16/09/2026
❤️ JALINAN KASIH SEMARAK MALAYSIA ❤️🇲🇾
16 SEPTEMBER 2026 | KRT NADI KOTA
“Bukan sekadar berkumpul, tetapi menyatukan hati. Bukan sekadar beraktiviti, tetapi membina ukhuwah dan semangat perpaduan.” 🇲🇾
Sempena Hari Malaysia, KRT Nadi Kota telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Semarak Malaysia bertempat di Pusat Aktiviti KRT Nadi Kota.
Alhamdulillah, program berlangsung dengan penuh kemeriahan, gelak tawa, keceriaan dan semangat kekeluargaan. Pelbagai lapisan komuniti bersama-sama menyertai aktiviti yang disediakan:
🏍️ Pertandingan Hiasan Motor & Kereta
🍔 Pertandingan Makan Burger – Siapa Cepat Dia Menang!
🧺 Pertandingan Gubahan Tuala
🍮 Pertandingan Puding Sihat
🎨 Pertandingan Mewarna Pasangan Suami Isteri
⭕ Pertandingan Hula Hoop
🏖️ Pertandingan Sand Colour Kanak-kanak
Lebih bermakna, program ini turut diserikan dengan kehadiran En. Muhammad Fadhil bin Abdullah, Penolong Pegawai Perpaduan, Pejabat Perpaduan Negeri Pahang serta En. Muhammad Azli bin Abdullah, Pengerusi JPKK Rantau Perintis.
🎁 Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada para pemenang sebagai tanda penghargaan atas semangat dan kesungguhan yang diberikan.
🌺 Puan Zarustura binti Mohd Nusi , Pengerusi KRT Nadi Kota mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua tetamu, peserta, AJK KRT Nadi Nota, ahli KRT serta seluruh komuniti yang hadir dan memberikan sokongan bagi menjayakan program ini.
Kehadiran semua bukan sahaja memeriahkan sambutan Hari Malaysia, malah menjadi bukti bahawa semangat kejiranan, kasih sayang dan perpaduan masih subur dalam komuniti kita.
🇲🇾 Kita mungkin berbeza latar belakang, tetapi kita berkongsi satu tanah air.
🇲🇾 Kita mungkin berbeza cara, tetapi kita tetap satu dalam semangat Malaysia.
Jalinan kasih dieratkan, perpaduan disemarakkan, komuniti diperkasakan.
.