13/06/2026
Bil.P/A 15/2026
Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan
Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu
Tuan/Puan.
RT KPG BUNGAN KECIL : LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN KAWASAN PERKUBURAN BERKOLABORASI DENGAN JKKK DAN KRT DARIPADA KAMPUNG BUNGAN BESAR DAN KAMPUNG BUNGAN KECIL
Tarikh : 13/06/2026(Sabtu)
Masa : 7:30 pagi โ Sehingga selesai
Tempat : Kawasan Perkuburan Kpg Bungan Kehadiran : Penduduk setempat dari Kpg Bungan Kecil dan Kpg Bungan Besar
Aktiviti Dilaksanakan:
1. Pembersihan kawasan sekitar perkuburan, memotong atau menebas rumput lalang menggunakan peralatan khas seperti mesin pemotong rumput dan parang.
2. Pembuangan sampah di sekitar kawasan perkuburan.
3. Perlupusan sampah seperti cawan lilin, dan pasu bunga di tempat sepatutnya.
4. Membersih/mengelap batu nisan.
5. Menebang pokok yang menghalang ke kawasan perkuburan.
Hasil Aktiviti :
Kawasan perkuburan menjadi lebih bersih dan selamat. Kesedaran penduduk terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan perkuburan meningkat.
Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat dan memberi kerjasama.
Sekian, terima kasih.
RT Kpg Bungan Kecil