18/09/2026
🇲🇾🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Pasar Lama Matu Sempena Hari Malaysia 2026
Pertandingan mewarna anjuran JKKK Pasar Lama Matu telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan dua kategori:
👧 Kategori 4–6 tahun
🧒 Kategori 7–12 tahun
Kapitan Ong Sin Sia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penghulu Law Ai San, Ahli Majlis Kr. Carmen Hii, AJK JKKK Pasar Lama Matu yang hadir dan membantu, serta semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pertandingan ini.
🏆 Tahniah kepada para pemenang bagi kedua-dua kategori! Syabas atas kreativiti dan hasil mewarna yang begitu menarik. 👏🎨
Terima kasih juga kepada semua peserta cilik yang mengambil bahagian serta ibu bapa dan penjaga yang hadir memberikan sokongan.
🎁❤️ Menang atau tidak, setiap kanak-kanak yang menyertai pertandingan ini menerima hadiah! Setiap penyertaan amat kami hargai.
Kami berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, bagi memberi peluang kepada anak-anak kita untuk berkreativiti, bergembira dan mengeratkan hubungan dalam komuniti.
Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾