Pertubuhan SALWA Malaysia Negeri Melaka

Directions Contact the organization

Pertubuhan SALWA Malaysia Negeri Melaka SALWA adalah sayap wanita di dalam WADAH ( Wadah Pencerdas Ummat) Malaysia, cawangan Melaka

SALWA Melaka mengucapkan “Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. "Semoga kita sentiasa memantapkan ke...
24/08/2026

SALWA Melaka mengucapkan “Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.
"Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.”

“Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Salam Maulidur Rasul.”

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahteraAlhamdulillah, syukur ke hadrat A...
20/06/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Program Kelas Memasak dan Pemakanan Sihat anjuran SALWA Melaka berlangsung dengan jayanya pada hari ini.

Program ini diadakan sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian. jadi, selain mendengar perkongsian ilmu daripada penceramah, para peserta juga berpeluang utk melihat sendiri cara penyediaan hidangan yang sihat dan berkhasiat melalui demonstrasi masakan yang akan dijalankan.

SALWA Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khasnya kepada SALWA Melaka atas terlaksananya program ini, penceramah Dr Azlina Mazzita, Chef Shahrul tenaga pengajar dari Accellskill, AJK SALWA Melaka yang terlibat , para peserta program, PERWAJA dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan dan memeriahkan program ini.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh pada hari ini dapat dimanfaatkan dan diamalkan bersama keluarga serta masyarakat.

17/06/2026

Salam Ma’al Hijrah 1448H

Hijrah bukan sekadar perpindahan langkah, tetapi perubahan jiwa menuju Allah. Ia menuntut pengorbanan, kesabaran dan keberanian meninggalkan kebiasaan dan keselesaan yang menghalang kebaikan.

Menurut Hamka, hijrah yang sebenar bukan hanya berpindah tempat, tetapi berpindah daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada kelalaian kepada kesedaran, dan daripada kehidupan yang biasa kepada kehidupan yang lebih dekat dengan Allah.

Hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat adalah sirah tauhidik dan kasih sayang. Berhijrah dari kota Mekah ke Madinah. Demi mempertahankan aqidah dan membangunkan negara Islam.

Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

“Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui”
(Al-Nahl: 41)

Khutbah Baginda SAW ketika sampai ke Kota Madinah : “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, solatlah dikala manusia sedang tidur pada waktu malam, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera”.
Riwayat al-Tirmizi.

Masyarakat Madani dibina atas asas pengorbanan, daya juang, kasih sayang, ihsan, keyakinan kepada rezeki, tanggungjawab keagamaan dan perintah ilahi.

Hijrah dan Madani perlu dihayati dan diaplikasikan dalam kehidupan dimana keluarga diperkukuh, masyarakat bersatu dalam rasa kesyukuran yang mendalam atas nikmat yang telah dikurniakanNya, agar kita tidak kufur sehingga mengundang azab Allah.

Semoga semangat hijrah terus menggerakkan kita menjadi insan yang lebih baik, demi agama, bangsa dan negara. Kita adalah Muhajirin dan Ansar. Menjadi muhajirin yang sentiasa berhijrah mencari yang terbaik di sisiNya dan menjadi ansar yang sentiasa berjiwa dengan kasih sayang demi persaudaraan dan agama Islam.

Madani Dihayati, Ummah Diberkati

Salam Ma’al Hijrah
Daripada
Pertubuhan SALWA Malaysia



Program Kelas Mengaji ABAHATA untuk hari ini sehingga 5/6 di PPR Lereh dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, bersama pe...
01/06/2026

Program Kelas Mengaji ABAHATA untuk hari ini sehingga 5/6 di PPR Lereh dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari, bersama pengajar Cik Mardhiah dari ABIM, Melaka.
Klinik Al Fatihah juga akan diadakan pada waktu yang sama pada hari esok, Selasa dan Rabu di tempat sama. Terbuka kepada wanita muslimah yang ingin memperbaiki bacaan Al Fatihah dibimbing oleh Datin Ust Rus, Teras Dakwah & Kepimpinan SALWA Melaka. Jika berminat menyertai bolehlah hubungi talian 0127207431

27/05/2026

Allahu akbar….Allahu akbar…Allahu akbar

Selamat Hari Raya Aidil Adha
buat seluruh muslimin dan muslimat.
Hadirnya Aidil Adha kali ini semoga membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan kasih sayang sesama insan.

Semoga ibadah qurban yang dilaksanakan diterima Allah SWT sebagai tanda keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada-Nya.
Mudah-mudahan semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terus menghidupkan nilai iman, ihsan dan taqwa dalam diri kita.

Tidak lupa juga kisah pengorbanan ini juga mengajar kita meneladani qudwah hasanah kesabaran Siti Hajar, seorang ibu yang teguh tawakal, kuat menghadapi ujian dan tidak pernah berputus asa terhadap rahmat Allah SWT. Mudah mudahan kekuatan jiwa dan ketabahannya menjadi inspirasi buat semua ibu, dalam membina keluarga dan masyarakat yang diberkati.

Salam Aidil Adha 1447H.
Taqabbalallahu minna wa minkum.



Marilah memuliakan seorang Ibu❤️🌹
10/05/2026

Marilah memuliakan seorang Ibu❤️🌹

🌺 Selamat Hari Ibu 🌺

“Seteguh KASIH Ibu”

Ibu, pahlawan kasih sayang,
Tidak tewas dalam gelombang;
Walau diuji susah dan malang,
Kasihnya tetap utuh gemilang.

Ibu, pahlawan kasih sejati,
Mendidik anak penuh berani;
Pengorbanannya sukar dicari,
Seteguh kasih kekal di hati.

Ibu melangkah penuh harapan,
Menahan lelah demi masa depan;
Doanya menjadi pelindung kehidupan,
Menyinari anak sepanjang zaman.

“Ya Rabb…Rahmati para ibu dan ayah”
Selamat Hari Ibu 😘



Dalam perjalanan dakwah ini, suatu gerakan NGO Islam pasti tidak lari daripada mengadakan usrah. Usrah berasal daripada ...
08/05/2026

Dalam perjalanan dakwah ini, suatu gerakan NGO Islam pasti tidak lari daripada mengadakan usrah.
Usrah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud "keluarga", merujuk kepada perjumpaan kelompok kecil secara teratur untuk berbincang, belajar, dan memperkukuh kefahaman Islam. Ia bertujuan membina tarbiyah (pendidikan) diri, merapatkan ukhuwah (persaudaraan), serta melahirkan individu yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan.

Selain usrah online yang diadakan setiap minggu, SALWA Melaka juga mengadakan usrah secara bersemuka atau fizikal. Giliran dari rumah ke rumah dan giliran berkongsi ilmu dan maklumat.

Anda berminat menyertai kami dan mengikuti usrah? Boleh hubungi saya melalui mesej.

SALWA Melaka
Setiausaha

02/05/2026
Program hari ini SALWA Melaka bersama GPM dan WADAH serta adik2 ABIM dan PEPIM di Pusat Dakwah Tarbiah, Alor Gajah. Berg...
14/03/2026

Program hari ini SALWA Melaka bersama GPM dan WADAH serta adik2 ABIM dan PEPIM di Pusat Dakwah Tarbiah, Alor Gajah.
Bergabung bersama untuk pemberian Bakul Kasih Ramadhan dan Jejak Duafa GPM, pek makanan dari GPM, 1 naskah buku & peralatan cucian dari SALWA Melaka.

Sumbangan masih dibuka. Boleh lihat di poster Bakul Kasih Ramadhan SALWA Melaka.
Terima kasih

Address

22, Jalan TMS1, Taman Tanjung Minyak Setia
Malacca City
75250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan SALWA Malaysia Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan SALWA Malaysia Negeri Melaka:

Shortcuts

Share