Koperasi Usahawan Serikandi Johor Berhad - Kuseri

Koperasi Usahawan Serikandi Johor Berhad - Kuseri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koperasi Usahawan Serikandi Johor Berhad - Kuseri, Community Center, No 40, Jalan Kota 2/5 Taman Kota Puteri, Masai.

KOPERASI USAHAWAN SERIKANDI JOHOR BERHAD
- KUSERI

MOTTO KUSERI

Serikandi Berani, KUSERI DINAMIK
- Mencerminkan Kekuatan & Semangat Anggota Koperasi.

- Program Keusahawanan
- Hub KUSERI
- Eco Tourism

Semoga Syawal yang mulia ini membawakeberkatan, kebahagiaan, kesihatan yang baik,serta kejayaan berterusan buat seluruh ...
21/03/2026

Semoga Syawal yang mulia ini membawa
keberkatan, kebahagiaan, kesihatan yang baik,
serta kejayaan berterusan buat seluruh anggota KUSERI,
sahabat handai dan keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Dan Batin

10/03/2026
06/03/2026

Dulu ramai wanita berniaga kecil-kecilan.
Ada yang berniaga dari rumah.
Ada yang berniaga sambil jaga anak.

Tetapi bila mereka berada dalam komuniti koperasi,
mereka mula nampak sesuatu yang berbeza

✨ Ada peluang
✨ Ada bimbingan
✨ Ada jaringan
✨ Ada kekuatan bersama

Kerana bila wanita saling menyokong,
kita boleh bina sesuatu yang lebih besar.
Itulah semangat Koperasi Usahawan Serikandi.

Kalau Cik ingin tahu bagaimana koperasi boleh bantu perjalanan bisnes Cik
📲 Klik sini sekarang
www.wasap.my/+601155817375/NakTahu⁠�





















27/02/2026

Apa Itu Koperasi?

Koperasi adalah organisasi milik bersama yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan dan meningkatkan ekonomi anggotanya.

Setiap anggota adalah pemilik.
Setiap suara ada nilai.
Setiap keuntungan dikongsi bersama.

Inilah kekuatan sebenar koperasi – bergerak sebagai satu pasukan untuk manfaat bersama.

Nak tahu bagaimana koperasi boleh bantu tingkatkan pendapatan anda?

Whatsapp je www.wasap.my/+601155817375/NakTahu

KUSERI
Memperkasa Wanita Usahawan.

Ramadhan telah tiba…Bulan di mana langit lebih dekat dengan doa,Dan hati lebih mudah untuk kembali kepada-Nya.Ini bukan ...
19/02/2026

Ramadhan telah tiba…
Bulan di mana langit lebih dekat dengan doa,
Dan hati lebih mudah untuk kembali kepada-Nya.
Ini bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga,
Tetapi tentang membersihkan jiwa,
Memaafkan yang lalu,
Dan memulakan semula dengan hati yang lebih tenang.
Semoga Ramadhan kali ini
Membawa keberkatan dalam setiap usaha,
Melimpahkan rezeki yang halal dan berkat,
Serta menguatkan langkah kita menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Salam Ramadhan Al-Mubarak 🌙✨

Salam Ikhlas
ALK & Anggota KUSERI

📌 KENAPA PERLU AKTIF DALAM KOPERASI?Ramai jadi ahli koperasi,tapi tak semua ambil peluang sepenuhnya.Hakikatnya, bila ki...
10/02/2026

📌 KENAPA PERLU AKTIF DALAM KOPERASI?

Ramai jadi ahli koperasi,
tapi tak semua ambil peluang sepenuhnya.

Hakikatnya, bila kita aktif dalam koperasi, inilah yang kita dapat 👇

✅ Ilmu baru
Belajar bisnes, pelaburan & urus kewangan bersama komuniti wanita hebat.
✅ Income bertambah
Lebih aktif = lebih peluang. Kongsi untung, bina potensi.
✅ Networking kuat
Berkawan, berniaga, saling bantu-membantu.
✅ Ada suara & kuasa
Idea kita didengar. Pandangan kita diambil kira.

✨ Dalam koperasi, kita bina bersama, bukan bersaing.
Lebih ramai aktif, lebih kuat koperasi kita.

📲 Nak jadi ahli yang aktif & berdaya maju?
Tinggalkan komen “AKTIF” atau www.wasap.my/+601155817375/NakJoinKUSERI sekarang.





07/02/2026

JOHOR BAHRU | 5 FEBRUARI 2026

Hari ini KUSERI berkesempatan menghadiri Program Pemantapan Tadbir Urus dan Pemantuhan Perundangan Koperasi telah dianjurkan pada 5 Februari 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Jubli Intan, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Program ini melibatkan 44 buah koperasi jemputan yang merangkumi wilayah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Mersing dan Kota Tinggi, bertujuan memberi pendedahan serta kefahaman yang jelas berkaitan pentadbiran dan tadbir urus koperasi selaras dengan perundangan serta peraturan koperasi yang ditetapkan.

Slot Tadbir Urus Koperasi telah disampaikan oleh Puan Adina, Timbalan Pengarah IKMA Zon Selatan, yang menekankan kepentingan pengurusan koperasi yang berintegriti, telus dan patuh undang-undang.
Manakala slot Pembangunan Koperasi p**a disampaikan oleh Encik Asrul, wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Johor, yang berkongsi hala tuju, sokongan serta peranan SKM dalam memperkukuh pembangunan koperasi di peringkat negeri.

Program diakhiri dengan taklimat penutup ringkas oleh Timbalan Pengarah SKM Negeri Johor, sebagai penegasan kepada komitmen berterusan SKM dalam memastikan koperasi-koperasi bergerak secara mampan, berdaya saing dan mematuhi perundangan.
Program ini diharapkan dapat menjadi platform berkesan dalam memperkasa tadbir urus koperasi serta memperkukuh kefahaman pengurusan koperasi terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul.

🧱 SIAPA AHLI KOPERASI SEBENARNYA?Ahli koperasi bukan sekadar nama dalam senarai.Mereka ialah pembina masa depan koperasi...
07/02/2026

🧱 SIAPA AHLI KOPERASI SEBENARNYA?
Ahli koperasi bukan sekadar nama dalam senarai.
Mereka ialah pembina masa depan koperasi itu sendiri.
Ahli koperasi ialah mereka yang: ✅ Wanita, umur 18 tahun ke atas
✅ Warganegara Malaysia
✅ Ingin membina masa depan bersama
✅ S**a belajar & berkembang
✅ Ada semangat keusahawanan
✅ Percaya konsep bantu-membantu
✅ Komited untuk bina & kongsi manfaat
Di koperasi,
kita tak bergerak seorang diri.
Kita bina sedikit demi sedikit,
hingga jadi sesuatu yang besar.
🧱 Bina Bersama, Lebih Seronok.
📩 Berminat jadi sebahagian daripada komuniti wanita ini?
Tinggalkan komen “NAK JOIN” atau DM admin kami.




🌟 PROGRAM TRANSFORMASI DIRIHidupkan Cahaya Yang HilangPernah tak rasa… – dah usaha macam-macam, tapi hidup masih rasa ko...
03/02/2026

🌟 PROGRAM TRANSFORMASI DIRI
Hidupkan Cahaya Yang Hilang
Pernah tak rasa… – dah usaha macam-macam, tapi hidup masih rasa kosong?
– penat bekerja, berniaga, berkorban… tapi hasil tak setimpal?
– rasa buntu, keliru dan hilang semangat untuk teruskan hidup?
👉 Inilah sebabnya kenapa anda perlu hadir.
Kerana masalah sebenar bukan pada usaha — tetapi pada hala tuju, kesedaran diri dan cara kita menghidupkan semula kekuatan dalaman.
✨ Apa yang akan berlaku selepas anda hadir? ✔ Anda mula kenal diri sendiri dengan lebih jelas
✔ Minda jadi lebih tenang, fokus dan terarah
✔ Keyakinan diri meningkat
✔ Tahu bagaimana menghidupkan semangat diri sendiri, walaupun dalam keadaan sukar
✔ Hidup terasa lebih bermakna dan tidak lagi sekadar bertahan
Program ini berbeza daripada yang lain —
bukan sekadar motivasi, tetapi langkah pertama untuk perubahan sebenar.
💙 Sesuai untuk anda yang: – penat ditipu
– penat hidup miskin
– penat berusaha tetapi hasil tak sepadan
– usahawan, pelajar, ibu bapa & individu yang sedang mencari jalan hidup
✨ Jom hidupkan semula cahaya yang pernah hilang.
Ini bukan tentang siapa anda semalam —
ini tentang siapa anda boleh jadi selepas ini.
📌 Bangkit. Kenal Diri. Ubah Hidup.

Whatsapp kami segera www.wasap.my/+601155817375/TransformasiDiri

"Serikandi Berani KUSERI DINAMIK"





















🧱 KOPERASI BUKAN TEMPAT TUNGGU HASIL✨ Tapi tempat BINA HASILRamai masih keliru tentang koperasi.Ada yang fikir, daftar s...
03/02/2026

🧱 KOPERASI BUKAN TEMPAT TUNGGU HASIL
✨ Tapi tempat BINA HASIL

Ramai masih keliru tentang koperasi.

Ada yang fikir, daftar sahaja nanti hasil datang sendiri.

Ada yang sangka koperasi ni tempat minta bantuan.

Sebenarnya, koperasi bukan begitu.

Koperasi ialah platform bisnes milik ahli.
Ia dibina, diurus dan dibangunkan secara bersama.
Dalam koperasi, kita bukan penonton,
tetapi pembina.

Bila setiap ahli faham peranan:
🧩 Koperasi jadi kuat
🧩 Peluang jadi luas
🧩 Hasil boleh dibina bersama

🧱 “Bina Bersama, Lebih Seronok.”

📌 Fahami dulu,
barulah kita boleh bina koperasi yang berdaya maju.






🧱 KOPERASI: BINA BISNES BERSAMA 🧱Ramai orang ingat koperasi ni👉 tempat minta bantuan👉 tempat tunggu hasilHakikatnya… sal...
02/02/2026

🧱 KOPERASI: BINA BISNES BERSAMA 🧱
Ramai orang ingat koperasi ni
👉 tempat minta bantuan
👉 tempat tunggu hasil
Hakikatnya… salah besar 😊
Koperasi ialah platform bisnes milik ahli
✔️ Kita bina sama-sama
✔️ Kita urus sama-sama
✔️ Kita untung sama-sama
Dalam koperasi:
🧩 Modal mungkin kecil
🧩 Tapi suara tetap besar
🧩 1 ahli = 1 undi
Bila usahawan bersatu dalam koperasi:
🔹 Bisnes kecil boleh jadi besar
🔹 Peluang jadi lebih luas
🔹 Rezeki dibina secara kolektif
💡 Koperasi bukan tempat menunggu hasil,
tetapi tempat membina hasil.
🧱 Satu blok anda,
menjadi menara rezeki kita 💙
📌 Scroll infografik & fahami konsep koperasi dengan cara paling mudah.




Address

No 40, Jalan Kota 2/5 Taman Kota Puteri
Masai
81750

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+6075712031

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Usahawan Serikandi Johor Berhad - Kuseri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Koperasi Usahawan Serikandi Johor Berhad - Kuseri:

Share