Dyslexia Awareness: Viral Video Competition 2014

Dyslexia Awareness: Viral Video Competition 2014 Pertandingan Viral video ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran tentang disleksia di kalangan rakyat Malaysia. Tarikh tutup penyertaan ialah 7/02/14.

TEMPOH PERTANDINGAN
• Pertandingan ini bermula pada 12.00 am 14 September 2013 dan berakhir pada 11.59 pm 7 Februari 2014. Keputusan lima video dengan undian tertinggi akan dimaklumkan menerusi laman web pertandingan dan semua rangkaian sosial pertandingan oleh pihak penganjur.
• Pihak penganjur berhak untuk memendekkan atau melanjutkan tempoh pertandingan. PENYERTAAN

• Pertandingan ini terbu

ka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
• Setiap kumpulan boleh terdiri daripada minimum SEORANG (1) dan maksimum TIGA (3) orang peserta. TERMA DAN SYARAT
• Dengan menyertai pertandingan ini, peserta telah menerima dan bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat pertandingan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sebarang perlanggaran terma akan menyebabkan penyertaan dibatalkan. Semua keputusan oleh penganjur adalah muktamad.
• Individu/Kumpulan yang mengambil bahagian mestilah menghantar video yang asli berkaitan disleksia.
• Video yang dihasilkan mestilah berdurasi di antara DUA (2) hingga TIGA (3) minit tidak termasuk kredit.
• Peserta/Kumpulan tidak dibenarkan menghantar lebih dariapda SATU (1) penyertaan
• Semua peserta tertakluk kepada undang-undang harta intelek di Malaysia.
• Sebarang lagu, runut muzik perlu dinyatakan dalam kredit video yang dihail.
• Kandungan video TIDAK BOLEH:
(a) mengandungi unsur-unsur lucah, pornografi, ganas dan bahan-bahan yang offensive
(b) mempromosikan sebarang aktiviti yang merbahaya dan tidak selamat
(c) mengandungi bahan atau maklumat yang menyalahi undang-undang dan tidak sah
(d) melanggar mana-mana hak harta intelek
(e) mengandungi keganasan yang melampau
(f) mengandungi bahan politik yang sensitif
(g) mempromosi dan mencetuskan perkauman
(h) mengandungi maklumat atau bahan sama ada dalam bentuk visual atau audio yang boleh menggangu keharmonian dan perasaan orang lain.
• Video yang dihantar boleh dibatalkan jika tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
(a) perlanggaran syarat-syarat kandungan yang dinyatakan di atas. (b) palsu atau bahan yang dicuri atau diciplak
(c) maklumat yang salah dan tidak tepat mengenai disleksia
(d) bahan yang dirasakan tidak sesuai oleh penganjur. PERINGKAT PENGHAKIMAN
Peringkat Pertama
• Peringkat pertama: Undian awam di rangkaian sosial
• Semua video yang dihantar akan disaring oleh penganjur bagi memastikan video tersebut memenuhi syarat yang ditetapkan. Sebelum dimuat naik ke YouTube.
• Tempoh undian awam adalah selama DUA (2) minggu.
• Undian yang dikira adalah berdasarkan angka "Likes" terakhir yang tertera pada tarikh dan masa undian berakhir.
• Lima video dengan undian tertinggi akan dipilih ke peringkat akhir akan dimaklumkan di laman web pertandingan dan semua medium rangkaian sosial pertandingan.
• Keputusan peringkat pertama akan dimaklumkan kepada semua peserta menerusi email. Peringkat Akhir
• Lima video dengan undian tertinggi akan dinilai oleh juri professional.
• Peserta/kumpulan yang terpilih akan membentangkan video mereka kepada juri professional untuk tujuan penghakiman pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan oleh penganjur.
• Keputusan peringkat akhir akan dimaklumkan pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan.
• Penghakiman akan mengambil kira elemen kreativiti, kualiti video, paparan visual, ketepatan maklumat tentang disleksia dan kandungan video secara keseluruhannya.

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dyslexia Awareness: Viral Video Competition 2014 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dyslexia Awareness: Viral Video Competition 2014:

Share