AKRAB Negeri Melaka

AKRAB Negeri Melaka Organisasi yang ditubuhkan bagi melahirkan rakan pembimbing sekerja untuk membantu melahirkan suasana budaya kerja yang positif di jabatan atau agensi.

AKRAB berkonsepkan "rakan membantu rakan" dalam memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membina potensi masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan hubungan humanistik. Kemantapan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran ahlinya. Tanpa komitmen daripada ahli, segala aktiviti rakan pembimbing akan dilihat sebagai membebankan. Justeru

itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharapkan mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi.

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶Terus belajar. Berani berubah. Bina semangat positif. Jaga amanah dan etika.
04/05/2026

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶

Terus belajar. Berani berubah. Bina semangat positif. Jaga amanah dan etika.

𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶

Lama berkhidmat dalam organisasi bukan satu masalah. Malah, pengalaman itu aset besar. Yang menjadi masalah ialah apabila kita terlalu selesa, tidak mahu belajar, menolak perubahan dan mula mempengaruhi orang lain secara negatif.

Integriti bukan sekadar tidak melakukan kesalahan, tetapi sentiasa memilih untuk lakukan yang betul. Jadilah tulang belakang organisasi yang kukuh, bukan barah yang melemahkan budaya kerja.

Terus belajar. Berani berubah. Bina semangat positif. Jaga amanah dan etika.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri



Alhamdulillah… selesai sudah Majlis Iftar Santai bersama Kelab AKRAB. 🤍Booth Kelab AKRAB meriah dengan menu kampung — ce...
09/03/2026

Alhamdulillah… selesai sudah Majlis Iftar Santai bersama Kelab AKRAB. 🤍

Booth Kelab AKRAB meriah dengan menu kampung — cekodok pisang, cekodok jagung, cekodok bilis & geragau. Cekodok memang laku keras! Letak je atas meja, sekejap je dah licin. Nak pusing kali kedua pun tak sempat! 😄

Program ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama MPJ. Terima kasih diucapkan kepada YDP MPJ atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan🤝

Penghargaan juga buat semua ahli AKRAB yang turun padang, sama-sama bantu dari awal penyediaan sampai siap hidang. Penat tu ada, tapi seronok sebab buat sama-sama🥰

Yang penting… ukhuwah dapat, pahala pun insyaAllah dapat🤲





Bubur Lambuk bukan sekadar hidangan… ia menyatukan rasa, menyemai kasih dan mengukuhkan silaturahim🤝Alhamdulillah, progr...
04/03/2026

Bubur Lambuk bukan sekadar hidangan… ia menyatukan rasa, menyemai kasih dan mengukuhkan silaturahim🤝

Alhamdulillah, program Bubur Lambuk kali ini lebih bermakna dengan kolaborasi hebat bersama Adabi Consumer Industries dan Sekolah Menengah Arab Assyakirin Selandar, Jasin!

Dari kawah ke hati ❤️
Dari dapur ke komuniti 🤲✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang dan berinfaq. Sumbangan anda amat bermakna dan memberi impak besar dalam menjayakan program ini. Ya Allah, gantikanlah setiap yang diinfaqkan dengan ganjaran yang lebih baik dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Amiinn..

Lama dah tak merewang sama-sama… Alhamdulillah kali ni dapat kumpul tenaga, keringat dan kasih dalam satu kawah yang sama. Sokongan dan semangat gotong-royong yang luar biasa. Semoga ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kolaborasi yang padu selepas ini!




Alhamdulillah, selesai sudah bengkel Tutorial Solekan Glam Raya Look 2026 di Dewan Alamanda, Jasin Sabtu lepas! 💖Seronok...
02/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah bengkel Tutorial Solekan Glam Raya Look 2026 di Dewan Alamanda, Jasin Sabtu lepas! 💖

Seronok sangat tengok semua peserta gigih 'melukis' muka masing-masing. Dari tak tahu teknik contouring, sampai semua dah nampak macam bintang popular! Paling penting, sesi Analisis Warna Personaliti memang eye-opening, barulah tahu warna baju raya apa yang buat muka nampak berseri, bukan nampak kusam. 🌈

Terima kasih kepada peserta yang hadir memeriahkan suasana. Korang memang awesome!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) khususnya Yang Dipertua MPJ atas kesudian menjalinkan kerjasama bersama Kelab AKRAB Negeri Melaka dalam menjayakan program ini.

Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat kami hargai dan menjadi pemangkin kejayaan program ini. Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi melalui lebih banyak kolaborasi pada masa akan datang.

Sinergi Ilmu: Program Fiqh Usrah Bil 2/2026 🤝💜Syukur ke hadrat Ilahi, program perkongsian ilmu bertajuk "Hak & Tanggungj...
27/02/2026

Sinergi Ilmu: Program Fiqh Usrah Bil 2/2026 🤝💜

Syukur ke hadrat Ilahi, program perkongsian ilmu bertajuk "Hak & Tanggungjawab Isteri" telah selesai dilaksanakan dengan penglibatan aktif para peserta.

Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam kolaborasi murni ini: JAIM, AKRAB Melaka, PUSPANITA & PDTJ. Kerjasama erat seperti ini amat penting dalam menyebarluaskan ilmu fardu ain dan pembangunan sahsiah masyarakat di daerah Jasin.

Terima kasih juga kepada penceramah, En. Mohd Ihsan Bin Mohamad Daud atas perkongsian yang sangat "eye-opening" buat semua yang hadir.

Jumpa lagi di siri Fiqh Usrah akan datang!

31/01/2026

Kejayaan dalam perkhidmatan awam bukan sekadar tentang pangkat atau pengiktirafan, tetapi tentang amanah besar yang dipikul demi kepentingan rakyat dan negara. Setiap tugas yang dilaksanakan dengan ikhlas, disiplin dan integriti akan menjadi sumbangan bermakna kepada pembangunan masyarakat.

Penjawat awam yang cemerlang ialah mereka yang sentiasa berusaha memperbaiki diri, bekerja dengan jujur walaupun tanpa dipuji serta meletakkan tanggungjawab sebagai satu ibadah dan kehormatan.

Dalam menghadapi cabaran dan tekanan kerja, ingatlah bahawa ketekunan dan semangat berkhidmat adalah kunci kejayaan. Setiap langkah kecil yang konsisten mampu membawa perubahan besar, bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga kepada diri sendiri.

Berbaktilah dengan sepenuh hati, kerana perkhidmatan awam adalah nadi kemajuan negara dan kejayaan sebenar adalah apabila hasil kerja kita memberi manfaat kepada rakyat serta meninggalkan legasi yang membanggakan.

Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB negeri Melaka bil. 1/2026.Tarikh: 30 Januari 2026 (Jumaat)Masa: 3.00 petang.Tempat: Cafe Ho...
30/01/2026

Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB negeri Melaka bil. 1/2026.

Tarikh: 30 Januari 2026 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang.
Tempat: Cafe Hotel Kobemas

Hari ini kami bukan sekadar bergambar, kami merakam semangat. Inilah wajah-wajah AKRAB Negeri Melaka, bersatu hati, seji...
23/01/2026

Hari ini kami bukan sekadar bergambar, kami merakam semangat. Inilah wajah-wajah AKRAB Negeri Melaka, bersatu hati, sejiwa misi, teguh sokongan.

Di sebalik senyuman, ada empati.
Di sebalik gaya, ada peranan.
Kami hadir untuk mendengar, memahami dan menguatkan kerana kesejahteraan bermula dengan kebersamaan.

AKRAB bukan hanya satu nama, ia adalah ikatan, kepercayaan dan kekuatan 💜🔥

Nilai sebenar seorang pemimpin bukan ketika dia berundur, tetapi sewaktu dia memegang amanah.Jawatan itu hanya pinjaman,...
29/08/2025

Nilai sebenar seorang pemimpin bukan ketika dia berundur, tetapi sewaktu dia memegang amanah.

Jawatan itu hanya pinjaman, tetapi kesan dari setiap tindakan akan kekal selamanya.

💡 Pemimpin hebat tidak meninggalkan nama, tetapi meninggalkan legasi & jejak kebaikan.





Address

Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60122725658

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKRAB Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AKRAB Negeri Melaka:

Share