengan wakil industri perlu direkodkan secara rasmi, termasuk tujuan, kandungan perbincangan, dan hasil mesyuarat, serta boleh diakses untuk semakan awam.

3. Tiada Legitimasi Kesihatan atau Moral
Badan berautoriti, termasuk institusi keagamaan, perlu mengelakkan sebarang bentuk pengiktirafan yang boleh ditafsir sebagai legitimasi terhadap keselamatan atau manfaat produk v**e.
Sebarang naratif yang menggambarkan v**e sebagai “selamat” atau “alternatif sihat” adalah tidak selari dengan bukti kesihatan semasa.

4. Pendekatan Berasaskan Bukti
Dasar berkaitan nikotin dan v**e perlu berpaksikan bukti bebas industri.
Walaupun terdapat potensi v**e dalam konteks berhenti merokok, bukti juga menunjukkan kadar pergantungan berterusan yang tinggi serta fenomena penggunaan berganda (dual use), yang mengehadkan manfaat kesihatan sebenar.

5. Perlindungan Generasi Muda
Peningkatan penggunaan v**e dalam kalangan remaja memerlukan tindakan dasar yang tegas.
Reka bentuk produk, perisa, dan strategi pemasaran yang menyasarkan golongan muda adalah bertentangan dengan prinsip perlindungan kesihatan awam.

6. Pemisahan Kepentingan Industri dalam Polisi
M3 menegaskan bahawa industri tidak boleh dilibatkan dalam proses merangka dasar kesihatan awam. Peranan mereka harus terhad kepada pematuhan regulatori, bukan sebagai rakan strategik dalam pembentukan polisi.

M3 juga mengambil maklum beberapa perkembangan dasar terdahulu yang berpotensi dipengaruhi oleh kepentingan industri, termasuk perubahan terhadap kawalan nikotin dan struktur regulasi produk. Perkara ini mengukuhkan keperluan untuk memperkukuh mekanisme perlindungan dasar awam daripada konflik kepentingan.

Akhir sekali, M3 menyeru semua pihak termasuk pembuat dasar, institusi keagamaan, dan masyarakat untuk menilai sebarang penglibatan industri dengan penuh kritikal dan berlandaskan prinsip menjaga maslahat umum (maslahah ammah).

Kesihatan awam, khususnya perlindungan generasi akan datang daripada ketagihan nikotin, mesti menjadi keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

Medical Mythbusters Malaysia

11/01/2026

Individu yang didapati bersalah menghisap v**e atau rokok elektrik di Pahang boleh dikenakan hukuman denda dan penjara bermula tahun ini.

Hukuman terhadap individu yang didapati melanggar fatwa berkenaan adalah mengikut Enakmen Jenayah Syariah Pahang 2013.

Berdasarkan seksyen 13 (c) enakmen tersebut pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali. - MalaysiaKini

30/11/2025

📢 NOTIS PEMBERITAHUAN

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) ingin memaklumkan bahawa pengharaman penjualan rokok elektronik (e-cigarette) dan v**e di semua premis perniagaan dalam kawasan pentadbiran MPT akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Pengharaman ini meliputi semua jenis peranti, perisa, cecair v**e serta apa-apa produk berkaitan.
Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat, khususnya golongan belia dan remaja.

Sehubungan itu, semua peniaga diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

Arahan :
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Temerloh
27 November 2025

Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE !
Facebook : https://www.facebook.com/majlisperbandarantemerloh
Tiktok:
Instagram:
Laman Web: http://www.mpt.gov.my/

BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PEMBANGUNAN BELIA







13/10/2025

By SEATCA / May 26, 2025 To***co Industry Denormalization Campaigns Exposing the Fake “To***co Harm Reduction” Narrative The truth is clear: there is no safe level of ni****ne. This campaign exposes the strategies behind “Fake THR” — amplifying youth voices...

29/07/2025

Address

JKR 8A, Jalan Karak
Mentakab
28400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab PM Pintar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share