Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Penyiaran Melaka

Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Penyiaran Melaka Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka

Rangkuman aksi atlet kelab di Hari Sukan Dalaman.Ogos 2025
30/09/2025

Rangkuman aksi atlet kelab di Hari Sukan Dalaman.

Ogos 2025

Majlis penyampaian hadiah Sukan Dalaman telah di sempurnakan oleh Puan Siti Nurbaini Binti Khairi selaku Penasihat Kelab...
30/09/2025

Majlis penyampaian hadiah Sukan Dalaman telah di sempurnakan oleh Puan Siti Nurbaini Binti Khairi selaku Penasihat Kelab, penyampaian hadiah berupa wang tunai kepada atlet-atlet yang telah beraksi dengan mantap semasa minggu sukan berlangsung pada bulan Ogos lalu.

Melibatkan 10 jenis sukan yang di pertandingkan dan ia juga merupakan persediaan para atlet menghadapi Sukan Kebangsaan pada akhir tahun ini.

Selain penyampaian hadiah sukan dalaman turut di raikan sambutan hari kelahiran ahli-ahli dari bulan Januari hingga Ogos dengan pemberian Tuppawere serta memotong kek.

Tarikh : 25 September 2025 / KhamisJualan Rahmah Madani bersama KPDN Melaka berjalan lancar dengan sambutan daripada pen...
30/09/2025

Tarikh : 25 September 2025 / Khamis

Jualan Rahmah Madani bersama KPDN Melaka berjalan lancar dengan sambutan daripada pendengar Melaka fm yang membeli keperluan harian mereka.

Anjuran Kelab buat kali ke-3 tahun 2025.

Majlis ibadah korban di RTM Melaka berjalan sempurna, yang mana kerja-kerja penyembelihan di laksanakan pada pukul 8.30 ...
09/06/2025

Majlis ibadah korban di RTM Melaka berjalan sempurna, yang mana kerja-kerja penyembelihan di laksanakan pada pukul 8.30 pagi di ketuai oleh En. Izwan. Turut di hadiri Ybhg Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie selaku Pengarah Urusan Fazil Group.

Sebelum itu Pn. Siti Norbaini Khairi mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi buat Fazil Group di atas kerjasama menyumbang seekor lembu untuk menjayakan ibadah korban bersama ahli-ahli kelab. Beliau sebagai Penasihat Kelab sangat mengalu-alukan sumbangan seperti ini agar ikatan silaturahim kedua-dua agensi dan kelab akan terus berpanjangan.

Selepas selesai membuat bungkusan daging korban penyampaian daging kepada ahli-ahli kelab di sampaikan oleh Pn Siti Nurbaini Binti Khairi, terima kasih juga kepada Pengerusi Masjid An Nur Peringgit En Jalil Dolah dan AJK Masjid di atas bantuan peralatan korban.

Kita jumpa lagi pada tahun hadapan dalam kita mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha ini.

Terima kasih sekali lagi kepada Ybhg Datuk Seri Haji Mohammad Fazil, Pengarah Urusan Fazil Group kerana menyerahkan seek...
06/06/2025

Terima kasih sekali lagi kepada Ybhg Datuk Seri Haji Mohammad Fazil, Pengarah Urusan Fazil Group kerana menyerahkan seekor lembu kepada Kelab RTM Melaka untuk menyempurnakan Ibadah Korban pada tahun ini.

Kali kedua program ibadah korban ini di laksanakan di RTM Melaka menerusi gabungan ahli-ahli Kelab dan Kakitangan Fazil Group untuk menyempurnakan ibadah korban pada 9 Jun nanti. Di samping itu majlis makan tengah hari turut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua agensi ini.

Penyerahan lembu oleh En. Akmal daripada Fazil Group kepada YDP Kelab RTM Dj Azizi Shahril pada pagi tadi.

Mesyuarat Agung Kali ke-68 Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Penyiaran Negeri Melaka telah di sempurnakan oleh Ybhg En. ...
12/02/2025

Mesyuarat Agung Kali ke-68 Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Penyiaran Negeri Melaka telah di sempurnakan oleh Ybhg En. Wan Ikhsan Bin Wan Ishak selaku Timbalan Pengarah merangkap Penasihat Dua merasmikan Mesyuarat di Auditorium Melakafm pagi tadi.

Beliau menyampaikan ucapan perasmian bagi mewakili Pn. Siti Norbaini Khairi yang berada di Pulau Pinang dalam menjayakan Hari Radio Sedunia.

Turut hadir dalam Mesyuarat Agung ini ialah Azizi Shahril- YDP Kelab, Shahrizad Abu Bakar-Timbalan YDP, barisan jawatankuasa dan ahli-ahli kelab.

Di samping dengan aktiviti baru yang telah di rancangkan turut berlangsung cabutan nama bertuah dan jamuan memyambut ketibaan bulan Ramadan.

Mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2025 di pengerusikan oleh YDP Azizi Shahril Abd Razak.Tarikh : 24 Januari 2025 / JumaatMasa...
26/01/2025

Mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2025 di pengerusikan oleh YDP Azizi Shahril Abd Razak.

Tarikh : 24 Januari 2025 / Jumaat
Masa : 3.00 Petang

1. Tarikh Mesyuarat Agung Kelab
2. Aktiviti Kelab 2025
3. Sukan 3 Penjuru
4. Sukan RTM

Perlawanan Persahabatan Pasukan RTM Melaka menerima kehadiran Pasukan Vaterinar bagi aksi persahabatan sukan Karom di Au...
26/10/2024

Perlawanan Persahabatan

Pasukan RTM Melaka menerima kehadiran Pasukan Vaterinar bagi aksi persahabatan sukan Karom di Auditorium Melakafm, ia merupakan aktiviti bagi ahli-ahli kedua kelab untuk mencari pengalaman dan menguji pemain dalam menghadapi saingan akan datang.

Pasukan Kelab RTM Melaka juga sering menyertai kejohanan jemputan di sekitar Melaka, dengan kehadiran Kelab Veterinar ini ia merupakan perlawanan yang sangat baik untuk menilai prestasi atlet.

Terima kasih Pasukan Karom Vaterinar di atas kunjungan ke Melaka fm dalam aksi persahabatan ini di samping ia juga mengeratkan persahabatan di antara agensi.

Address

Malacca City
75614

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

062832314

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Penyiaran Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share