Sofian Abd Jalil

Directions Contact the organization

Sofian Abd Jalil Ahli Dewan Negeri N24 Luit
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Maran
Penyelaras Perikatan Nasional N24 Luit

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama me...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat keamanan, keharmonian dan perpaduan yang dikecapi oleh negara tercinta.

Hari Malaysia bukan sekadar memperingati pembentukan sebuah negara, tetapi juga mengingatkan kita tentang pentingnya semangat kebersamaan, saling menghormati dan berganding bahu dalam membangunkan masyarakat serta negara.

Semoga ikatan perpaduan yang telah sekian lama terjalin terus diperkukuhkan demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Marilah kita terus memupuk semangat cintakan negara, menjaga keharmonian dan bersama-sama menyumbang ke arah kemajuan Malaysia yang kita kasihi.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026

Ikhlas daripada,

YB Datoโ€™ Mohd Sofian Bin Abd Jalil
Ahli Dewan Negeri Kawasan Luit

15 September 2026Dua tiga hari ini, saya berkesempatan menghadiri tujuh majlis pengkebumian di sekitar DUN Luit dan satu...
15/09/2026

15 September 2026

Dua tiga hari ini, saya berkesempatan menghadiri tujuh majlis pengkebumian di sekitar DUN Luit dan satu di Selayang.

Setiap kali melangkah ke tanah perkuburan, hati pasti tersentuh. Melihat ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga mengiringi insan tersayang ke tempat persemadian terakhir mengingatkan kita bahawa hidup ini sangat singkat dan setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada-Nya.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga yang diuji dengan kehilangan orang tersayang. Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan doa buat mereka yang telah pergi. Semoga Allah mengampunkan segala dosa mereka, melapangkan kubur mereka, mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah buat semua yang telah mendahului kita.

12 September 2026 (Sabtu)Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Perarakan & Suka...
15/09/2026

12 September 2026 (Sabtu)

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri dan seterusnya merasmikan Program Perarakan & Sukaneka Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan oleh PASTI Raudhatul Jannah Felda Kg New Zealand.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur, para guru, ibu bapa serta seluruh masyarakat yang hadir memeriahkan program ini. Semangat patriotisme yang ditunjukkan melalui perarakan Jalur Gemilang serta penyertaan dalam pelbagai acara sukaneka amat membanggakan.

Program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat cintakan negara, malah menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia.

Melihat kegembiraan anak-anak dan sambutan yang begitu meriah daripada penduduk setempat memberikan keyakinan bahawa semangat kebersamaan dan kasih kepada tanah air terus subur dalam jiwa rakyat.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta cintakan agama, bangsa dan negara.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

11 September 2026 (Jumaat)Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menziarahi beberapa penduduk di Kg. Luit yang sedan...
12/09/2026

11 September 2026 (Jumaat)

Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menziarahi beberapa penduduk di Kg. Luit yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Kunjungan pertama ke rumah Saudara Mohd Sabarudin atau lebih mesra dikenali sebagai Udin, yang baru sahaja keluar dari HTAA Kuantan selepas menerima rawatan.

Kemudian kami meneruskan ziarah ke rumah Puan Nafisah Awang, atau Mok Sue Fisah yang cukup dikenali dalam kalangan penduduk setempat.

Ziarah seperti ini bukan sahaja untuk bertanya khabar, tetapi juga sebagai tanda ingatan dan sokongan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesihatan.

Sama-sama kita doakan agar Udin dan Mok Sue Fisah diberikan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan serta kembali sihat seperti sediakala.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 Ogos 2026Alhamdulillah, pada hari yang penuh bersejarah ini, marilah ki...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026

Alhamdulillah, pada hari yang penuh bersejarah ini, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara kita selama 69 tahun.

Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga tanggungjawab untuk memelihara keamanan, memperkukuhkan perpaduan dan membangunkan negara demi generasi akan datang.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 ini, marilah kita menghayati pengorbanan para pejuang terdahulu serta memperbaharui semangat cintakan negara dengan terus menyumbang kepada kemajuan Malaysia mengikut peranan masing-masing.

Semoga negara yang kita cintai ini terus dilimpahi rahmat, keamanan dan kemakmuran serta kekal bersatu dalam kepelbagaian.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada,

YB Datoโ€™ Mohd Sofian bin Abd Jalil
Ahli Dewan Negeri Kawasan Luit

30 Ogos 2026 (Ahad)Petang ini saya dijemput menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Catur Piala Ahli Parlimen Mar...
30/08/2026

30 Ogos 2026 (Ahad)

Petang ini saya dijemput menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Catur Piala Ahli Parlimen Maran yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Kampung Awah.

Alhamdulillah, seronok melihat sambutan yang diberikan serta semangat para peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta yang telah menunjukkan kesungguhan serta semangat persaingan yang sihat.

Terima kasih kepada pihak penganjur, para guru, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat serta menggalakkan anak-anak muda mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat.

Tahniah semua!




29/08/2026

Sedikit demi sedikit, satu lagi impian warga Kampung Lubuk Paku semakin menjadi kenyataan.

Alhamdulillah, pembinaan Masjid Lubuk Paku kini telah memasuki fasa kedua dan semakin menghampiri peringkat akhir.

Bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi inilah tempat yang bakal menghimpunkan masyarakat dalam satu saf dan tempat azan berkumandang, anak-anak belajar mengaji, ilmu disampaikan dan ukhuwah terus diperkukuhkan.

Insya-Allah, mudah-mudahan segala urusan yang masih berbaki dipermudahkan dan masjid ini dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya.

Kita nantikan hari pintunya dibuka, jemaah mula melangkah masuk, dan rumah Allah ini diimarahkan bersama.

27 Ogos 2026 (Khamis)Alhamdulillah, pagi ini saya menghadiri Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang....
27/08/2026

27 Ogos 2026 (Khamis)

Alhamdulillah, pagi ini saya menghadiri Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Pahang.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan keberkatan dan petunjuk daripada Allah SWT dalam setiap keputusan yang dibuat demi kesejahteraan rakyat dan negeri.





26 Ogos 2026 (Rabu)Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang bersama-sama masyarakat Felda Bukit Tajau dalam sambutan Maul...
26/08/2026

26 Ogos 2026 (Rabu)

Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang bersama-sama masyarakat Felda Bukit Tajau dalam sambutan Maulidur Rasul SAW.

Sambutan ini bukan sekadar mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah menjadi medan untuk kita memperkukuhkan ukhuwah, menyemarakkan semangat perpaduan serta mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

Terima kasih kepada seluruh warga Felda Bukit Tajau yang hadir dan menjayakan program ini dengan penuh semangat dan rasa kasih kepada Rasulullah SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi asbab untuk kita terus meningkatkan keimanan, memperbanyakkan selawat serta menghayati sunnah Baginda dalam setiap aspek kehidupan.






SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ๏ทบ12 Rabiul Awal 1448Hุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูAlhamdulillah, marilah kita be...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ๏ทบ
12 Rabiul Awal 1448H

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Baginda Rasulullah SAW merupakan contoh teladan terbaik dalam kehidupan. Akhlak, kasih sayang, kesabaran, keadilan dan perjuangan Baginda menjadi pedoman buat kita dalam membina kehidupan yang lebih baik.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, menghayati sirah dan sunnah Baginda serta berusaha mengamalkan ajaran Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, amal dan cara kita melayani sesama manusia.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga kita semua memperoleh syafaat Baginda Rasulullah SAW dan sentiasa berada dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT.




Address

Maran
26500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sofian Abd Jalil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sofian Abd Jalil:

Shortcuts

Share