Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Negeri Pahang

Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Negeri Pahang Pendidikan, Kebajikan dan Dakwah.

06/03/2026
Ini 3 loker anak Baitul Jannah yang paling kecil. Syahmi, Ahmad Ramadan dan Yusuf. Selalunya nak urus almari 3 ketul ini...
25/02/2026

Ini 3 loker anak Baitul Jannah yang paling kecil. Syahmi, Ahmad Ramadan dan Yusuf. Selalunya nak urus almari 3 ketul inilah yang paling kritikal.

Maklumlah, masih sangat kanak-kanak. Kadang-kadang bukak bau busuk, kadang-kadang terrrrsangat wangi. Kadang-kadang berlonggok baju, ada ketika langsung tak ada apa-apa.

Saya sendiri nak uruskan almari merekapun tak sempat.

Terkejar-kerjar urusan lain.

Qadharullah, baru ini ada sukarelawan yang sudi datang jadi warden sementara setelah warden sebelum ini berhenti.

Pagi ini saya tengok almari mereka dengan semangat baru. Tertampal nama dan ada apa yang perlu mereka pastikan.

โ€œSetiap hari almari saya? Kemas, bersih, teratur, rapi.โ€


Di Baitul Jannah ni mungkin orang nampak saya sebagai wajah utama. Sebenarnya di balik tadbir ada sahabat-sahabat yang membantu kita uruskan semua ini.

Contohnya,

Warden sebelum ini dia sanggup bangun jam 1, 2 pagi untuk kejut seorang anak kami yang ada masalah kencing tengah malam untuk anak itu pergi ke tandas. Satu kerja yang saya tak boleh buat pun.

Ada seorang pakcik ini sudi baiki segala paip air, elektrik yang rosak dan uruskan bagunan ini sedangkan saya langsung tak ada kepakaran dalam hal itu.

Ada seoang ustaz ni sudi masak setiap hari di sini disaat dia sendiri jadual penuh dengan kelas dan pengajian di luar.

Mereka semua ini tak aktif sosial media.

Mungkin orang tak kenal mereka.

Tapi setiap kali saya teringatkan mereka, saya akan doakan insan-insan hebat ini semoga Allah berikan ganjaran yang besar untuk mereka.

Ramadan Kareem.

Semoga kalian semua terus semngat untuk buat kebaikan.

Tiga hari pertama seorang anak baru ini di Baitul Jannah adalah ujian paling berat buat kami.Anak ini baru berusia 12 ta...
24/01/2026

Tiga hari pertama seorang anak baru ini di Baitul Jannah adalah ujian paling berat buat kami.

Anak ini baru berusia 12 tahun dan Maran adalah tempat yang asing untuknya.

Seorang anak yang awalnya kuat meracau dan bercakap mengarut. Setiap hari dia cuba lari dan keadaan Baitul Jannah sendiri memang tidak menghalang sesiapa untuk keluar bila-bila masa.

Di sini tak ada pagar kawad duri, tak ada tembok tinggi, tak ada pegawai keselamatan.

Dulu saya masih kuat semangat mengejar anak-anak yang melarikan diri.

Tapi sejak kebelakangan ini saya belajar satu perkara, kasih sayang yang dipaksa bukan penyelamat. Kami bukan tempat yang mengutip yuran bulanan dan kami bukan penjara.

Cuma untuk anak ini paling jauh dia pergi luar pagar je sekitar 100 meter dari sini haha.

Kemudian, perangai meracau anak ini dan cakap mengarut pun boleh tahan. Sehingga ada diantara guru dan warden yang tak tahan dan minta saya p**angkan anak ini kepada keluarga mereka.

Saya cuba berbincang dengan keluarga anak ini.

Kata ayahnya merayu,

โ€œMohon ustaz jagalah anak saya ini.โ€

Maka bila saya kaitkan dengan perangai anak ini dan kata ayahnya, maka saya faham nak tak nak saya kena jaga anak ini untuk keselamatannya.

3 hari kami detox anak ini. Habis 3 hari Qadharullah wajah anak ini berubah.

Dia tidak lagi meracau. Tidak lagi cuba lari. Pandangannya tenang.

Secara perlahan-lahan anak ini mula sesuaikan diri dan sekarang saya tengok dia mula aktif seperti anak-anak kami yang lain walaupun ada beberapa perkara yang kita kena usaha bentuk dia lagi.

Detox kami tidak rumit.

Pertama, kami minimumkan langsung makanan proses seperti air kotak dan jajan.

Kedua, anak-anak di sini hampir setiap hari beriadah dengan berhubung dengan alam. Gembala lembu, kambing, main dalam ladang sawit, pijak tanah.

Ketiga, dan inilah detox yang terbaik adalah kehidupan anak-anak ini dengan al Quran serta jauh dari gedget.

Kita serah pada Allah. Tanpa diduga, perangai anak ini yang tidak seberapa ok berubah menjadi lebih baik.

Rumah kebajikan bukan tempat menggantikan peranan ibu bapa.

Hanya anak-anak yatim, asnaf, tidak sah taraf dan terabai sahaja yang kami izin untuk berlindung di sini. Jika emak ayah masih mampu jaga sendiri anak-anak, kami saran untuk jaga sendiri.

Kerana pendidikan yang terbaik itu pastilah pendidikan di rumah.

SAFM

Assalamualaikumm semua.Nikmat yang paling besar bila kita semua dapat melangkah untuk tahun yang seterusnya. Bagi pihak ...
02/01/2026

Assalamualaikumm semua.

Nikmat yang paling besar bila kita semua dapat melangkah untuk tahun yang seterusnya. Bagi pihak Baitul Jannah, satu rahmat dan kasih sayang Allah bila kita berjaya melunaskan bayaran gaji tanpa tertangguh sepanjag tahun ini.

Kemampuan yang diberikan oleh Allah ini mejadi satu kekuatan untuk guru-guru terus berkhidmat di sini. Keupayaan ini adalah hasil sumbagan sahabat-sahabat.

Doakan agar kita semua mampu untuk terus menampung amanah ini. Sehingga ke saat akhir yang Allah takdirkan.

Terima kasih semua.

03/10/2025

Assalamualaikum
My name is Safwan. I am a citizen of Malaysia. If you are watching this video, i demand a release of Malaysia citizen who have been abducted by the Israeli Forces.
Their mission is peaceful and compliance with International Law.

๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธโค๏ธ๐Ÿ‰

Ahad - 21 September 2025 Trip Hiking 2.0 Bukit Kertau, Chenor. Alhamdulillah pengalaman baru buat adik adik Baitul Janna...
21/09/2025

Ahad - 21 September 2025
Trip Hiking 2.0 Bukit Kertau, Chenor. Alhamdulillah pengalaman baru buat adik adik Baitul Jannah. Pendakian mengambil masa hanya 40 minit untuk naik ke puncak .

Moga menjadi ingatan, kenangan buat mereka sampai bila bila.

Next, hiking ke mana p**a ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜

Salam Maulidur Rasul 1447H
05/09/2025

Salam Maulidur Rasul 1447H

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 68.
31/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 68.

Address

Lot 7743, Kampung Bak Bak
Maran
26500

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:30
Tuesday 08:30 - 22:30
Wednesday 08:30 - 22:30
Thursday 08:30 - 22:30
Friday 08:30 - 12:00
14:30 - 22:30
Saturday 08:30 - 22:30
Sunday 08:30 - 22:30

Telephone

+60192222404

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Negeri Pahang:

Share