Persatuan Al-Islah Perlis

Persatuan Al-Islah Perlis Persatuan Al-Islah Perlis adalah NGO yang bergiat dalam dakwah dan pendidikan di Negeri Perlis. Mesk

DIRGAHAYU TUANKU!Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU!

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT dalam memayungi rakyat serta memimpin negara tercinta.

Semoga Malaysia terus aman, maju dan bersatu di bawah naungan Tuanku.

Daulat Tuanku! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‘‘




ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู….
26/05/2026

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู….

๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ *SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M* ๐Ÿ•Œ๐ŸŒ™ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’Salam Aidiladha daripada Persatuan Al-Islah Perlis...
26/05/2026

๐ŸŒ™๐Ÿ•Œ *SALAM AIDILADHA 1447H / 2026M* ๐Ÿ•Œ๐ŸŒ™

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’

Salam Aidiladha daripada Persatuan Al-Islah Perlis, Teratak Rahmat dan Dar Al-Islah Islamic School khusus kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang sebenar kepada Allah SWT, sebagaimana pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

โœจ โ€œSesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.โ€
โ€” Surah Al-Anโ€™am : 162

Semoga setiap amal ibadah, korban dan kebajikan yang dilaksanakan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

๐Ÿค Semoga kita terus menyemai semangat ukhuwah, kasih sayang dan saling membantu demi membina ummah yang lebih cemerlang dan diberkati.

๐ŸŒŸ *Selamat Hari Raya Aidiladha*

Ikhlas daripada:
๐ŸŒฟ *Persatuan Al-Islah Perlis*
๐Ÿก *Teratak Rahmat*
๐ŸŽ“ *Dar Al-Islah Islamic School (DAIS)*

๐ŸŒ™โœจ SUNNAH-SUNNAH KETIKA HARI RAYA AIDILADHA โœจ๐ŸŒ™Hari Raya Aidiladha bukan sekadar hari bergembira, bahkan ia merupakan har...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SUNNAH-SUNNAH KETIKA HARI RAYA AIDILADHA โœจ๐ŸŒ™

Hari Raya Aidiladha bukan sekadar hari bergembira, bahkan ia merupakan hari ibadah dan penghayatan pengorbanan Nabi Ibrahim AS serta Nabi Ismail AS. Marilah kita menghidupkan Aidiladha dengan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah ๏ทบ. ๐Ÿค

๐Ÿ•Œ Antara sunnah yang boleh diamalkan pada Hari Raya Aidiladha ialah:

โœ… Bertakbir bermula 9 Zulhijjah selepas tiap solat fardu sehingga Asar Hari Tasyrik yang akhir. (al-Hakim dengan sanad yang sahih)
โœ… Mandi di pagi Aidiladha. (al-Muwattho')
โœ… Memakai pakaian terbaik dan wangian bagi lelaki. (Sahih Bukhari dengan perincian)
โœ… Tidak makan sehingga selesai solat sunat Aidiladha. (HR Ahmad)
โœ… Menggunakan jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang dari solat raya. (al-Bukhari)
โœ… Bersolat sunat Aidiladha. (al-Bukhari)
โœ… Menzahirkan kegembiraan dan saling mengucapkan tahniah dan doa "taqabbalallahu minna waminkum" sesama keluarga dan masyarakat. (al-Bukhari)
โœ… Memperbanyakkan doa.
โœ… Melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan dan menjamah dagingnya. ๐Ÿ„๐Ÿ (HR Ahmad)

Sabda Rasulullah ๏ทบ:
*"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahar yang lebih dicintai Allah selain menumpahkan darah (korban)."*
โ€” Riwayat al-Tirmizi

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketakwaan dan semangat pengorbanan dalam diri kita semua. ๐Ÿคฒโœจ

๐ŸŒธ **Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha**
Taqabbalallahu minna wa minkum.




24/05/2026

Watch KULIAH KITAB โ€œASYRATUS SAโ€™AHโ€ Live Now !!! ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

๐Ÿ”ธ Ustaz Adli Bin Mohd Saad (Pengarah Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Al-Khaadem)

๐Ÿ”ธKitab:
โ€œAsyratus Saโ€™ahโ€ (PERSTIWA AKHIR ZAMAN) karya Syeikh Dr. Yusuf Bin Abdullah Al-Wabil

๐Ÿ”ธ Lokasi :
Masjid Al-Islah, Ngulang, Mata Ayer, Perlis

๐Ÿ”ธAhad, 24 Mei 2026, selepas Solat Maghrib

Siaran ini dikuasakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Layari laman web untuk informasi bermanfaat:
https://www.suarasunnah.my/

Sumbangan@Infaq :- ๐ŸŒด๐ŸŒด๐ŸŒด
https://infaqpay.my/go/suarasunnah



Brought to you by

24/05/2026

Watch KULIAH DHUHA ~ KITAB โ€œTALBIS IBLISโ€ Live Now !!!! ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

๐Ÿ”ธUstaz Adli Bin Mohd Saad (Pengarah Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Al-Khaadem)

๐Ÿ”ธKitab:
โ€œTalbis Iblisโ€ (BELITAN IBLIS) karya Al-Imam Ibnul Jauzi

๐Ÿ”ธ Lokasi :
Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis, KM 1.2 Jalan Mata Ayer, 02500 Mata Ayer, Perlis

๐Ÿ”ธAhad, 24 Mei 2026, 9.30 pagi

Siaran ini dikuasakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Layari laman web untuk informasi bermanfaat:
https://www.suarasunnah.my/

Sumbangan@Infaq :- ๐ŸŒด๐ŸŒด๐ŸŒด
https://infaqpay.my/go/suarasunnah



Brought to you by

23/05/2026

Watch KULIAH SUBUH ~ KITAB โ€œAQIDATUS SALAF WA ASHABUL HADITHโ€ Live Now !!!! ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

๐Ÿ”ธUstaz Adli Bin Mohd Saad (Pengarah Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Al-Khaadem)

๐Ÿ”ธKitab:
"Al-Aqidatus Salaf wa Ashabul Hadithโ€ karya Al-Imam Abu Uthman Ismail Bin Abdur Rahman Al-Sabuni

๐Ÿ”ธ Lokasi :
Masjid Al-Barakah, Jelempok, Arau, Perlis

๐Ÿ”ธAhad, 24 Mei 2026, selepas Solat Subuh

Siaran ini dikuasakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Layari laman web untuk informasi bermanfaat:
https://www.suarasunnah.my/

Sumbangan@Infaq :- ๐ŸŒด๐ŸŒด๐ŸŒด
https://infaqpay.my/go/suarasunnah



Brought to you by

๐ŸŒ™๐Ÿ„ RAYUAN KORBAN 1447H / 2026M ๐Ÿ„๐ŸŒ™Persatuan Al-Islah PerlisAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, prog...
21/05/2026

๐ŸŒ™๐Ÿ„ RAYUAN KORBAN 1447H / 2026M ๐Ÿ„๐ŸŒ™
Persatuan Al-Islah Perlis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, program korban bagi tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi kini sedang berjalan dengan baik. Namun begitu, pihak Persatuan Al-Islah Perlis masih memerlukan 6 bahagian lagi bagi mencukupkan seekor lembu untuk ibadah korban tahun ini. โœจ

๐Ÿ’ฐ Nilai satu bahagian korban ialah RM900 sahaja.

Sabda Rasulullah ๏ทบ:
โ€œTidak ada amalan anak Adam pada Hari Raya Aidiladha yang lebih dicintai Allah selain menumpahkan darah (haiwan korban).โ€
(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Marilah bersama-sama kita merebut peluang beramal dan berkongsi rezeki demi membantu golongan yang memerlukan serta menghidupkan syiar Islam. ๐Ÿคโค๏ธ

๐Ÿ“Œ Masih diperlukan:
๐Ÿ„ 6 bahagian korban lagi
๐Ÿ’ต RM900 bagi satu bahagian

Sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan rayuan korban boleh hubungi:

๐Ÿ“ž Dr Muhammad Ihsan Bin Idris
018-2666541

๐Ÿ“ž Ustazah Nurulhuda binti Idris
019-4219382

โœจ โ€œBersama kita berkorban, bersama kita meraih keberkatan.โ€ โœจ




19/05/2026
KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH 10 hari terawal bulan Zulhijjah merupakan antara hari yang paling mulia dalam Islam. Inilah ...
19/05/2026

KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

10 hari terawal bulan Zulhijjah merupakan antara hari yang paling mulia dalam Islam. Inilah peluang terbaik untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, taubat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. ๐Ÿคฒ

โœจ Rasulullah SAW bersabda:

โ€œโ€œTiada hari-hari yang amalan soleh padanya lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini (10 hari awal Zulhijjah).โ€

Para sahabat bertanya: โ€œWalaupun jihad pada jalan Allah?โ€

Baginda ๏ทบ bersabda: โ€œWalaupun jihad pada jalan Allah, kecuali seorang lelaki yang keluar berjihad dengan diri dan hartanya lalu tidak kembali dengan sesuatu pun.โ€
โ€” Hadis Riwayat Sahih al-Bukhari

๐Ÿ“– Allah SWT juga berfirman:

โ€œDemi fajar, dan malam yang sepuluh.โ€
(Surah al-Fajr: 1-2)

Ulama tafsir menjelaskan bahawa โ€œmalam yang sepuluhโ€ merujuk kepada 10 awal Zulhijjah.

๐ŸŒŸ Antara amalan yang digalakkan:
โœ… Solat sunat
โœ… Membaca al-Quran
โœ… Berpuasa sunat 1-9 Zulhijjah
โœ… Bersedekah
โœ… Berzikir dan bertakbir
โœ… Memperbanyakkan doa dan istighfar

๐ŸŒฟ Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah):

โ€œPuasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
โ€” Hadis Riwayat Sahih Muslim

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Zulhijjah yang akan datang. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita. ๐Ÿค






Address

KM 1. 2 Jalan Mata Ayer
Mata Ayer
02500

Telephone

+60175616025

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Al-Islah Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share