Komuniti Pengkalan Perigi & Bukit Gedung

Directions

Komuniti Pengkalan Perigi & Bukit Gedung ISU-ISU SEMASA PERGERAKAN KAMPUNG PENGKALAN PERIGI DAN BUKIT GEDONG, MELAKA

25 Julai 2026 | Sabtu | 7.00 pagiKejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di seluruh Negeri Melaka turut menj...
26/07/2026

25 Julai 2026 | Sabtu | 7.00 pagi

Kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di seluruh Negeri Melaka turut menjejaskan beberapa lokasi dalam DUN Pantai Kundur. Di bawah kawasan JPKK Pengkalan Perigi, sebanyak 5 buah rumah terlibat dalam bencana ini.

YB Datuk Tuminah Hashim ADUN Pantai Kundur bersama Ahli Majlis MBMB dan Penghulu telah turun padang meninjau kawasan terjejas bagi melihat sendiri punca kejadian serta membincangkan tindakan dan penyelesaian yang perlu diambil oleh pihak berkaitan.

Semoga semua mangsa banjir terus tabah dan diberi kekuatan menghadapi ujian ini. Insya-Allah, YB Datuk telah memanjangkan isu ini kepada pihak berkenaan agar tindakan segera dapat diambil demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk.



Program Cakna Kebajikan, Ziarah Kasih & Flag Off Sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai KundurTarikh: 23 Ju...
23/07/2026

Program Cakna Kebajikan, Ziarah Kasih & Flag Off Sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai Kundur

Tarikh: 23 Julai 2026 (Khamis), Jam 3.30 ptg

Program ini telah diadakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah bagi menyantuni golongan yang memerlukan menerusi penyampaian sumbangan dan ziarah kasih kepada para penerima.

Seramai 40 orang penerima dalam dun Pantai Kundur telah menerima manfaat daripada program ini. Daripada jumlah tersebut, 3 orang penerima adalah dari kawasan JPKK Pengkalan Perigi, iaitu:

1. Pn. Fatimah binti Maiden – Kg Pantai Jaring
2. En. Rahmat bin Ayob – Kg Bukit Gedong
3. Pn. Maimon binti Tasib – Kg Pengkalan Perigi

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban para penerima serta membawa keceriaan kepada mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus memperkukuh semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat.



Jabatan Kebajikan Masyarakat - JKM.

23 Julai 2026 | Khamis | 10.00 pagiKonvoi Bermotor MBMB Sayang Rakyat (MESRA) sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ...
23/07/2026

23 Julai 2026 | Khamis | 10.00 pagi

Konvoi Bermotor MBMB Sayang Rakyat (MESRA) sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai Kundur telah diadakan dengan melibatkan serahan sumbangan kepada 5 orang penerima di sekitar DUN Pantai Kundur.

Salah seorang penerima adalah dari JPKK Pengkalan Perigi, iaitu Pn. Sema Binti Hussin dari Kg. Bukit Gedong.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban penerima serta mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Terima kasih kepada Clr Mohd Faizal Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah memilih salah seorang penerima dari JPKK Pengkalan Perigi dan semua pihak yang menjayakan program ini.


22 Julai 2026 Rabu Jam 11am -Konvoi Bermotor Bandaraya Penyayang MBMB Sempena Program WRUR DUN Pantai Kundur telah diada...
22/07/2026

22 Julai 2026 Rabu Jam 11am -

Konvoi Bermotor Bandaraya Penyayang MBMB Sempena Program WRUR DUN Pantai Kundur telah diadakan bagi menyampaikan Kit Bandaraya Penyayang MBMB serta Surat Tawaran Program Pembasmian Kemiskinan di Bandar (PPKB) KPKT kepada 6 penerima di sekitar DUN Pantai Kundur.

Salah seorang penerima ialah Puan Rahimazita binti Abdul Rahim dari Kg. Bukit Gedong, di bawah kawasan JPKK Pengkalan Perigi. Melalui program ini, kediaman beliau telah diluluskan untuk kerja-kerja baik pulih yang melibatkan pembaikan bumbung serta siling di bahagian dapur demi memastikan rumah yang lebih selamat dan selesa untuk didiami.

Puan Rahimazita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Tuminah Hashim Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundur, serta pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah kerana memilih kediaman beliau sebagai penerima bantuan sempena Program WRUR DUN Pantai Kundur.

Semoga usaha murni ini terus membawa manfaat kepada masyarakat serta mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan.


20 Julai 2026 Isnin Jam 8mlmCeramah Kesedaran Kesalahan Jenayah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pan...
20/07/2026

20 Julai 2026 Isnin Jam 8mlm

Ceramah Kesedaran Kesalahan Jenayah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pantai Kundur

Alhamdulillah, telah berlangsung Ceramah Kesedaran Kesalahan Jenayah sempena Program WRUR DUN Pantai Kundur bertempat di Masjid As-Sakinah Bukit Gedong anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) .

Ceramah ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pelbagai bentuk kesalahan jenayah, langkah-langkah pencegahan serta tanggungjawab setiap individu dalam memastikan keselamatan keluarga dan komuniti sentiasa terpelihara.

Semoga program seumpama ini dapat menyemai kesedaran, memperkukuhkan nilai-nilai murni serta mengeratkan hubungan antara masyarakat dan agensi kerajaan demi mewujudkan komuniti yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera.


Surau Al-Kauthar Pengkalan Perigi

Alhamdulillah, selesai satu lagi permasalahan demi kesejahteraan penduduk.Hasil daripada lawatan ke kawasan hotspot banj...
17/07/2026

Alhamdulillah, selesai satu lagi permasalahan demi kesejahteraan penduduk.

Hasil daripada lawatan ke kawasan hotspot banjir yang telah diadakan bersama Ahli Majlis MBMB, Penghulu serta agensi berkaitan seperti JPS, CMI dan JKR, permasalahan longkang tersumbat di Surau Al-Kauthar Pengkalan Perigi yang menjadi antara punca banjir telah mendapat tindakan segera.

https://www.facebook.com/share/p/1Dd66yKWHK/

JKR Melaka telah mengambil tindakan pantas dengan melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan longkang. Tindakan ini diharap dapat melancarkan aliran air sekali gus mengurangkan risiko banjir setiap kali hujan lebat berpanjangan.

Pihak JPKK Pengkalan Perigi serta Surau Al Khauthar Pengkalan Perigi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Tuminah Hashim , ADUN Pantai Kundur, atas keprihatinan dan usaha menyelaras tindakan bersama agensi berkaitan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Ahli Majlis MBMB, Penghulu, JKR Melaka, CMI serta semua pihak yang telah bertindak pantas menyelesaikan isu ini.

Semoga semangat kerjasama ini dapat diteruskan demi memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk Kampung Pengkalan Perigi sentiasa menjadi keutamaan.Semoga setiap usaha yang dilakukan menjadi manfaat kepada masyarakat dan dipermudahkan segala urusan pada masa akan datang.



15 Julai 2026 Rabu 9mlm - Mesyuarat JPKK Pengkalan Perigi hari ini membincangkan beberapa perkara penting sebagai persed...
15/07/2026

15 Julai 2026 Rabu 9mlm -

Mesyuarat JPKK Pengkalan Perigi hari ini membincangkan beberapa perkara penting sebagai persediaan menghadapi Program WRUR DUN Pantai Kundur & Sempena Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat.

Antara fokus utama ialah penglibatan semua AJK JPKK, AJK Masjid As Sakinah dan Surau Al-Kauthar Pengkalan Perigi di bawah kariah Masjid As-Sakinah Bukit Gedong bagi memastikan setiap program yang telah disusun oleh pihak JAPERUN DUN Pantai Kundur dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan daripada penduduk.

Turut dibincangkan beberapa isu serta permasalahan yang dihadapi di kampung agar tindakan susulan dapat diambil bersama pihak berkaitan demi kesejahteraan penduduk.

Insya-Allah, JPKK Pengkalan Perigi akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, termasuk merealisasikan hasrat menjadikan Pengkalan Perigi sebagai Kampung Digital, selaras dengan usaha memperkasakan penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada komuniti.

Terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan memberikan pandangan serta komitmen. Semoga segala perancangan dipermudahkan dan membawa manfaat kepada seluruh warga Pengkalan Perigi.

02 Julai 2026 Khamis Jam 3 ptgSatu sesi perbincangan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Menara TNB MITC, Mela...
03/07/2026

02 Julai 2026 Khamis Jam 3 ptg

Satu sesi perbincangan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Menara TNB MITC, Melaka bagi membincangkan penggunaan kemudahan Arena Tanjung Kling (Padang Kilat) yang sedang dibangunkan untuk manfaat masyarakat setempat.

Dalam sesi tersebut, pihak TNB memaklumkan bahawa projek pembinaan kemudahan sukan yang merangkumi padang bola sepak, gelanggang futsal, gelanggang sepak takraw dan gelanggang pickleball kini telah mencapai hampir 90% tahap siap. Projek ini dijangka siap sepenuhnya dan bersedia untuk digunakan pada awal Ogos 2026.

Pihak TNB turut memaklumkan bahawa kemudahan ini akan dibuka untuk kegunaan sepenuhnya oleh masyarakat Kampung Pengkalan Perigi dan kawasan sekitarnya selepas majlis perasmian rasmi diadakan.

Bagi memastikan kemudahan tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik, aspek penyelenggaraan, kebersihan dan pemantauan penggunaan akan dilaksanakan secara bersama antara JPKK Pengkalan Perigi dan pihak TNB. Kerjasama ini diharapkan dapat memastikan Arena Tanjung Kling terus menjadi pusat aktiviti riadah dan sukan yang kondusif serta memberi manfaat kepada seluruh komuniti.

JPKK Pengkalan Perigi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TNB atas kesudian mengadakan sesi perbincangan ini serta komitmen mereka dalam menyediakan kemudahan yang berkualiti untuk kesejahteraan penduduk setempat. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi pembangunan komuniti yang lebih aktif, sihat dan sejahtera.

https://www.facebook.com/share/p/1GTo6LAtgd/


Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
Tuminah Hashim
Tenaga Nasional Berhad

02 Julai 2026 Khamis 12.30 tenghari Perjumpaan melibatkan Pengerusi JPKK, Pengerusi Surau Al-Kauthar Pengkalan Perigi be...
03/07/2026

02 Julai 2026 Khamis 12.30 tenghari

Perjumpaan melibatkan Pengerusi JPKK, Pengerusi Surau Al-Kauthar Pengkalan Perigi bersama Ts. Saiful Nizam Bin Othman Pengurus Jabatan Maritime Kumpulan Melaka Berhad (KMB).

Perbincangan ini diadakan bagi mendapat kebenaran serta kerjasama pihak KMB untuk membolehkan Van Jenazah menggunakan laluan yang dicadangkan bagi memudahkan urusan dengan lebih selamat, cepat dan teratur.

Dalam pertemuan tersebut, pihak JPKK dan Surau telah menerangkan kepentingan laluan berkenaan demi kepentingan masyarakat setempat serta berharap permohonan ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya. Pihak KMB turut memberikan maklum balas yang positif dan akan menelitikan cadangan tersebut berdasarkan aspek teknikal, Keselamatan serta prosedur yang berkaitan sebelum keputusan dimuktamadkan.

JPKK Pengkalan Perigi serta Jawatankuasa Surau merakamkan penghargaan atas kesudian Pihak KMB hadir dalam perbincangan ini. Diharapkan hasil kerjasama yang baik akan memberi manfaat kepada penduduk Pengkalan Perigi.



Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
Tuminah Hashim

23 Jun 2026 Rabu Jam 11am -Lawatan Ke tapak aduan banjir bersama En Hidir Pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah...
24/06/2026

23 Jun 2026 Rabu Jam 11am -

Lawatan Ke tapak aduan banjir bersama En Hidir Pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah - PDTMT melihat serta mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan risiko banjir berulang kembali.

Pemasalahan ini telah dimajukan kepada YB Datuk Tuminah Hashim Adun Kawasan bagi tindakan selanjutnya..
https://www.facebook.com/share/p/1cfjYNARbD/



Jabatan Kerja Raya Melaka

Address

Pengkalan Perigi, Bukit Gedung Melaka
Melaka
76400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Pengkalan Perigi & Bukit Gedung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share