Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Terengganu

Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam  Terengganu Platform rasmi Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Terengganu | Perkongsian info, aktiviti & inisiatif kesihatan awam negeri

25/04/2026

Selamat Menyambut Hari Malaria Sedunia 2026

Disambut pada setiap 25 April, Hari Malaria Sedunia menjadi simbol komitmen global dalam memerangi penyakit malaria yang pernah menjadi ancaman besar kepada kesihatan awam, termasuk di Malaysia.

Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) ingin menzahirkan penghargaan kepada seluruh Pembantu Kesihatan Awam, yang sejak dahulu lagi menjadi profesion utama dalam membanteras penyakit malaria di negara ini.

Hasil usaha berterusan melalui:

🔍 Pengesanan awal dan pemantauan kes
🦟 Kawalan vektor secara sistematik
🏘️ Pendidikan kesihatan kepada masyarakat
⚡ Tindakan pantas dalam pengurusan wabak

Malaysia kini berjaya mengawal malaria sehingga hanya melibatkan kes-kes terpencil, satu pencapaian besar dalam bidang kesihatan awam negara.

Kejayaan ini bukanlah penamat, tetapi satu amanah untuk terus memastikan negara kekal bebas daripada penularan malaria.

Teruskan komitmen dan perkasakan peranan kita demi melindungi komuniti daripada ancaman penyakit bawaan vektor.




Salam Aidilfitri 1447H / 2026M 🌙Saya, Wan Mohd Rosmadi bin Hj Wan Embong, Pengerusi Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam ...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H / 2026M 🌙

Saya, Wan Mohd Rosmadi bin Hj Wan Embong, Pengerusi Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Terengganu, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir & Batin.

Bulan Syawal menjelma indah,Disambut takbir penuh syahdu,Jalinan ukhuwah terus diperkukuh,Kasih sesama sentiasa padu.Di ...
19/03/2026

Bulan Syawal menjelma indah,
Disambut takbir penuh syahdu,
Jalinan ukhuwah terus diperkukuh,
Kasih sesama sentiasa padu.

Di hari mulia saling bermaafan,
Lupakan sengketa eratkan hubungan,
Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Negeri Terengganu mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Pematuhan yang wajib di patuhi!
05/03/2026

Pematuhan yang wajib di patuhi!

03/03/2026
Aspp 1975 akta pemusnahan serangga pembawa penyakit.
22/02/2026

Aspp 1975 akta pemusnahan serangga pembawa penyakit.

PADAH MEMBIAR PERSEKITARAN BIAK AEDES, DIDENDA RM1,000

📍 Hulu Terengganu
📅 9 Februari 2026

Seorang lelaki tempatan, telah didenda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang selepas mengaku bersalah membiarkan bekas plastik uang mengandungi air di premis miliknya menjadi tempat pembiakan serangga pembawa penyakit.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku pada 4 Mei 2025 semasa anggota penguat kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu menjalankan pemeriksaan di sebuah lokaliti kampung di Jalan Kuala Berang berikutan kejadian kes Demam Denggi di kawasan tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati larva nyamuk yang ditemui adalah daripada spesies Aedes albopictus, iaitu nyamuk pembawa penyakit yang boleh menyebabkan demam denggi.

Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 13(1), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 [Akta 154], yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh En. Tamizi bin Said. Semasa prosiding, tertuduh telah membuat pengakuan bersalah dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau tiga (3) bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh telah menjelaskan denda yang dikenakan.

Tindakan pendakwaan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa kesihatan dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab bersama dalam mencegah pembiakan nyamuk Aedes dan penularan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi.

✔️ Pastikan persekitaran rumah dan premis sentiasa bersih, dan bebas takungan air.
✔️ Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.





Ah lan wasahlan ya Ramadhan🤲🏻Semoga setiap Amalan dan ibadah yang dijalankan mendapat Rahmat Allah swt.
18/02/2026

Ah lan wasahlan ya Ramadhan🤲🏻
Semoga setiap Amalan dan ibadah yang dijalankan mendapat Rahmat Allah swt.

Mesyuarat Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Negeri Terengganu Bil. 1/2026Tarikh: 9 Februari 2026Tempat: Bilik Mesyuara...
09/02/2026

Mesyuarat Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Negeri Terengganu Bil. 1/2026

Tarikh: 9 Februari 2026
Tempat: Bilik Mesyuarat Sektor Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, JKN Terengganu

Antara agenda yang telah dibincangkan ialah:

1. Mesyuarat Pembantu Kesihatan Awam (PKA) perlu dilaksanakan di setiap daerah masing-masing bagi tahun 2026 mengikut tarikh yang telah dipersetujui melalui Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) daerah.

2. Pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang mengikut daerah tuan rumah masing-masing.

3.Kemaskini data penjawatan setiap Pembantu Kesihatan Awam (PKA) daerah.

4.Halatuju Pembantu Kesihatan Awam (PKA) Terengganu tahun 2026.

02/02/2026

Address

Marang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share