05/03/2026
Program Tadarus Al-Quran Wanita Felda Jengka 20 merupakan satu inisiatif bagi menghimpunkan kaum wanita dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan untuk bersama-sama mengimarahkan masjid melalui bacaan serta penghayatan Al-Quran. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat cintakan Al-Quran, memperkukuhkan silaturrahim, serta membentuk komuniti muslimah yang istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga usaha murni ini menjadi medan menambah ilmu, memperbaiki bacaan, dan meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda.