Ibu Pejabat BSMM Negeri Melaka

Directions Website

Ibu Pejabat BSMM Negeri Melaka Welcome to BSMM Negeri Melaka! Explore and join our community! Ambulance Service Hotline : 013-6039921 or 019-6039921

Selamat Ulang Tahun Kelahiran21 September 2026 - Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada Encik Abdul Masrul Sarif...
21/09/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

21 September 2026 - Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada Encik Abdul Masrul Sarif, Ahli Jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka.

Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan dalam hidup, memberikan kesihatan yang baik, serta dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada :
Pengerusi dan Seluruh Warga Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!Seluruh warga Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Melaka mengucapkan Selamat H...
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!

Seluruh warga Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia bukan sekadar sebuah tarikh dalam kalendar negara, tetapi merupakan manifestasi semangat kebersamaan yang menyatukan rakyat dalam sebuah negara yang berteraskan kepelbagaian. Perbezaan latar belakang, budaya dan cara hidup seharusnya menjadi kekuatan yang memperkayakan identiti Malaysia, bukan menjadi batas yang memisahkan kita.

Marilah kita menjadikan semangat Hari Malaysia sebagai satu komitmen bersama untuk terus bergerak ke hadapan dengan satu aspirasi, satu semangat dan satu tanggungjawab terhadap negara.

Semoga Malaysia terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang aman, bersatu, berdaya tahan dan sejahtera.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026.

Ikhlas dari :
YBhg. Datuk Wira Dr. Hj. Shahrul Azuwar bin Abd Aziz
Pengerusi
Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka

Kursus CPR  Sempena Program Gaya Hidup Sihat KEMAS Daerah JasinJASIN, 5 September 2026 โ€“ Telah berlangsung sesi ceramah ...
05/09/2026

Kursus CPR Sempena Program Gaya Hidup Sihat KEMAS Daerah Jasin

JASIN, 5 September 2026 โ€“ Telah berlangsung sesi ceramah dan demonstrasi Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) sempena Program Gaya Hidup Sihat KEMAS Daerah Jasin Tahun 2026 bertempat di Dewan Bistari, Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS (PKM) Serkam, yang telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Faizul Adnan bin Wan Yahya, Jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Melaka, melibatkan seramai 50 orang peserta dengan pendedahan berkaitan tindakan awal dalam menghadapi situasi kecemasan, khususnya melibatkan serangan jantung.

Diharapkan agar perkongsian ilmu yang disampaikan dapat meningkatkan keyakinan para peserta dalam menghadapi situasi kecemasan, di samping membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa sementara menunggu ketibaan pasukan kecemasan.

Sumbangan Peralatan Sokongan Perubatan kepada Hospital Alor Gajah, MelakaAlor Gajah, 3 September 2026 โ€“ Bulan Sabit Mera...
03/09/2026

Sumbangan Peralatan Sokongan Perubatan kepada Hospital Alor Gajah, Melaka

Alor Gajah, 3 September 2026 โ€“ Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Melaka telah menyampaikan sumbangan peralatan sokongan perubatan kepada Hospital Alor Gajah, Melaka.

Sumbangan ini merupakan peralatan yang diterima daripada Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia dan disalurkan bagi membantu memenuhi keperluan serta menyokong kelancaran perkhidmatan kesihatan.

Serahan sumbangan telah diketuai oleh Encik Mohtar Hj. Ahmad, Timbalan Pengerusi BSMM Negeri Melaka, bersama Ahli Jawatankuasa BSMM Negeri Melaka.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam menyokong kesejahteraan masyarakat dan membantu memenuhi keperluan kemanusiaan, selaras dengan prinsip dan nilai kemanusiaan yang menjadi teras pergerakan.

03/09/2026

๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐˜‚ ๐—ช๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฉ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ฒ ๐—™๐—ถ๐—ฟ๐—ฒ ๐—˜๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐˜† ๐—”๐—ฝ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฎ๐—น

A devastating fire broke out at a water village in Kg Numbak, near Kota Kinabalu, destroying hundreds of wooden and semi-permanent homes and leaving many families affected. Tragically, three children lost their lives in the incident.

The Malaysian Red Crescent (MRC) is responding to the emergency and stands ready to provide immediate humanitarian assistance and essential support to affected families and communities.

โค๏ธ MRC is appealing for public support to strengthen ongoing relief efforts and ensure timely assistance reaches those affected by this devastating incident.

Let us stand with the affected families in Kota Kinabalu, support their recovery and help bring hope to the community during this difficult time.

๐Ÿ“Œ Donate today via the QR code provided or bank transfer:
Malaysian Red Crescent Society
Malayan Banking Berhad | 5144 2210 2657
Ref: Kg Numbak Appeal

Selamat Ulang Tahun Kelahiran1 September 2026 - Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada Encik Kamarul Azman Mohd ...
31/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

1 September 2026 - Selamat Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada Encik Kamarul Azman Mohd Ikram, Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka.

Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan dalam hidup, memberikan kesihatan yang baik, serta mempermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada :
Pengerusi dan Warga Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Melaka mengucapkan Selamat Menyam...
29/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 Tahun 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah perjuangan terdahulu, tetapi menjadi dorongan untuk kita terus memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan negara. Marilah kita bersama-sama menyemai semangat patriotisme, saling menghormati serta berganding bahu menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, BSMM Negeri Melaka akan terus komited memberikan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang, selaras dengan semangat kemanusiaan, kesukarelawanan dan perpaduan yang menjadi asas perkhidmatan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"
Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Ucapan Tahniah Penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Abdul Masrul Sarif,...
26/08/2026

Ucapan Tahniah Penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Abdul Masrul Sarif, Ahli Jawatankuasa, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka, penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) sempena Sambutan Hari Jadi ke-77, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos 2026 bersamaan 13 Rabiulawal 1448H.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, komitmen dan sumbangan beliau dalam memperkukuh peranan BSMM serta khidmat kemanusiaan kepada masyarakat.

Tahniah dan syabas! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘


Ucapan Tahniah Penerima Bintang Khidmat Terpuji  (B.K.T.)Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Fauziah Shiekh Sa...
26/08/2026

Ucapan Tahniah Penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Fauziah Shiekh Saleh, Bendahari, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka, penerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) sempena Sambutan Hari Jadi ke-77, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos 2026 bersamaan 13 Rabiulawal 1448H.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, komitmen dan sumbangan beliau dalam memperkukuh peranan BSMM serta khidmat kemanusiaan kepada masyarakat.

Tahniah dan syabas! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘


Ucapan Tahniah Penerima Bintang Cemerlang Melaka  (B.C.M.) Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohtar Ahmad, ...
26/08/2026

Ucapan Tahniah Penerima Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohtar Ahmad, Timbalan Pengerusi, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Melaka, penerima Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M.) sempena Sambutan Hari Jadi ke-77, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan atas jasa, komitmen dan sumbangan beliau dalam memperkukuh peranan BSMM serta khidmat kemanusiaan kepada masyarakat.

Tahniah dan syabas! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘


Address

No. 12, Bukit Peringgit
Melaka
75400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat BSMM Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share