Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah ditubuhkan pada 15 September 2022.

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,Y.Bhg. Datuk/Dato.'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,Selamat Menyamb...
26/05/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/Dato.'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M kepada seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan mengukuhkan nilai keikhlasan, pengorbanan serta kebersamaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Semoga juga ibadah korban yang dilaksanakan diterima serta menjadi inspirasi dalam memperkukuh semangat perpaduan, integriti dan kecemerlangan bersama.

“Salam Aidiladha, Salam Pengorbanan”

Jom Meriahkan Program Infineon Week @ UTeM 2026Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua warga UTeM,Pusat Pen...
26/05/2026

Jom Meriahkan Program Infineon Week @ UTeM 2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua warga UTeM,

Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE) dengan kerjasama fakulti-fakulti dan kelab pelajar bakal menganjurkan Infineon Week @ UTeM 2026. Program berimpak tinggi ini merupakan satu kolaborasi strategik dua hala antara UTeM dan syarikat semikonduktor antarabangsa, Infineon Technologies (M) Sdn Bhd.

Pelbagai acara menarik telah diaturkan sepanjang tempoh Infineon Week 2026 dari 8 hingga 13 Jun 2026 (Isnin - Sabtu) yang akan berlangsung di Kampus Induk & Kampus Teknologi, UTeM, seperti:

· Industrial Visit to Infineon

· Knowledge Sharing Transfer Program (Harnessing the Power of AI and Human Collaboration)

· Interview Clinic for Final Year Students

· Interview Session for UTeM Students

· Innovation Project Competition (Decarbonization & Digitalization)

· JomChat with Senior Vice President & Managing Director

· Fun Run

· E-Sports Competition

Sila kongsikan maklumat ini kepada para staf dan pelajar, terutamanya bagi slot perkongsian ilmu, klinik kerjaya, dan sesi temuduga bersama pihak Infineon. Kehadiran dan sokongan padu daripada semua amatlah dihargai! Sebarang pertanyaan boleh hubungi Dr. Nik Syahrim ([email protected]) atau En Azmin Fadli ([email protected]).

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Pelaksana Infineon Week @ UTeM 2026

Pusat Pengurusan Kolaborasi (RICE) UTeM

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,RDICE Syndications SessionChat...
23/05/2026

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

RDICE Syndications Session
Chatterbox, HIVE 5, MRANTI Park
Rabu, 13 Mei 2026

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka terus melangkah ke hadapan dalam memperkasakan agenda inovasi negara. Baru-baru ini, Pengarah RICE UTeM-Melaka telah hadir ke Sesi Sindikasi RDICE anjuran Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
Sesi strategik ini telah menghimpunkan Pejabat Pemindahan Teknologi (TTO) dari seluruh Universiti Awam serta pihak berkepentingan industri untuk satu misi besar iaitu memperkukuhkan ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan, dan Keusahawanan (RDICE).
Apa yang menariknya tentang penglibatan RICE UTeM-Melaka kali ini?
🔹 Merangka Standard Pengukuran Baharu
Bukan sekadar perkongsian idea, UTeM bersama universiti awam lain kini terlibat secara kolaboratif untuk co-develop (sama-sama membangunkan) satu pendekatan standard yang lebih seragam dalam mengukur kejayaan pengkomersialan hasil kajian. Selepas ini, penilaian impak komersial akan menjadi lebih telus dan berimpak tinggi.
🔹 Mempercepat Pemindahan Teknologi
Melalui platform ini, RICE UTeM-Melaka mencadangkan agar pelarasan dapat dibuat bagi memastikan hasil penyelidikan dan ciptaan inovatif warga universiti tidak sekadar kekal di dalam makmal, sebaliknya dipercepatkan proses pemindahannya ke pasaran sebenar.
🔹 Merapatkan Jurang Akademia & Industri
Kolaborasi strategik ini membuka ruang yang lebih luas untuk membina jaringan terus dengan pemain industri, sekaligus memastikan penyelidikan yang dijalankan adalah berorientasikan pasaran dan menyelesaikan masalah realiti.

Komitmen padu RICE UTeM-Melaka dalam sesi sindikasi ini adalah bukti kesediaan universiti untuk terus menyokong aspirasi Malaysia MADANI dan memacu agenda pembangunan teknologi negara ke tahap yang lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.

Pengarah dan pasukan
Pusat Pengurusan Kolaborasi, RICE UTeM-Melaka (RICE)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)












Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,Sesi Pembentangan Kemajuan Uni...
21/05/2026

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Sesi Pembentangan Kemajuan Unit Komersil UTeM Fasa 1/2026
Bilik Mesyuarat TNCPI, UTeM
Jumaat, 15 Mei 2026

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka telah berjaya melaksanakan Sesi Pembentangan Kemajuan Unit Komersil Fasa 1/2026. Aktiviti ini merekodkan pembentangan yang amat menggalakkan daripada empat Unit Komersil berpotensi tinggi iaitu InoSTEM, Nusa Global Solutions, Profinity Consulting Group, dan Loopwise Solution. Hanya satu unit komersil tidak dapat hadir iaitu Innovatech Ventures.

Sesi Pembentangan Kemajuan Unit Komersil Fasa 1/2026 ini dibentang kepada JK Pemantauan Unit Komersil UTeM yang diketuai oleh Yg Berbahagia, Prof. Dr. Zahriladha Bin Zakaria, Timbalan Naib Canselor (Penyelidiakan dan Inovasi) dan diwakili oleh beberapa staf dari Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka dan UHSB. Aktiviti ini dijalankan bertujuan menyelaraskan operasi Unit Komersil agar terus menyokong objektif UTeM dalam menterjemahkan hasil penyelidikan berimpak tinggi kepada nilai ekonomi yang nyata.

Impak pembentangan ini amat signifikan kepada UTeM dan Unit Komersil. Ia membolehkan penilaian komprehensif dilakukan ke atas prestasi kewangan 6 bulan terkini merangkumi hasil jualan dan keuntungan bersih, kelancaran kemajuan operasi & teknikal seperti pencapaian tahap TRL, serta tahap pencapaian pasaran menerusi konsistensi pelanggan. Tambahan p**a, sesi ini membuka ruang penyelesaian kepada cabaran semasa Unit Komersil menerusi permohonan intervensi khusus daripada Jawatankuasa Pemantauan Unit Komersil seperti geran pengkomersialan atau latihan.

Melalui penilaian ini, Unit Komersil dapat mengemukakan syor rasmi perancangan masa depan mereka, sama ada bersedia dinaik taraf menjadi Syarikat Start-Up Rasmi UTeM yang berdaya saing atau memohon lanjutan tempoh inkubasi. Tahniah diucapkan kepada semua Unit Komersil UTeM!

Sekian, terima kasih.

Pengarah dan pasukan
Pusat Pengurusan Kolaborasi, RICE UTeM-Melaka (RICE)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)













Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kursus Hands-On Patent UI Drafting anjuran Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-UTeM Mel...
07/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kursus Hands-On Patent UI Drafting anjuran Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE-UTeM Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada 5–6 Mei 2026 bertempat di UTeM Start-up Centre, Kampus Teknologi UTeM. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 30 orang peserta dalam kalangan penyelidik dan pensyarah UTeM.

Bengkel intensif ini dikendalikan oleh enam (6) orang fasilitator profesional dan bertauliah daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang berpengalaman luas dalam bidang penderafan dan pemeriksaan paten. Sepanjang program berlangsung, peserta diberikan pendedahan secara menyeluruh dan praktikal berkaitan kaedah penyediaan dokumen paten bermula daripada pencarian prior art, penulisan latar belakang inovasi, penyediaan tuntutan (claims), sehingga kepada penyediaan spesifikasi lengkap bagi pemfailan paten Utiliti Inovasi (UI).

Pendekatan hands-on yang digunakan membolehkan peserta menyediakan draf paten masing-masing secara terus dengan bimbingan fasilitator MyIPO. Sesi konsultasi secara individu turut membantu peserta memahami elemen penting dalam memastikan sesuatu inovasi memenuhi kriteria kebaharuan, langkah inventif serta kebolehgunaan industri sebelum proses pemfailan dilakukan.

Hasil daripada bengkel ini, para penyelidik UTeM berjaya menyiapkan sebanyak lapan belas (18) penderafan paten / Utiliti Inovasi (UI) yang berpotensi untuk diteruskan ke peringkat pemfailan rasmi MyIPO. Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan UTeM dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan meningkatkan penghasilan harta intelek berkualiti tinggi yang mampu memberi impak kepada industri dan masyarakat. Program ini turut membantu penyelidik, khususnya penyelidik di bawah geran IMaP, dalam mencapai KPI geran masing-masing melalui penghasilan dokumen harta intelek yang berkualiti, berpotensi untuk difailkan serta mempunyai nilai pengkomersialan.

Secara keseluruhannya, penganjuran Hands-On Patent Drafting Workshop ini berjaya menjadi platform penting dalam memperkasakan budaya inovasi, mempercepatkan penghasilan pemfailan paten serta menyokong aspirasi UTeM sebagai universiti teknikal berteraskan inovasi dan pengkomersialan selari dengan agenda pembangunan negara.

Sekian, terima kasih.

Pengarah dan pasukan
Pusat Pengurusan Kolaborasi, RICE UTeM-Melaka (RICE)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)












Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,YBhg. Datuk/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan,INFO RI...
28/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan,

INFO RICE: KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO) KE UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

Dimaklumkan bahawa sesi kunjungan hormat oleh delegasi daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat TNCPI, Aras 4, Bangunan Canselori

Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Sheikh Arifin bin Sheikh Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan disambut oleh YBrs. Profesor Dr. Zahriladha bin Zakaria, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama barisan pengurusan RICE.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara pihak MyIPO dan UTeM khususnya dalam aspek pengurusan, perlindungan serta pengkomersialan harta intelek.

Turut dibincangkan adalah potensi pelaksanaan program bersama seperti bengkel pemfailan paten, sokongan fasilitator MyIPO serta pemerkasaan proses perlindungan harta intelek secara lebih sistematik di UTeM.

Selain sesi kunjungan hormat di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), delegasi MyIPO turut dibawa melawat ke Galeri Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM Melaka, yang menampilkan pelbagai hasil inovasi, penyelidikan serta projek pengkomersialan universiti.

Melalui sesi ini, kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasakan ekosistem harta intelek negara, termasuk sokongan dalam aspek pemfailan, perlindungan serta pemindahan teknologi yang lebih efektif.

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini serta komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan harta intelek di UTeM.

Sekian, terima kasih.

Pengarah dan pasukan
Pusat Pengurusan Kolaborasi, RICE UTeM-Melaka (RICE)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)












📢 Invitation to URIIS 2026 – Pre-Event Series 4You are invited to join the Industry–University Research & Innovation Inv...
27/04/2026

📢 Invitation to URIIS 2026 – Pre-Event Series 4

You are invited to join the Industry–University Research & Innovation Investment Dialogue 2026 (URIIS 2026) — an exclusive platform connecting industry, universities, and government to drive impactful R&D collaboration and innovation investment.

✨ Why you should attend:
* Share real industry problem statements
* Explore collaboration and funding opportunities
* Identify gaps in investment & technology readiness
* Build strategic industry–university partnerships

🎯 Focus Areas:
Advanced Manufacturing | Agri-Food & Biotech | Life Sciences & HealthTech | Supply Chain Innovation

📅 Date: 12 May 2026 (Tuesday)
⏰ Time: 8.30 AM – 2.00 PM
📍 Venue: Dewan Utama FPBU, USIM

👥 Open to Industry Players & Academics

📌 Limited seats available!

This is not a conference — it’s a working platform to shape actual collaboration and investment opportunities leading to URIIS 2026.

We would be pleased to have your participation. Registration link in the poster QR

This dialogue forms part of the University Research & Innovation Investment Summit (URIIS) 2026, a national platform connecting industry, investors, and universities to generate investible technologies and strategic R&D partnerships

Scan the QR code on the poster to register before 4 May 2026.

See you there! 🚀

📢 Industry–University Innovation & Investment Dialogue 2026 (Series 3)We are bringing together industry leaders and univ...
27/04/2026

📢 Industry–University Innovation & Investment Dialogue 2026 (Series 3)

We are bringing together industry leaders and universities for the Industry–University Innovation & Investment Dialogue 2026 (Series 3) — a focused session to translate real industry challenges into investible R&D collaborations.

Co-organised with IRDA, UTHM and UTM, this session will focus on:

* Industry problem statements → matched with university solutions
* Identifying funding & collaboration pathways
* Bridging gaps in TRL, talent and investment readiness

Date: 29 April 2026
Time: 8.30 am – 2.45 pm
Venue: Institut Dato’ Onn, Iskandar Puteri

This is not a conference — it’s a working platform to shape actual collaboration and investment opportunities leading to URIIS 2026.

We would be pleased to have your participation. Registration link in the poster QR

This dialogue forms part of the University Research & Innovation Investment Summit (URIIS) 2026, a national platform connecting industry, investors, and universities to generate investible technologies and strategic R&D partnerships

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,YBhg. Datuk/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan,*INFO R...
24/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Profesor/Profesor Madya/Dr./Tuan/Puan,

*INFO RICE: PROGRAM PENDAYAAN KOMUNITI UNIVERSITI AWAM (KOMUNITI@UniMADANI)*
*Tajuk Projek: Projek Benang Emas Nanas untuk Masyarakat (BENUM) - Projek Rintis Bersama Komuniti Petani Nanas, Jasin*

Dimaklumkan bahawa Majlis Penyerahan Mesin Penghasilan Benang Nanas telah berjaya dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
Penerima Sumbangan: Komuniti Pusat Koreksional Jasin, Melaka
Tempat: Pusat Koreksional Jasin, Melaka
Ketua Projek: Ts. Dr. Mohd Khairil Anbia Bin Chi Adam (Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan Mekanikal)
Sumber Peruntukan: Kementerian Kewangan Malaysia (M*F)
Jumlah Peruntukan: RM45,000.00

Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan, mereka bentuk mesin penghasilan benang nanas serta melaksanakan penghasilan produk benang nanas berasaskan sisa daun nanas dalam kalangan komuniti Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Sejajar dengan itu, program ini bermatlamat untuk meningkatkan penjanaan pendapatan komuniti setempat di samping memperluas pemanfaatan sisa daun nanas melalui penghasilan serta pemasaran produk berasaskan bahan terbuang.

Kejayaan inovasi mesin penghasilan benang nanas ini telah dijayakan bersama ahli projek; Ts. Dr. Amir Abdullah Bin Damanhuri, Ts. Azman Bin Ibrahim, Ts. Qamar Fairuz Bin Zahmani, Mohd Khairul Nizam Bin Suhaimin, Dr. Ahmad Fuad Bin Abdul Rasid, Ts. Dr. Mohd Hafidzal Bin Mohd Hanafi dan Dr. Juffrizal Bin Karjanto.

Majlis Penyerahan ini juga telah berjaya dilaksanakan di dalam Program Walkabout Dan Kempen Promosi Nanas Penjabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dirasmikan oleh YBhg. Yuhaizad Bin Abdullah, Setiausaha Politik Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan dan YBrs. Mohd Khairuzamri Bin M. Salleh, Ketua Pengarah Perindustrian Nanas Malaysia.

Pelaksanaan projek ini turut memberi penekanan kepada pemerkasaan ekonomi pemanfaatan sisa di peringkat komuniti dengan menyediakan peluang penjanaan pendapatan tambahan melalui pengeluaran benang hasil daripada ekstrak fiber nanas. Penanaman nanas secara meluas yang dijalankan oleh Pusat Koreksional Jasin menjadikannya terdedah kepada isu lambakan sisa daun nanas. Justeru, inisiatif ini dilihat berpotensi untuk memanfaatkan sumber sisa tersebut sebagai bahan mentah bernilai tinggi, seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar melalui pemanfaatan sisa daun nanas.

Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas kejayaan pelaksanaan program ini, hasil kerjasama erat antara Fakulti Teknologi Dan Kejuruteraan Mekanikal, Pusat Koreksional Jasin, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Pengarah dan pasukan
Pusat Pengurusan Kolaborasi, RICE UTeM-Melaka (RICE)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)












17 APRIL 2026 (JUMAAT): Majlis Apresiasi Ramah Mesra telah diadakan sempena sambutan penghargaan pejabat RICE, di sampin...
20/04/2026

17 APRIL 2026 (JUMAAT): Majlis Apresiasi Ramah Mesra telah diadakan sempena sambutan penghargaan pejabat RICE, di samping mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta selamat maju jaya kepada adik Amir (FAIX, UTeM), Naufal, dan Fiqhrie yang bakal menamatkan Latihan Industri mereka.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi berharga untuk melangkah ke alam kerjaya yang lebih cemerlang. Teruskan usaha dan capai kejayaan di masa hadapan! 🌟

Address

Universiti Teknikal Malaysia Melaka , Hang Tuah Jaya, Durian Tunggal
Melaka
76100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062701581

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka:

Share