Pertubuhan Islah Movement

Directions Website Contact the organization

Pertubuhan Islah Movement Islah Movement adalah sebuah NGO sukarelawan Islam yang mempunyai minat untuk memupuk kesedaran kepad Kump**an sasaran: Masayarakat awam.

Pertubuhan Islah Movement mempunyai misi untuk memupuk kesedaran terhadap masyarakat tentang stigma dan prejudis terhadap isu HIV dan juga isu LGBT yang berusaha untuk berhijrah. Disamping mempunyai support group untuk PLHIV dan golongan LGBT yang sedang dalam hijrah. Nombor Pertubuhan:PPM-002-04-26052016

[email protected]

🌿JALINAN KERJASAMA PROGRAM KEKELUARGAAN, REMAJA, SOSIAL DAN KOMUNITI26 Ogos 2026 | Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Mel...
27/08/2026

🌿JALINAN KERJASAMA PROGRAM KEKELUARGAAN, REMAJA, SOSIAL DAN KOMUNITI

26 Ogos 2026 | Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh, Melaka

Alhamdulillah, Pertubuhan Islah Movement merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) , khususnya Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, atas kepercayaan, jemputan serta ruang kerjasama yang diberikan kepada Pertubuhan Islah Movement dalam menjayakan
Program Kekeluargaan, Remaja, Sosial dan Komuniti – “Jalinan Islah Komuniti Penyayang”.

Program yang berlangsung pada *Rabu, 26 Ogos 2026, jam 8.30 pagi di Bilik Kuliah, Masjid Al-Alami MITC, Ayer Keroh ini telah menghimpunkan seramai 43 orang peserta dalam suasana penuh ilmu, ukhuwah dan kebersamaan.

Penghargaan istimewa dirakamkan kepada Ustaz Datuk Nordin Abu Samah atas kepimpinan dan komitmen dalam memperkukuh usaha mendekati serta membimbing komuniti melalui pendekatan yang penuh hikmah dan kasih sayang.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Team Ustaz Adib daripada Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JAIM, atas jemputan, kepercayaan dan usaha beliau dalam merealisasikan jalinan kerjasama ini. Kesudian membuka ruang kepada komuniti untuk bersama-sama dalam program sebegini amat kami hargai.

Pertubuhan Islah Movement turut merakamkan penghargaan kepada Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, selaku penceramah program, atas perkongsian ilmu, pengalaman dan panduan yang begitu bermakna. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi manfaat berpanjangan kepada kesemua peserta yang hadir.

Tidak dilupakan, penghargaan kepada Ustaz Arif, Imam 1 Masjid Al-Alami MITC, serta seluruh pihak pengurusan masjid atas sambutan, kerjasama dan kemudahan yang diberikan sepanjang berlangsungnya program.

Bagi Pertubuhan Islah Movement, program ini bukan sekadar sebuah aktiviti, tetapi merupakan satu bentuk jalinan ukhuwah dan sinergi antara agensi agama, institusi masjid dan komuniti dalam usaha membina masyarakat yang lebih penyayang, saling memahami dan saling menyokong.

Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan kepada Pertubuhan Islah Movement untuk turut bersama dalam usaha yang baik ini.

Semoga jalinan yang terbina antara JAIM, Masjid Al-Alami MITC dan Pertubuhan Islah Movement terus diperkukuhkan dan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kolaborasi serta program bermanfaat pada masa akan datang.

Terima kasih atas kepercayaan.
Terima kasih atas ruang dan peluang.
Terima kasih kerana bersama-sama menyantuni komuniti.

Semoga setiap usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

“Jalinan Islah, Komuniti Penyayang”

Pertubuhan Islah Movement

Melaka kini punya satu lagi klinik Kesihatan yang mempunyai bilik Rafflesia iaitu Klinik Kesihatan Ayer Keroh.Anda boleh...
12/08/2026

Melaka kini punya satu lagi klinik Kesihatan yang mempunyai bilik Rafflesia iaitu Klinik Kesihatan Ayer Keroh.

Anda boleh berhubung dengan outreach worker Amy yang juga adalah salah seorang jawatankuasa Pertubuhan Islah Movement.

Pertubuhan Islah Movement adalah pertubuhan yang menyantuni komuniti.

Jom jangan segan silu mendapatkan khidmat nasihat dari Saudara Amy di Klinik Kesihatan Ayer Keroh.

Salam Aidiladha dari kami, sesungguhnya tiada pengorbanan yang sia-sia untuk Yang Esa.
26/05/2026

Salam Aidiladha dari kami, sesungguhnya tiada pengorbanan yang sia-sia untuk Yang Esa.

Belasungkawa Saudara ShahrulSalam takziah dari Pertubuhan Islah Movement buat keluarga saudara Shahrul , dan buat semua ...
02/04/2026

Belasungkawa Saudara Shahrul

Salam takziah dari Pertubuhan Islah Movement buat keluarga saudara Shahrul , dan buat semua yang terkesan.

Kami sering memanggil beliau dengan nama Bro Shahrul, beliau adalah founder KARISMA, sebuah pertubuhan kebajikan komuniti rentan.

Beliau banyak berjasa kepada komuniti terutama di bahagian Pahang, beliau juga adalah mentor kepada ramai insn yang masih baru bergerak dalam NGO.

Pemergian beliau pada tarikh ini 3 April 2026 sangat memberi kesan kepada komuniti dan badan-badan agensi yang terlibat.

Salam takziah dari kami.

Bro Shahrul Azuar bin Ahmad
Jun 1970-3 April 2026

Kecoh di media sosial tentang satu perhimpunan sempena Hari Wanita. Ratusan aktivis memenuhi jalan-jalan dari SOGO Kuala...
16/03/2026

Kecoh di media sosial tentang satu perhimpunan sempena Hari Wanita.

Ratusan aktivis memenuhi jalan-jalan dari SOGO Kuala Lumpur hingga ke Dataran Merdeka, berarak melalui pusat bandar Kuala Lumpur.

Antara yang diperjuangkan mereka ialah kesaksamaan gender, keadilan sosial, dan juga hak untuk komuniti, termasuk golongan songsang.

Mereka datang dengan keberanian untuk menyuarakan apa yang mereka percaya.

Dalam banyak-banyak gambar yang dikongsikan di media sosial, ada satu gambar yang membuat saya terjeda.

Ada ayat Al-Quran yang dibawa bersama.

Pada salah satu sepanduk itu tertulis ayat dari Surah Ar-Rum ayat 21.

Ayat yang sangat indah tentang cinta, ketenangan dan perkahwinan. Namun di bawah ayat itu tertulis,

“Love has no gender.”

Sekarang baru saya lebih faham kenapa kalian yakin betul dalam Islam tak melarang untuk sukakan kaum sejenis.

Bila saya lihat gambar tersebut lebih lama,

Mata saya tertumpu pada satu perkara yang lain p**a.

Pada tangan orang yang memegang poster itu kelihatan seperti ada parut-parut kelar halus.

Saya tidak tahu kisah hidupnya. Mungkin juga saya silap menilai.

Tetapi jika benar itu kesan luka lama, ia membuat saya terfikir bahawa kadang-kadang di sebalik slogan yang kuat dan identiti yang diperjuangkan, ada manusia yang sebenarnya sedang bergelut dengan luka yang tidak semua orang nampak.

Sejujurnya saya mahu kalian yang lantang melawan fitrah tahu satu perkara.

Saya faham bahawa sebahagian daripada kalian mungkin datang dari kehidupan yang tidak mudah.

Mungkin ada yang membesar dalam keluarga yang berpecah.
Mungkin ada yang membesar dalam rumah yang penuh konflik.
Mungkin ada yang melalui pengalaman hidup yang menyakitkan.

Dan kadang-kadang manusia mencari kelompok tertentu kerana mereka mahu merasa difahami.

Namun memahami luka manusia tidak bermaksud kita mengubah makna wahyu yang Allah turunkan kepada kita.

Tak boleh begitu .

Kerana dalam Islam, kasih sayang kepada manusia tidak pernah bermaksud mengubah apa yang Allah telah tetapkan sebagai fitrah.

Jadi izinkan saya membetulkan semula kefahaman tentang ayat Surah Ar-Rum yang kalian gunakan ini.

Allah berfirman,

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِّنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu pasangan daripada jenismu sendiri supaya kamu merasa tenang kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Surah Ar-Rum 30:21

Jika kita tadabbur ayat ini dengan teliti, ada satu perkataan penting yang Allah gunakan,

Iaitu pasangan.
أَزْوَاجًا - azwaj

Menurut Imam al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaẓ al-Qur’an,

perkataan زَوْج (zauj) merujuk kepada setiap pasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan, sama ada pada manusia atau pada binatang yang berpasangan. Setiap salah satu daripada dua pasangan itu disebut sebagai zauj.

Rujukan:
Al-Raghib al-Asfahani, Mufradat Alfaẓ al-Qur’an, entri زوج.

Dalam konteks manusia, para ulama tafsir sejak dahulu menjelaskan bahawa ia merujuk kepada lelaki dan wanita.

Sebab itu kalau kalian pernah dengar, ayat ini sering dibacakan dalam majlis akad nikah.

Kerana ayat ini sebenarnya sedang bercakap tentang perkahwinan.

Tentang fitrah manusia.

Kemudian Allah menyebut tujuan pasangan itu diciptakan,

لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا
Agar kamu merasa tenang kepadanya.
Perkataan سكن (sakana) melahirkan perkataan سَكِينَة (sakinah).

Sakinah bukan sekadar rasa cinta.
Sakinah ialah ketenangan jiwa yang lahir apabila fitrah lelaki dan wanita bertemu dalam hubungan yang Allah halalkan.

Allah juga menyebut dua perkara yang menjaga hubungan itu,

مَوَدَّة (mawaddah)
dan
رَحْمَة (rahmah)

Mawaddah ialah cinta yang hidup.
Rahmah ialah kasih yang penuh tanggungjawab.

Inilah asas kepada institusi keluarga dalam Islam.

Kemudian saya nak ajak kalian untuk lihat p**a dalam Al-Quran sendiri, Allah ada menceritakan kisah kaum Nabi Luth sebagai peringatan.

Ketika Nabi Luth melihat kaumnya melakukan hubungan sesama lelaki,

Baginda berkata:

أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ ۝ وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم

“Mengapa kamu mendatangi lelaki di antara manusia, dan kamu meninggalkan pasangan yang Tuhanmu ciptakan untukmu?”

Surah Ash-Shu‘ara 165-166

Sekali lagi Al-Quran menggunakan perkataan yang sama,

أَزْوَاجِكُم pasangan kamu

Maknanya Al-Quran sangat jelas tentang fitrah hubungan manusia. Kita diciptakan berpasangan, lelaki dengan wanita.

Bukan lelaki dengan lelaki
Bukan juga perempuan dengan perempuan.

Jadi mungkin persoalan yang lebih besar sebenarnya di sini bukan tentang siapa yang lebih kuat berhujah.

Tetapi tentang bagaimana kita benar-benar jujur memahami ayat Allah.

Jika kalian memilih untuk membawa ayat Al-Quran ke tengah jalan untuk menyokong fahaman kalian,

ayat tersebut juga berhak dibaca dan difahami dengan penuh amanah.

Mungkin masalah sebenar hari ini bukan kerana manusia tidak membaca Al-Quran.

Tetapi kerana manusia membaca Al-Quran,

lalu mentafsirkannya mengikut luka, keinginan, dan kehendak diri sendiri.

Sedangkan wahyu tidak pernah turun untuk mengikuti manusia.
Wahyu turun untuk memimpin manusia kembali kepada fitrah.

Maka,

sebelum diri saya sendiri dan kita semua menggunakan ayat Al-Quran untuk mempertahankan apa yang kita percaya,

mungkin kita perlu bertanya satu soalan yang sangat jujur kepada diri sendiri.

Jika kita berani membawa ayat Al-Quran ke tengah jalan untuk mempertahankan idea kita,

adakah kita juga berani menerima keseluruhan Al-Quran, walaupun ia tidak menyebelahi kita?

Moga Allah beri hidayah petunjuk buat kita semua.

Dari FB Syahirah Omar.

Penyampaian infak kapas jenazah telah disampai kan kepada Hj Shamsuddin, seorang petugas pengurusan jenazah Masjid Al Az...
23/02/2026

Penyampaian infak kapas jenazah telah disampai kan kepada Hj Shamsuddin, seorang petugas pengurusan jenazah Masjid Al Azim dan Surau Al Qamae, Bukit Beruang, yang aktif dalam pengurusan jenazah asnaf dan komuniti Islah.

Infak disampaikan oleh AJK Pertubuhan Islah Movement, Encik Omar A. Manan.

Terima kasih kepada semua penyumbang.

Semua infak dan sumbangan boleh disalurkan dibutiran dibawah:

Pertubuhan Islah Movement
Maybank

554129532539

Atau klik pada link dibawah

https://toyyibpay.com/Sumbangan-Islah-Movement

Moga infaq anda diberkati dan dapat dipanjangkan kepada komuniti kami.

🌙 Selamat Menyambut Ramadhan 1447H / 2026MDaripadaPertubuhan Islah Movement*"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pi...
18/02/2026

🌙 Selamat Menyambut Ramadhan 1447H / 2026M

Daripada
Pertubuhan Islah Movement*

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dibelenggu syaitan-syaitan."
— Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

🤲 **Jom Infaq Ramadhan!**

"Rebut peluang gandaan pahala di bulan penuh keberkatan."

Sumbangan anda akan digunakan bagi program kebajikan, bantuan asnaf, iftar, dan aktiviti dakwah sepanjang Ramadhan.

💳 Maklumat Sumbangan

Nama Akaun: Pertubuhan Islah Movement
Bank: Maybank
No. Akaun: 554129532539

(Sila letakkan rujukan: Infaq Ramadhan)

Atau klik pada link dibawah

https://toyyibpay.com/Sumbangan-Islah-Movement

✨ Setiap Ringgit Anda = Senyuman Mereka ✨

📿 Semoga Allah membalas dengan ganjaran berlipat ganda dan memberkati rezeki anda sekeluarga.

HARI AIDS SEDUNIA 2025Tema tahun ini ialah "Akhiri AIDS: Mendepani Cabaran, Mentransformasi Tindakan”. Masih ada 50% dar...
12/12/2025

HARI AIDS SEDUNIA 2025

Tema tahun ini ialah "Akhiri AIDS: Mendepani Cabaran, Mentransformasi Tindakan”. Masih ada 50% dari penghidap HIV tidak mendapatkan rawatan. Kepada mereka yang pernah menghadapi risiko HIV, tampillah ke hadapan, dekati klinik-klinik berdekatan, anda boleh menghentikan AIDS.

Kepada mereka yang tidak pernah terjebak, hentikan niat, jangan sekali hampiri HIV. Anda boleh akhiri AIDS, dengan sokongan kepada komuniti dan menghadapi cabaran risiko dengan bijak serta mentransformasikan tindakan anda untuk mempunyai kehidupan yang sihat.

Saksikan video yang pernah diterbitkan oleh Pertubuhan Islah Movement, sarat dengan pesanan dan maklumat untuk semua.

https://www.youtube.com/watch?v=S9JgQH9RhBM

Hampir 5 hari telah berlalu. Kepada 101 individu muslim dan 16 penjawat awam, apakah yang telah kalian lalui?Adakah anda...
03/12/2025

Hampir 5 hari telah berlalu. Kepada 101 individu muslim dan 16 penjawat awam, apakah yang telah kalian lalui?

Adakah anda resah, kecewa, marah atau sedih?

Mungkin ada yang p**ang dengan tenang, sekadar melalui hari yang sukar dan hari itu telah berlalu.

Tapi mungkin ada yang masih dalam kemelut, maruah seolah diletakkan di kaki dan perasaan malu yang sangat menebal. Kerjaya sedang dalam getir, keluarga sedang menunding jari, atau ada sesuatu sudut yang seolah runtuh atau musnah.

Jika ya, ini adalah perasaan yang normal bila manusia berada dititik terendah.

Mungkin telah sampai masanya, anda berkata pada diri sendiri, sudah-sudahlah, nak jauh mana lagi terhumban. Inikah keseronokan yang dikejar?

Sudah sampai disini nafsu ini membawa aku, jauh mana lagi hendak diheret.

Jika anda letakkan noktah, dan mula perjuangan berhijrah, sesungguhnya anda orang yang menang.

Namun jika anda rasa undang-undang yang tidak adil, dan anda terus berajakan nafsu, maaf andalah orang-orang yang tewas.

Kemana mahu diteruskan perjalanan? Kelak akan sampai ke persinggahan pertama jua. Kematian.

Kepada yang terlibat dan tidak, jadikan ini titik permulaan perjuangan anda. Inshaallah

-Pertubuhan Islah Movement

Address

Malacca City
76450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Islah Movement posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Islah Movement:

Shortcuts

Share