Masjid An-Nur Taman Palma Indah

  • Home
  • Masjid An-Nur Taman Palma Indah

Masjid An-Nur Taman Palma Indah Masjid

🌙 Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Arwah 🌙📅 Setiap Hari Khamis (Malam Jumaat)🕰️ Antara Waktu Maghrib & Isyak📍 Masjid An-Nur ...
04/06/2026

🌙 Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Arwah 🌙

📅 Setiap Hari Khamis (Malam Jumaat)
🕰️ Antara Waktu Maghrib & Isyak
📍 Masjid An-Nur Taman Palma Indah

Jom mengimarahkan masjid dengan Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah serta mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat arwah ahli keluarga dan saudara-mara. 🤲🌹

🍽️ Sumbangan jamuan dan Infaq untuk aktiviti masjid amat dialu-alukan bagi menyokong kelangsungan program-program keagamaan dan kebajikan.

Salurkan infaq seikhlas hati ke akaun Bank Islam:
🏦 Bank Islam
🔢 11-013-01-0069395
📝 Rujukan: Infaq Aktiviti

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain."

📢 Mohon kongsikan kepada keluarga, jiran dan sahabat agar lebih ramai mendapat manfaat.

Sekitar Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil📅 28 Mei 2026 | Khamis🕋 Antara Maghrib dan IsyakAlhamdulillah, Majlis Bacaan Yaasin...
28/05/2026

Sekitar Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil
📅 28 Mei 2026 | Khamis
🕋 Antara Maghrib dan Isyak

Alhamdulillah, Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil telah berlangsung dengan lancar dan dipimpin oleh Ustaz Hasrulnizam Shuhaimi Fauzi. Semoga segala pahala bacaan, tahlil serta doa yang dipanjatkan dikurniakan kepada roh-roh arwah yang dihajati serta diterima oleh Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang jamuan, infaq dan tenaga bagi menjayakan majlis ini. Semoga setiap amal kebajikan dan keikhlasan diberikan ganjaran pahala berlipat ganda, dikurniakan keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT. Aamiin.

Ibadah Korban Semarak Syiar Islam dan UkhuwahTAMAN PALMA INDAH, 27 Mei 2026 – Masjid An-Nur Taman Palma Indah terus meny...
28/05/2026

Ibadah Korban Semarak Syiar Islam dan Ukhuwah

TAMAN PALMA INDAH, 27 Mei 2026 – Masjid An-Nur Taman Palma Indah terus menyemarakkan syiar Islam menerusi Program Ibadah Korban 1447H dalam suasana penuh keinsafan dan ukhuwah.

Alhamdulillah, pihak pengurusan masjid telah melaksanakan amanah ibadah korban hasil sumbangan dua ekor sapi daripada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf.

Penyembelihan korban diketuai Pengerusi JKP, Tuan Jamal bin Arjono bersama para jemaah secara bergotong-royong. Program turut melibatkan urusan melapah dan pengagihan daging korban kepada masyarakat setempat mengikut syariat serta tuntutan sunnah.

Pihak pengurusan masjid turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

Semangat Aidiladha Suburkan Mujahadah dan UkhuwahTAMAN PALMA INDAH, 27 Mei 2026 – Suasana penuh syahdu dan harmoni menye...
28/05/2026

Semangat Aidiladha Suburkan Mujahadah dan Ukhuwah

TAMAN PALMA INDAH, 27 Mei 2026 – Suasana penuh syahdu dan harmoni menyelubungi Masjid An-Nur Taman Palma Indah sempena Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 1447H yang dihadiri penduduk setempat sejak awal pagi lagi.

Program dimulakan seawal jam 7:00 pagi dengan takbir raya beramai-ramai yang menghidupkan suasana Aidiladha dengan lafaz kebesaran Allah SWT. Pada jam 8:00 pagi, Solat Sunat Aidiladha dipimpin oleh Imam, Ustaz Hazrulnizam bin Shuhaimi Fauzi bersama Bilal, Ustaz Hamsul bin Buang.

Turut disampaikan khutbah Aidiladha bertajuk “Ibadah Korban Mendidik Mujahadah Dalam Beribadah” yang menyeru umat Islam agar terus memperkukuhkan keikhlasan, pengorbanan serta ketaatan kepada Allah SWT dalam kehidupan seharian.

Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan, kesejahteraan dan perpaduan buat seluruh masyarakat.

Assalamualaikum WBT,
26/05/2026

Assalamualaikum WBT,

25/05/2026
25/05/2026

Alhamdulillah, selesai Ceramah Khas Hari Arafah bersama Ustaz Mohd Naim bin Shahrom bertajuk *“Variasi Bacaan Surah Al-Fatihah (Qiraat 10)”* di Masjid An-Nur.

Semoga perkongsian ilmu ini menambahkan kecintaan kita terhadap Al-Quran serta memberi manfaat dan keberkatan buat semua hadirin.

Jazakumullahu khairan kathira kepada ustaz atas ilmu yang disampaikan.

Ceramah Khas Hari Arafah Hayati Keindahan Qiraat Al-Fatihah23 Mei 2026 (Sabtu) | Masjid An-NurAlhamdulillah, syukur ke h...
25/05/2026

Ceramah Khas Hari Arafah Hayati Keindahan Qiraat Al-Fatihah

23 Mei 2026 (Sabtu) | Masjid An-Nur

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kesempatan menghadiri sesi ilmu bersama Ustaz Mohd Naim bin Shahrom, Guru Agama Angkatan Tentera Malaysia menerusi ceramah bertajuk “Variasi Bacaan Surah Al-Fatihah (Qiraat 10)” sempena Ceramah Khas Ketibaan Hari Arafah di Masjid An-Nur, Taman Palma Indah.

Perkongsian yang penuh manfaat ini memberi pendedahan mengenai keindahan dan kepelbagaian bacaan Surah Al-Fatihah menurut qiraat yang sahih berdasarkan riwayat, sekali gus menambahkan kecintaan terhadap Al-Quran dan penghayatan dalam ibadah harian.

Semoga ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah dan memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh hadirin.

Sekalung penghargaan dan jazakumullahu khairan kathira kepada Ustaz Mohd Naim bin Shahrom atas perkongsian ilmu yang sangat bermakna.

Assalamualaikum WBT,Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang akan diadakan.Sedekah jamuan...
24/05/2026

Assalamualaikum WBT,

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang akan diadakan.

Sedekah jamuan dan sumbangan (infaq) adalah dialu-alukan. Jutaan terima kasih kepada kariah yang sentiasa memberikan sokongan serta bersama memakmurkan aktiviti masjid.

Address

KM14, Jalan Matang

93050

Telephone

+60198153651

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid An-Nur Taman Palma Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share