24/03/2025
[MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTeM SESI 2024/2025]
[SETINGGI-TINGGI TAHNIAH PROFESOR DATUK TS. DR. MASSILA BINTI KAMALRUDIN]
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam UTeMku Sayang, Menjajar Universiti, Melonjak Ke Hadapan.
Majlis Perwakilan Pelajar UTeM serta seluruh mahasiswa/i UTeM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin atas pelantikan semula beliau sebagai Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, berkuat kuasa mulai 21 Mac 2025.
Fajar kepimpinan kembali menyinsing, menerangi haluan dengan ilmu dan amanah. Semoga sinaran TVET UTeM di bawah kepimpinan YBhg. Datuk memancar terang, menyubur wawasan dan menyemai kecemerlangan. Setiap langkah yang diatur menjadi suluh kejayaan, menerangi jalan keilmuan dengan hikmah dan ketulusan, serta menjulang maruah universiti ke puncak gemilang.
MPP UTeM menzahirkan iltizam untuk terus berganding bahu bersama kepimpinan universiti dalam memperkasakan kebajikan mahasiswa, memperkukuh ekosistem akademik dan inovasi, serta mendukung aspirasi UTeM sebagai institusi teknikal unggul di persada global.
Kami juga ingin merakamkan *setinggi-tinggi penghargaan* kepada Yang Berhormat Menteri, *Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir,* Menteri Pendidikan Tinggi dan Jawatankuasa Pemilihan Naib Canselor atas keprihatinan dan kerjasama dalam memastikan UTeM terus dipacu dengan jayanya
Sekian, terima kasih.
_____________________________________________
The UTeM Student Representative Council, along with all UTeM students, extends our heartiest congratulations to Professor Datuk Ts. Dr. Massila Binti Kamalrudin on her reappointment as the Vice-Chancellor of Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), effective from March 24, 2025.
We hope under her leadership, UTeM will continue to achieve greater success and further strengthen its position as a leading institution in technology and innovation.
We would also like to express our deepest appreciation to Yang Berhormat Menteri, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Minister of Higher Education, for maintaining the appointment of Professor Datuk Ts. Dr. Massila as UTeM’s Vice-Chancellor.