Infaq Tahfiz Darul Ulama

Infaq Tahfiz Darul Ulama Pusat Tahfiz Darul Ulama merupakan salah satu pusat pengajian Al-Quran dan asas fardhu ain.

30/03/2026
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Allah tidak sesekali menggugurkan daripada jam...
20/03/2026

“Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Allah tidak sesekali menggugurkan daripada jaminan-Nya dengan sesuatu. Oleh yang demikian, sesiapa yang menggugurkan daripada dirinya jaminan Allah, pasti dia akan mendapatkannya (balasan). Kemudian wajahnya akan ditelangkupkan dalam Neraka.” Riwayat Muslim (657)

🌻 Mulakan pagi JUMAAT kita dengan bersedekah, insyaAllah urusan hari ini dimudahkan Allah

(Lot wakaf serendah  dibuka, niatkan Sedekah ini khusus buat Allahyarham dan Allahyarhamah keluarga yang telah meninggal dunia)

09/03/2026

Adab dan Sunnah #59

Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Cukup seseorang dikatakan dusta, jika dia menceritakan segala apa yang dia dengar (tanpa tabayyun).”

Hadis Riwayat Muslim

Nota Hadis: Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim ketika menjelaskan hadis ini menyatakan: Seseorang boleh dikatakan berdusta, apabila segera menceritakan khabar yang diperolehi, kerana berita yang didengar boleh jadi ditokok tambah.

Imam Al-Syaukani berkata; "Yang dimaksudkan dengan ‘tabayyun’ adalah memeriksa dengan teliti, berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sesuatu peristiwa dan khabar yang datang, sehingga menjadi jelas dan terang baginya."

Abdullah bin Masud رضي الله عنه berkata dalam Syarh Sahih Muslim, "Tidak boleh engkau menceritakan (suatu berita) kepada sekelompok orang, berupa berita yang tidak boleh mereka fahami malah akan menjadi sumber kerusakan (keresahan atau kekacauan) kepada mereka."

07/03/2026

Adab dan Sunnah #60

Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

"Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya."

Hadis Riwayat Bukhari

Address

Jalan Bukit Kor, Kg Rhu Rendang
Marang
21600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Infaq Tahfiz Darul Ulama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Infaq Tahfiz Darul Ulama:

Share