Madrasah Pondok Tahfiz Dan Warga Emas Al-Huda

Madrasah Pondok Tahfiz Dan Warga Emas Al-Huda Madrasah Pondok Tahfiz Al-Huda diuruskan & ditakbir oleh Yayasan Kebajikan Mahfatim Terengganu.
(3)

الحمد لله رب العالمينSegala puji bagi Allah SWT atas limpahan rahmat-Nya. Majlis Iftar Ramadhan bersama Dato’ Wira Dr. M...
07/03/2026

الحمد لله رب العالمين
Segala puji bagi Allah SWT atas limpahan rahmat-Nya. Majlis Iftar Ramadhan bersama Dato’ Wira Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali telah berlangsung dengan penuh kesyukuran, ukhuwah dan keberkatan.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil khatam al-Quran kepada para peserta, sebagai tanda penghargaan atas kesungguhan mereka mendekatkan diri kepada Kalamullah.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini, khususnya YADIM Negeri Terengganu, Yayasan Kebajikan Mahtatim Terengganu, serta Madrasah Pondok Tahfiz Al-Huda Wakaf Tapai, Marang. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

✨ “Sesungguhnya al-Quran itu adalah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah An-Naml: 77) ✨

Gambar-gambar sekitar majlis dikongsikan untuk momen kenangan. Jazakallahukhaira..

📖 Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian SijilTarikh: 13 Disember 2025 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1447HTempat: Madrasah Po...
15/12/2025

📖 Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sijil

Tarikh: 13 Disember 2025 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1447H

Tempat: Madrasah Pondok Al-Huda, Wakaf Tapai.

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam Al-Quran serta Penyampaian Sijil kepada Warga Emas dan para pelajar tahfiz Madrasah Pondok Al-Huda.

Majlis ini telah diserikan dengan:

• Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para pelajar tahfiz 🎶
• Penyampaian sijil kepada warga emas dan pelajar tahfiz 🎓
• Gotong-royong membersihkan kawasan dan surau 🕌
• Aktiviti memasak serta jamuan makanan dan kuih-muih 🍲🍰

Program ini bukan sahaja memberi penghargaan kepada para pelajar dan tenaga pengajar, tetapi turut mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim sesama warga Madrasah.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala atas segala usaha, mempermudahkan urusan kita serta mengurniakan kesihatan yang baik.

🎉 Tahniah kepada semua warga emas dan pelajar tahfiz!

20/09/2025

Assalamualaikum wbt 🌸Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.Hari ini selesai pindahkan kambing ke tempat baru.Semoga Allah SWT melimpahkan berkat, rahmat, kesihatan, dan rezeki yang meluas.Moga dipermudahkan segala urusan dan diberkati selalu. 🌿🐐اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَاجْعَلْهُ عَوْنًا لَنَا عَلَى طَاعَتِكَ“Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami, dan jadikanlah ia sebagai bantuan untuk kami dalam mentaati-Mu.”Amin ya Rabbal Alamin 🤲🤲

Assalamualaikum wbt 🌸Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.Hari ini selesai pindahkan kambing ke tempat baru.Semoga All...
20/09/2025

Assalamualaikum wbt 🌸
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.
Hari ini selesai pindahkan kambing ke tempat baru.

Semoga Allah SWT melimpahkan berkat, rahmat, kesihatan, dan rezeki yang meluas.
Moga dipermudahkan segala urusan dan diberkati selalu. 🌿🐐

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَاجْعَلْهُ عَوْنًا لَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

“Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami, dan jadikanlah ia sebagai bantuan untuk kami dalam mentaati-Mu.”
Amin ya Rabbal Alamin 🤲🤲

Alhamdulillah Dr Ustaz Mohd Zaki menjadi wakil Madrasah Al-Huda untuk menyertai rombongan uniza, ketua Prof Dr. Abdullah...
01/08/2025

Alhamdulillah Dr Ustaz Mohd Zaki menjadi wakil Madrasah Al-Huda untuk menyertai rombongan uniza, ketua Prof Dr. Abdullah, Dekan Fakulti Pendidikan Lajutan, dalam program melawat kepasentren di jogja dan Surabaya

Alhamdulillah memenuhi jemputan majlis tahlil di Wakaf  Tapai, semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT, diperm...
20/07/2025

Alhamdulillah memenuhi jemputan majlis tahlil di Wakaf Tapai, semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, dan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya 🤲🏻

Alhamdulillah Dr.Mohd Zaki merangkap mudir menjadi wakil kepada Madrasah Al-Huda dalam mengikuti program tadabur pejabat...
18/07/2025

Alhamdulillah

Dr.Mohd Zaki merangkap mudir menjadi wakil kepada Madrasah Al-Huda dalam mengikuti program tadabur pejabat agama di Kuala Nerus Terengganu .

Alhamdulillah hari ini madrasah pondok tahfiz Alhuda, wakaf tapai dikunjungi pasangan hamba Allah yang baik hati lagi de...
24/06/2025

Alhamdulillah hari ini madrasah pondok tahfiz Alhuda, wakaf tapai dikunjungi pasangan hamba Allah yang baik hati lagi dermawan En. Mohamad dan isterinya

Kedatangan mereka bertujuan menginfaqkan sebuah motosikal baru jenis kriss modenas untuk kegunaan madrasah dan juga sumbangan bahan makan berupa air, biskut, gula dan lain-lain kepada warga Madrasah Al-Huda

Semoga infaq dan kebaikan ini menjadi asbab dikurniakan keberkatan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, diterima segala amalan, dan diberikan keluarga yang sakinah dan mawaddah buat mereka

Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kebaikan tuan dan puan di dunia mahupun diakhirat

Alhamdulillah pada hari khamis 22/5/2025Majlis tahlil dan Solat Hajat di Kuala Ibai, Kuala Terengganu
25/05/2025

Alhamdulillah pada hari khamis 22/5/2025

Majlis tahlil dan Solat Hajat di Kuala Ibai, Kuala Terengganu

SAMBUTAN NUZUL QURAN & MAJLIS KHATAM QURAN BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1446H. 📖 KHATAM QUR’AN BERAMAI-RAMAI: ALUNAN SUCI MENGG...
22/03/2025

SAMBUTAN NUZUL QURAN & MAJLIS KHATAM QURAN BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1446H.

📖 KHATAM QUR’AN BERAMAI-RAMAI: ALUNAN SUCI MENGGEMA DI PONDOK TAHFIZ AL-HUDA, WAKAF TAPAI, MARANG, TERENGGANU

Alhamdulillah, suasana penuh syahdu menyelimuti majlis khatam Qur’an beramai-ramai di Pondok Tahfiz Al-Huda.

Dengan penuh khusyuk, para peserta menamatkan bacaan 30 juz’ Al-Qur’an, menghayati setiap kalamullah yang menjadi panduan hidup.

Setiap ayat yang dialunkan menggetarkan jiwa, membawa ketenangan dan keberkatan kepada semua yang hadir.

Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi cahaya di dunia dan akhirat, serta membuka pintu rahmat Allah buat kita semua.

Al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam melalui malaikat Jibril alaihissalam sebagai petunjuk bagi orang beriman sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah al-Baqarah ayat 185:

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah (antara yang hak dan batil)”

✨ Ya Allah, jadikanlah kami ahli Qur’an yang sentiasa dekat dengan kalam-Mu. Ameen.

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah ramadhan yang mulia dan diberikan keampunan oleh Allah SWT
27/02/2025

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah ramadhan yang mulia dan diberikan keampunan oleh Allah SWT

Address

Lot 7438, Kampung Lubuk Perah Wakaf Tapai
Marang
21040

Telephone

+60145255376

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Pondok Tahfiz Dan Warga Emas Al-Huda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Madrasah Pondok Tahfiz Dan Warga Emas Al-Huda:

Share