23/11/2025
Sekitar CSR i-Guru pusat ke Semporna Sabah dalam menyantuni anak-anak stateless/ asnaf yang terpinggir di Maktab Tarbiah Pulau Bum Bum & Pulau Bait serta Sekolah al-Huda.
YDP i-Guru Melaka, cikgu Hazwani turut diberi peluang untuk menyertai program ini.
Cikgu Hazwani, telah berkongsi catatan perjalanannya seperti berikut:
🔻🔻🔻🔻
Kalau tak CSR di Semporna, akak tak tahu yang... (Wajib tengok gambar last. Speechless)
1) Banyaknya yang anak-anak di Semenanjung perlu syukuri tentang akses pendidikan, berbanding anak-anak 'stateless' di Sabah.
2) Anak stateless bukan sepenuhnya yang tiada IC. Ada antara mereka ada sijil lahir merah. Mostly parents mereka tiada sijil nikah kerana kos yang tinggi untuk tambang ke pekan & pendaftaran. Mereka kahwin sah syarak tapi illegal kerana tiada dokumen rasmi. Jadi sukar untuk mereka ada IC. Mereka adalah asnaf tyang terpinggir.
3) 1/3 daripada rakyat Sabah adalah stateless (1.2 juta). Majoriti mereka adalah muslim iaitu 85%. Mereka ini yang mengisi sektor pekerjaan 3D (Dirty, Difficult & Dangerous) dengan bayaran sekitar 600myr sebulan🥺.
4) Semangat belajar anak-anak stateless ni luar biasa. Walau mereka tak dapat akses pendidikan seperti rakyat Malaysia & infra mereka sangat dhoif, mereka masih ke sekolah yang ditaja oleh badan pendidikan alternatif.
5) Kak Banat berpeluang ke Sekolah al-Huda di Kampung pekan 2 Semporna (yang dahulunya tempat pembuangan sampah) & Maktab Tarbiyyah Pulau Bum Bum & Pulau Bait.
6) Sekolah-sekolah ini ditaja oleh Semporna Prihatin & Yayasan al-Ikhlas atas kesedaran pentingnya anak-anak ini mendapat ilmu agama & asas pendidikan melalui silibus-silibus pendidikan mereka. Guru-guru dilatih & dibayar gajinya. Terima kasih, terharu sangat. Ini semua adalah amanah untuk kita.
7) Tahun lepas, ada 2 orang calon SPM yang dapat keputusan SPM yang sangat cemerlang, 8A. Tolakan utamanya belajar sungguh-sungguh adalah kerana mahukan IC supaya dapat mengubah nasib keluarga 😭.
8 ) Ustaz Hassan Unos, graduan USIM adalah contoh pelajar cemerlang yang kembali menyumbang baktinya kepada ummah. Kak Banat terharu melihat ustaz santuni anak-anak dan orang kampung di pulau-pulau. Setiap kali akak lalu & jumpa orang kampung, mereka kenal ustaz hassan. Tarbiyah yang begitu mengesani.
9) Akak juga amaze dengan pengetahuan anak-anak di sini, walaupun dengan infra yang terhad dan serba kekurangan. Mereka mengira jauh lebih cepat dan cekap berbanding anak-anak murid sendiri di semenanjung.
10) Ada tapak sekolah di sini, diberikan oleh ketua kampung supaya anak-anak di kampungnya dapat akses kepada pelajaran. Demi masa depan anak-anak kampung. Tapi serius kak Banat sedih bila cakap tentang masa depan mereka.
11) Berbanding dengan stateless yang duduk di pulau & di atas laut (Bajau), keadaan Bajau laut jauh lebih membimbangkan. Mereka ini ada yang tiada dokumen langsung.
12) Pada mulanya, kak Banat rasa mereka (liar), maaf ya sebab guna perkataan ini. Tapi, semakin mengenali, mereka jadi begitu hanya kerana dibesarkan dalam persekitaran tersebut. Tapi, ya antara mereka ada yang cemerlang.
13) Even, bila berbual dengan mereka, ada yang sopan & bercakap biasa seperti kita. Mereka juga pandai berkomunikasi. Cuma mereka tidak ada peluang untuk hidup selesa seperti kita.
14) Kak Banat menulis dan berkongsi ni, bukan untuk memburukkan atau menunding jari kepada mana-mana pihak. Hanya untuk memberi gambaran sejauh mana mereka yang tidak ada dokumen ini menjalani hidup sehari-hari.
15) Sepanjang perbincangan, beberapa kali air mata jatuh. Lagi-lagi bila dengar ustaz Hassan cerita, mereka ini ibarat tiada jalan keluar walaupun mereka mahu & ada kesedaran. Walau mereka bernikah & nak buat sijil nikah pun, mereka masih tak boleh dapatkan secara legal kerana berkait dengan keberadaan generasi sebelumnya. Mereka tiada option. Allahu.
16) Mungkin, benda ni nampak kecil di mata sesetangah orang kerana kita lahir dalam kalangan parents yang memang ada ic & sijil nikah. Tapi anak-anak ini tidak minta mereka lahir dalam situasi itu.
17) Akak dan team i-Guru turun padang untuk CSR dan memandang dalam kacamata sebagai seorang pendidik. Sebak akak yang paling dalam adalah pada waktu anak-anak di Maktab Tarbiyah Pulau Bait menyanyikan lagu negeri Sabah yang lirik terakhirnya berbunyi "Sabah negeri Merdeka". Semoga anak-anak ini kelak, menemui kemerdekaan mereka dalam akses pendidikan seperti anak-anak yang lain.
18) Selepas beberapa hari di Sabah, barulah akak faham mengapa rakan-rakan di i-Guru Sabah, semangat mereka dalam pendidikan begitu luar biasa sehingga mampu akses ke RTM, JPN malah rundingan meja bulat dengan pemegang taruh pendidikan dalam isu pendidikan anak-anak stateless di Sabah. Hanya yang melalui, akan merasai getirnya. Tahniah kawan-kawanku. Moga Allah mengira sebagai amal soleh.
19) Terima kasih juga kepada Ustaz Hassan yang host kami dengan bayaran paling murah untuk akses sekolah dengan bot, penginapan dan lain-lain. Berbaloi setiap sen. Iya, kami pergi dengan pakej paling basic bukan bermewah-mewah. Hanya untuk merasai denyut pendidikan anak-anak stateless.
20) Saya jemput semua guru untuk datang dan melihat sendiri keadaan anak-anak kita di sana. Bawalah anak-anak kita, supaya mereka merasa beruntungnya dapat bersekolah dengan segala macam infra yang disediakan secara percuma.
21) Tengoklah gambar last ni, terlalu cantik Pulau Mabul ni, masyaAllah. Antara keberuntungan anak-anak ini, ialah mereka dapat menyaksikan keindahan alam ini setiap hari, berbanding kita.
Jom jadi ahli iGuru di sini 🔻
https://iguru.org.my/daftar-keahlian/
Berminat untuk join pakej 3H2M di Semporna dengan harga RM590 di bawah JV i-guru?
Jemput pm page kami.