SKUAD SABIL Pasir Gudang

SKUAD SABIL Pasir Gudang SKUAD SABIL PASIR GUDANG
'SEDIA BERKHIDMAT'

20/03/2026
20/03/2026
27/02/2026
27/02/2026

KENYATAAN MEDIA

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada 26 Februari 2026 bersamaan 8 Ramadan 1447H telah mengadakan perbincangan dan memperincikan perkara-perkara berikut:

2. Tarikh-tarikh bagi Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan, Bahagian-Bahagian UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2026 adalah seperti berikut:

(i) Persidangan UMNO Cawangan: 1 April hingga 17 Mei 2026
(ii) Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian: 1 Jun hingga 12 Julai 2026
(iii) Perhimpunan Agung UMNO: 12 Ogos hingga 16 Ogos 2026

2. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini kepada tarikh tidak boleh melebihi enam (6) bulan selepas Pilihan Raya Umum Parlimen ke-16 selaras dengan peruntukan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 10.16, Fasal 10.16.1 dan Fasal 10.16.2.

3. Ini bagi memastikan seluruh jentera parti di semua peringkat dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) yang boleh diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini.

4. Sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 pada tahun ini, UMNO Malaysia akan menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera pada 1 Mei 2026 dan Konvensyen UMNO sebagai acara kemuncak sambutan bersejarah yang akan diadakan pada 2 Mei 2026 bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre.

26 Februari 2026
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Setiausaha Agung UMNO

27/02/2026
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.Di hari yang mulia ini Saya Joni Muhamat Bin Yahya( Joni Juna )Penguasa Skuad ...
30/03/2025

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di hari yang mulia ini Saya Joni Muhamat Bin Yahya( Joni Juna )Penguasa Skuad Sabil Negeri Johor berdoa semoga Allah SWT menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan mengurniakan kita kebahagiaan serta keberkatan di Hari Raya Aidilfitri ini.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga tuan-tuan dan keluarga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, serta dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya.

Taqabbalallahu minna wa minkum. 🤲✨


Skuad Sabil Johor
Skuad Sabil Malaysia

Address

Jalan Lembah 18
Masai
81750

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKUAD SABIL Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share