MIMBAR PERMUAFAKATAN IBUBAPA MALAYSIA (MAPIM)

MIMBAR PERMUAFAKATAN IBUBAPA MALAYSIA (MAPIM) Ini disusuli dengan penyampaian satu Kertas Cadangan Penubuhan MAPIM kepada Kementerian KPNPM berlangsung pada 20hb.June.1998.

Idea awal kewujudan MAPIM dikemukakan oleh Jawatankuasa Penaja PIBGN (Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru Nasional) dan individu lain yang melihat serta memikirkan keperluan satu organisasi bukan kerajaan yang boleh memainkan peranan keibubapaan dan kekeluargaan dengan luas lagi dari PIBG-PIBG di sekolah. Satu perjumpaan antara pihak penaja MAPIM dengan YB.Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguna

n Masyarakat (KPNPM) pada masa itu YB DATIN PADUKA HAJJAH ZALEHA BTE HAJI ISMAIL telah diadakan pada 3hb.June.1998. Kertas Cadangan tersebut telah diteliti oleh Kementerian dan dibincangkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan di KPNPM. Kementerian juga menerima beberapa ulasan daripada Agensi0agensi di bawahnya. Pihak Kementerian KPNPM menerusi suratnya pada 4 Ogos 1998, memaklumkan pada umumnya, Kementerian tidak mempunyai apa-apa halangan ke atas penubuhan MAPIM saperti dicadangkan. Satelah cadangan penubuhan tersebut mendapat restu daripada pihak KPNPM, satu perjumpaan telah di adakan pada 20 Februari 1999, di Universiti Malaya dan terbentuklah satu Jawatankuasa Penaja MAPIM yang terdiri daripada seramai 23 orang ibubapa penaja dari seluruh Malaysia Barat. Berikutnya setelah dimurnikan cadangan Perlembagaan MAPIM, permohonan Pendaftaran Pertubuhan dikemukakan di Pejabat Pendaftaran Negeri Selangor pada bulan Oktober 1999. Satelah berbincang dan membuat susulan kepada pihak pegawai berkenaan, akhirnya pada awal Januari 2001 menerusi surat bertarikh 22 Disember 2000, MAPIM dimaklumkan telah didaftarkan pada 18hb. December. 2000 , oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Address

No. 6, Jalan Mutiara Melaka 3, Taman Mutiara, Batu Berendam, Melaka Bandaraya Bersejarah
Malacca City
75350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIMBAR PERMUAFAKATAN IBUBAPA MALAYSIA (MAPIM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MIMBAR PERMUAFAKATAN IBUBAPA MALAYSIA (MAPIM):

Share