Pusat Tahfiz Darul Luqman

Pusat Tahfiz Darul Luqman Melahirkan Insan Soleh Melalui Pendidikan Islam

04/04/2024

"Jauhkan diri kita sekeluarga dari azab neraka dengan bersedekah. Jika tak mampu sedekah wang, berilah ucapan dan kata kata baik sebagai sedekah."
IKIMfm

Salam 23 Ramadan.Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang ditakdirkan untuk melaksanakan Malam Lailatul Qadar...
03/04/2024

Salam 23 Ramadan.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang ditakdirkan untuk melaksanakan Malam Lailatul Qadar,

Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang mendapat pahala yang paling besar padanya,

Dan masukkanlah kami dalam golongan orang-orang yang berbahagia di dalamnya,

Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang merdeka di dalamnya dari neraka dan di antara orang-orang yang diberi khabar gembira di dalamnya akan Syurga Firdaus yang paling tinggi.

Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf yang sukakan pengampunan, maka Ampunilah kami..Rahmatilah kami..

Semoga Allah swt menerima segala amalan kebaikan yang telah kami lakukan & mempermudahkan urusan semua umat Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Solat lima waktu, hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan Rama...
31/03/2024

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Solat lima waktu, hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan Ramadan ke Ramadan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) diantara tempoh tersebut sekiranya (seseorang itu) menjauhi dosa-dosa besar." (Riwayat Muslim)

JANGAN LEPASKAN PELUANG MEREBUT GANJARAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADANMenjelang 10 malam terakhir, ayuh kita gandakan amalan...
30/03/2024

JANGAN LEPASKAN PELUANG MEREBUT GANJARAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN
Menjelang 10 malam terakhir, ayuh kita gandakan amalan demi mendapatkan ganjaran pahala yang berganda khususnya sewaktu malam ‘1000’ bulan.
Ketika tiba 10 malam terakhir, Rasulullah juga menunjukkan kesungguhan yang luar biasa sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah RA, beliau menceritakan :
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ الأوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ وَشَدَّ المِئْزَرَ وَأَحْيَا اللَّيْلَ

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda SAW membangunkan ahli rumahnya, mengikat kainnya (menjauhi isteri-isterinya) serta menghidupkan malam tersebut”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith 3436]

Misi Memburu Lailatul QadarMemburu Lailatul Qadr yang merupakan sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan adalah sa...
30/03/2024

Misi Memburu Lailatul Qadar

Memburu Lailatul Qadr yang merupakan sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan adalah satu perbuatan yang dituntut.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh pada malam-malam terakhir bulan Ramadan untuk meraih pahala beribadah pada malam al-Qadr tersebut.

30/04/2022
28/04/2022

Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurniakan pahala serta kedudukan di syurga. Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga."

Untuk sumbangan boleh salurkan ke akaun kami:

Nama akaun : PUSAT TAHFIZ DARUL LUQMAN
No akaun : 1101874187 (BANK RAKYAT)
Reference: INFAQ

26/04/2022

Semoga Allah permudahkan urusan Pusat Tahfiz Darul Luqman..Amiinn

25/04/2022

Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami dalam menyelesaikan urusan kami. Aamiin....

Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurniakan pahala serta kedudukan di syu...
24/04/2022

Orang yang membina, mewakafkan dan mendermakan wang bagi pembinaan masjid akan dikurniakan pahala serta kedudukan di syurga. Ia sebagaimana disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW: "Sesiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana ALLAH walau sekecil apa pun, maka, ALLAH akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga."

Untuk sumbangan boleh salurkan ke akaun kami:

Nama akaun : PUSAT TAHFIZ DARUL LUQMAN
No akaun : 1101874187 (BANK RAKYAT)
Reference: INFAQ

Address

Kampung Bukit Che Ali
Marang
21600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tahfiz Darul Luqman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Tahfiz Darul Luqman:

Share