Tahfiz Darul Ulama'

  • Home
  • Tahfiz Darul Ulama'

Tahfiz Darul Ulama' TAHFIZ DARUL ULAMA (TDU)

beralamat di:

LOT PT 14813, Jalan Bukit Kor,
Kg. Rhu Rendang, 21600 Mar
(3)

29/03/2026

Adab dan Sunnah #49

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya hari ini (di dunia) sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham (hari Kiamat).

Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya."

Hadis Riwayat Bukhari

27/03/2026

Adab dan Sunnah #51

Ummu Salamah رضي الله عنها meriwayatkan bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Apabila kamu menjenguk orang sakit atau orang yang meninggal, maka ucapkanlah (doa) yang baik, kerana malaikat mengaminkan ucapan kalian."

Hadis Riwayat Muslim

25/03/2026

"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?

Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah.

Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Al-Mulk 67:19

23/03/2026

Adab dan Sunnah #56

Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Nabi ‎ﷺ bersabda,

"Seseorang itu sentiasa mendapat pahala solat selagi dia menunggu solat. Para malaikat berdoa, 'Ya Allah, ampunkanlah dia dan rahmatilah dia'. Selagi dia tidak bangun dari tempatnya atau dia berhadas (terbatal wuduknya)."

Hadis Riwayat Bukhari

21/03/2026
21/03/2026

Adab dan Sunnah #57

Abdullah bin Amr رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Nabi ‎ﷺ bersabda,

"Seseorang yang saling membalas kebaikan (yakni yang membalas kebaikan dengan kebaikan kepada orang yang melakukan kebaikan kepadanya) bukanlah orang yang menghubungkan silaturrahim.

Bahkan orang yang menghubungkan silaturrahim ialah orang yang tetap menghubungkan silaturrahim walaupun orang lain memutuskan hubungan dengannya."

Hadis Riwayat Bukhari

19/03/2026

Adab dan Sunnah #58

Abdullah bin Abu Aufa Aslami رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ telah datang berjumpa kami lalu Baginda ‎ﷺ bersabda,

"Sesiapa yang mempunyai apa-apa hajat dengan Allah atau sesiapa sahaja daripada makhlukNya maka hendaklah dia berwuduk dan tunaikanlah solat dua rakaat kemudian hendaklah dia membaca doa ini,

لَا إِلَهَ إلَّا اللهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ،
سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ،
الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ،
اللّهمَّ إنّي آَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ،
وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ،
وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ،
وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ،
أَسْأَلُكَ أَلَّا تَدَعَ ليِ ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ،
وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ،
وَلَا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلَّا قَضَيْتَهَا ليَ.

Maksudnya, 'Tiada sebarang tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah Maha Suci (daripada sebarang kekurangan) Dialah Tuhan 'Arasy yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah, aku memohon daripadaMu semua perkara yang memastikan daku mendapat rahmatMu dan perkara-perkara yang memastikan daku mendapat keampunanMu dan supaya Engkau tidak meninggalkan mana-mana dosaku pun kecuali Engkau mengampuni dosaku itu dan tidak juga apa-apa kerisauan kecuali Engkau hilangkan kerisauan itu dan tidak juga apa-apa hajat yang Engkau redhai kecuali Engkau tunaikan hajat itu untukku'.

Selepas doa ini bolehlah dia memohon daripada Allah apa-apa sahaja yang dia kehendaki daripada perkara dunia dan akhirat. Sesungguhnya permintaan itu akan dikabulkan."

Hadis Riwayat Ibnu Majah

15/03/2026

Adab dan Sunnah #44

Aisyah رضي الله عنها mengatakan bahawa,

"Rasulullah ‎ﷺ solat sebelas rakaat. Begitulah solat baginda di tengah malam.

Baginda ‎ﷺ sujud; lama satu sujud Baginda ‎ﷺ kira-kira selama kamu membaca lima puluh ayat sebelum Baginda ‎ﷺ mengangkat kepalanya kembali.

Baginda ‎ﷺ juga melakukan solat sunat 2 rakaat (sunat Fajar) sebelum solat Subuh.

Kemudian Baginda ‎ﷺ berbaring ke kanan, menunggu pemberitahuan untuk solat Subuh."

Hadis Riwayat Bukhari

Address


Telephone

+60192708240

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tahfiz Darul Ulama' posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tahfiz Darul Ulama':

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share