18/09/2024
"Kejohanan PingPong Tertutup PPTU Merdeka 2024"
Tarikh: 7/9/2024
Alhamdulillah, program ini berjaya menarik penyertaan yang diluar jangkaan. Walaubagaimanapun disebabkan pelbagai kekangan, pihak penganjur hanya dapat menghadkan penyertaan kepada 32 peserta sahaja untuk kejohanan 'single game' ini.
Kejohanan ini telah berlangsung di Kelab PingPort Table Tennis, Gangsa, Durian Tunggal, Melaka.
Kejohanan ini juga telah menyediakan Piala Pusingan YDP PPTU sebagai piala pusingan tahunan untuk sukan ini.
Berikut keputusan kejohanan ini:
Johan: En Sutar Bayudi TU30
N. Johan: Tn Hj Badrulhisham TU17
Ketiga: En Izani TU23
Keempat: En Hafifi TU25
Tahniah kepada pemenang di atas dan juga terima kasih diucapkan kepada semua peserta, pihak penaja, pihak JK penganjur di atas kerjasama yang telah diberikan.
Semoga dengan berlangsungnya program seperti ini dapat kita semua mengeratkan lagi ukhwah sesama penduduk di kejiranan Taman Tasik Utama amnya dan khususnya kepada peminat sukan pingpong.
-Admin-