29/12/2024
KENYATAAN TERBUKA
PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG
MENYOKONG PENGEKALAN TUAN HASSAN BIN ABDUL JALIL SEBAGAI GURU BESAR
Kami, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Matang, ingin menyatakan pendirian tegas bahawa Tuan Hassan bin Abdul Jalil mesti dikekalkan sebagai Guru Besar sekolah ini.
Sepanjang tempoh 1 tahun 11 bulan, Tuan Hassan telah membawa banyak perubahan positif kepada sekolah, termasuk peningkatan mutu pendidikan, pelaksanaan projek-projek besar serta membina hubungan erat dengan komuniti sekolah dan setempat. Pertukaran beliau pada masa ini adalah tidak munasabah kerana akan mengganggu kesinambungan kepimpinan dan melumpuhkan projek-projek yang sedang berjalan.
Lebih membimbangkan, Guru Besar baharu yang dicadangkan hanya mempunyai 10 bulan sebelum pencen (bersara). Tempoh ini terlalu singkat untuk memahami keperluan sekolah atau memastikan kesinambungan pembangunan. Tambahan p**a, keputusan melantik seorang Guru Besar berbangsa Cina untuk memimpin sebuah sekolah yang 99.9% komuniti sekolahnya berbangsa Melayu menimbulkan persepsi negatif bahawa tiada calon berbangsa Melayu yang berkaliber. Ini bukan soal perkauman, tetapi isu sensitiviti dan kepercayaan masyarakat terhadap pentadbiran pendidikan serta menimbulkan tanda tanya ”ADA SESUATU YANG TIDAK KENA”.
Kami menegaskan bahawa murid-murid kami bukan bahan eksperimen untuk keputusan pentadbiran yang tidak telus. Kami mendesak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Larut Matang dan Selama dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak untuk mendengar suara kami dan mempertimbangkan semula keputusan ini. Mengekalkan Tuan Hassan adalah langkah terbaik demi masa depan sekolah, murid-murid, dan komuniti.
Kami bersatu demi kestabilan dan kemajuan pendidikan anak-anak.
PIBG Sekolah Kebangsaan Matang
29 Disember 2024