Padang Macang - Manir

Call Directions Website

Padang Macang - Manir Pages ni bertujuan untuk memberi segala kebaikan kepada rakyat Malaysia

Kekalkan identiti kita 🤝
21/08/2026

Kekalkan identiti kita 🤝

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat berkata, penggunaan tulisan Jawi merupakan antara syarat wajib yang ditetapkan MBKT bagi setiap permohonan iklan.

Baca berita penuh,

12/06/2026

Hari ini ❗️

Jom sama-sama memeriahkan.

Innalillah Wainna Ilaihirajiun.
07/06/2026

Innalillah Wainna Ilaihirajiun.

23/05/2026

InsyaAllah kalu semua orang ada pemikiran dan pendirian mcm TKPN ni, Malaysia lebih maju dari negara Eropah.

Sama-sama kita doakan 🤲

19/05/2026

Global Sumud Flotilla 2.0 : 16 rakyat Malaysia ditahan tentera Israel

Alhamdulillah 🤲  Syukur Ya Allah ‼️ MISSION COMPLETED ‼️🥇Padang Macang CF champion 🏆Sabtu yang lalu, tanggal 16 Mei 2026...
19/05/2026

Alhamdulillah 🤲 Syukur Ya Allah

‼️ MISSION COMPLETED ‼️

🥇Padang Macang CF champion 🏆

Sabtu yang lalu, tanggal 16 Mei 2026, telah berlansung satu perlawanan bola sepak antara pasukan Padang Machang Fc menentang pasukan Tapu Fc di peringkat akhir bagi Kejohanan Piala Parlimen Hulu Terengganu 2025/2026.

‘Final game’ tersebut telah dilansungkan di padang keramat Ulu Ganu yakni Padang Astaka KUALA BERANG. Aksi perlawanan yang sangat sengit dan dramatik antara kedua-dua pasukan.

Seawal 25 minit berlansung, PMCFC berjaya mendahului perlawanan dengan hasil 2 jaringan goal. Selang beberapa minit, Tapu FC mendapat rentak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan seri 2 sama sebelum tamat separuh masa kedua. Sambung babak kedua, PMCFC menggandakan asakan namun dipatahkan pasukan lawan. Keputusan berlanjutan ke wisel penamat. Perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti.

Hasilnya, Padang Macang FC berjaya menundukkan Tapu FC dengan keputusan 7-6 hasil penentuan sepakan penalti setelah terikat dua sama. Dengan itu, pasukan bolasepak kita (PMCFC) yang bertanding mewakili Dun Manir telah berjaya menjadi Juara di Kejohanan Piala Parlimen (Hulu Terengganu) 🏆

Hasil kejuaraan ini, pasukan Padang Macang FC akan mewakili (Parlimen Hulu Trg) untuk berentap di peringkat seterusnya iaitu Kejohanan Piala Menteri Besar (MB) yang dijadualkan akan bermula pada bulan Jun hadapan. Semoga Padang Macang FC beroleh kejayaan dan menjuarai Piala MB. InsyaAllah. Ameennn 🤲

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, pengurusan dan juga semua tenaga kerja PMCFC atas kejayaan tersebut 💪🏻💪🏻

Ucapan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada seluruh penyokong bola sepak PMCFC. Sama ada hadir memberi sokongan dan semnagat ditepi padang, mahupun yang menonton di live streaming. Anda semua kebanggaan kami. Tanpa suara penyokong dan peminat, barangkali juara tidak kami miliki 🙏🫰🏻🫶

Serta tidak lupa juga, terima kasih kepada YB Ustaz Hilmi Dato' Harun atas segala yang disumbangkan sama ada dari segi gerak kerja mahupun wang ringgit. Semoga Allah membalas segala kebaikan semua.

Assalamualaikum wbt.*PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA AMBANG RAMADAN KG PADANG MACHANG 2026*Tarikh: 07 Feb 2026 | S...
06/02/2026

Assalamualaikum wbt.

*PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA AMBANG RAMADAN KG PADANG MACHANG 2026*

Tarikh: 07 Feb 2026 | Sabtu
Masa: 08:00 Pagi sehingga selesai
*Tempat berkumpul: Balairaya Kg Padang Machang*

📍Sila bawa *PERALATAN SENDIRI*
📍*Makanan tengahari disediakan* selepas gotong-royong : di MASJID KG PADANG MACHANG
📍Yang terlibat : LELAKI sahaja

🟢Diharapkan kerjasama yg jitu drpd kaum *ADAM* untuk memeriahkan lagi program ini🟢

Address

Padang Macang
Manir
21200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Padang Macang - Manir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share