Pekida Simpang3 Masjid Tanah

Pekida Simpang3 Masjid Tanah Amar Makruf Nahi Mungkar

Alhamdulillah… Pengerusi Pekida Daerah Alor Gajah, Kekanda Roslan bersama Ybhg Ayahanda Mat Zahari Tahir serta Long Matn...
28/08/2026

Alhamdulillah… Pengerusi Pekida Daerah Alor Gajah, Kekanda Roslan bersama Ybhg Ayahanda Mat Zahari Tahir serta Long Matnor hadir ke Kampung Panchor Paroi Seremban bagi memenuhi jemputan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida Daerah Seremban 2026.. Semoga ukhuwah terus berkekalan… 🤝

Alhamdulillah…selesai jayanya Mesyuarat Agung Tahunan PEKIDA Daerah Jasin & Melaka Tengah 2026.. Semua berjalan lancar.....
24/08/2026

Alhamdulillah…selesai jayanya Mesyuarat Agung Tahunan PEKIDA Daerah Jasin & Melaka Tengah 2026.. Semua berjalan lancar..Tahniah 🤝

Salam Maulidur Rasul semua buat Para Jemaah…👌
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul semua buat Para Jemaah…👌

Barisan Jawatankuasa Pekida Daerah Alor Gajah (PDAG) 👌
11/08/2026

Barisan Jawatankuasa Pekida Daerah Alor Gajah (PDAG) 👌

Alhamdulillah…Selesai Mesyuarat Agung Tahunan Pekida Daerah Alor Gajah Melaka Kali Ke-4 Bagi Tahun 2026… Terima kasih ke...
09/08/2026

Alhamdulillah…Selesai Mesyuarat Agung Tahunan Pekida Daerah Alor Gajah Melaka Kali Ke-4 Bagi Tahun 2026… Terima kasih kepada semua yang menjayakannya… 👌

Alhamdulillah.. Selesai Seminar Pengurusan E-Roses ZON SELATAN anjuran PEKIDA NEGERI MELAKA di Kolej Profesional MARA Ay...
04/08/2026

Alhamdulillah.. Selesai Seminar Pengurusan E-Roses ZON SELATAN anjuran PEKIDA NEGERI MELAKA di Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka.. Semua berjalan lancar.. 👌

Persiapan Mesyuarat Agung Pekida Daerah Alor Gajah Melaka Kali Ke-5 pada Sabtu 8 OGOS 2026 ini.. Semoga semua yang diran...
04/08/2026

Persiapan Mesyuarat Agung Pekida Daerah Alor Gajah Melaka Kali Ke-5 pada Sabtu 8 OGOS 2026 ini.. Semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar..Aamiin 🤲

Alhamdulillah… Jemaah Masjid Tanah Selesai bacaan Yaasin dan Tahlil malam tadi di rumah Saudara Uddin Sg Udang..berkumpu...
11/07/2026

Alhamdulillah… Jemaah Masjid Tanah Selesai bacaan Yaasin dan Tahlil malam tadi di rumah Saudara Uddin Sg Udang..berkumpul, sama2 cari keredhaan… Syukur dikelilingi tentera sabil..

PEKIDA Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Selamat Hari Lahir yang ke-101 kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mo...
10/07/2026

PEKIDA Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Selamat Hari Lahir yang ke-101 kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tun kesihatan yang baik, usia yang diberkati, kesejahteraan yang berpanjangan serta kekuatan untuk terus menyumbang buah fikiran dan pandangan demi agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya jasa, kepimpinan dan sumbangan Tun kepada tanah air amat besar nilainya serta akan terus dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Daripada : Presiden, Barisan Ahli Majlis Tertinggi, Barisan Ayahanda dan seluruh Ahli PEKIDA MALAYSIA.

Teruskan usaha dari yg terdahulu..
10/07/2026

Teruskan usaha dari yg terdahulu..

Bismillahirrahmanirrahim.

1. Adapun pada lembaran ini dipaparkan wajah-wajah para tokoh yang telah menjadi tiang seri, pasak kekuatan dan payung amanah kepada perjalanan Jemaah 30 di Malaysia ini, yakni insan-insan pilihan yang telah memikul beban perjuangan dengan penuh sabar, setia dan kebijaksanaan pada zaman masing-masing.

2. Maka tiadalah mereka itu sekadar nama yang tercatat pada helaian sejarah semata-mata, bahkan merekalah antara para pewaris yang telah menyambung sanad bai‘ah Jemaah 30 daripada satu tangan kepada satu tangan, daripada satu zaman kepada satu zaman, agar jangan terputus tali amanah, jangan terlerai ikatan warisan, dan jangan malap cahaya perjuangan yang telah diperturunkan oleh para pendahulu.

3. Maka tersebutlah nama-nama yang mulia lagi dimuliakan dalam kalangan pewaris perjuangan ini, iaitu Almarhum B**g Isa, Almarhum Ustaz Hamzah, Almarhum Tok Mat Botoi dan Almarhum Awaluddin Borhan. Pada bahu merekalah tersandar amanah untuk memelihara perjalanan jemaah ini; pada lidah merekalah terungkap nasihat dan pedoman; pada fikiran merekalah tersusun haluan; dan pada jiwa merekalah terpahat setia yang tiada berbelah bahagi.

4. Dengan izin Allah Ta‘ala, mereka telah menjaga warisan ini dengan penuh tertib, adab dan kefahaman, lalu menyerahkannya kepada generasi sesudah mereka dalam keadaan terpelihara maruahnya, teguh sendinya dan luhur maksud perjuangannya.

5. Maka seyogianya bagi anak cucu jemaah yang datang kemudian, jangan sekali-kali memandang ringan akan susur galur ini, kerana sejarah perjuangan yang besar itu tidak terbina dalam sehari, dan warisan yang luhur itu tidak tegak tanpa pengorbanan para pendahulu. Barang siapa mengenal asal usul perjuangannya, nescaya teguhlah pendiriannya; dan barang siapa memelihara sanad warisannya, nescaya terpeliharalah maruah jemaahnya.

6. Oleh yang demikian, hendaklah generasi hari ini menoleh ke belakang dengan penuh adab, menelusuri sejarah ini dengan mata hati yang faham, lalu menyambung amanah yang diwariskan itu dengan setulus niat dan seteguh pendirian, supaya obor perjuangan Jemaah 30 terus menyala, tidak padam ditelan zaman, tidak luput ditelan perubahan masa.

7. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka sekalian, melapangkan kubur mereka, mengampuni segala khilaf dan kekurangan, menerima segala amal bakti serta pengorbanan yang telah mereka persembahkan pada jalan perjuangan ini, lalu menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh, lagi beroleh keampunan dan keredaan.

8. Mudah-mudahan warisan ini terus dipelihara, sanad bai‘ahnya terus bersambung, semangatnya terus berdenyut dalam dada para pewaris, dan nama-nama para pendahulu ini kekal hidup dalam ingatan anak bangsa, selagi mana bumi ini masih menyaksikan adanya insan yang tahu mengenang jasa, memegang amanah dan menjunjung warisan perjuangan dengan sebenar-benar penghormatan.

- WARISAN BAGAN -

Address

Masjid Tanah
78300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Simpang3 Masjid Tanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share