Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UTeM

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UTeM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UTeM, Community Organization, Malacca City.

*[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI UTeM 24/25]**[PENCARIAN AHLI BAHARU]*بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَحْمٰنِ ال...
06/10/2025

*[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI UTeM 24/25]*
*[PENCARIAN AHLI BAHARU]*

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَحْمٰنِ الرَّحِيْم.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَکَاتُه.

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kami dari Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UTeM ingin menjemput anda untuk sertai keluarga kami!

📌 *Syarat penyertaan:*
▪️Beragama Islam
▪️Mempunyai minat terhadap seni pertahanan diri

💡 *Kelebihan menyertai kami:*
▪️Peluang membuat persembahan & demonstrasi
▪️Mengasah soft skills & keyakinan diri
▪️Belajar seni silat dalam suasana santai & mesra

Latihan dijalankan pada setiap:
📆 Hari: *Selasa & Khamis*
⏰ Jam: *8:30-10:30 malam*
📍 Lokasi: *Lobi bangunan FTKM*

📲 Berminat? Scan QR group Whatsapp atau klik link di bawah ⤵️
https://chat.whatsapp.com/JXbgD7jE3KL4juytDTIYcg?mode=ems_qr_t

atau boleh hubungi:
📞 Nafiz: 018-9194318
📞 Mimi: 017-2527694

Jom sertai kami dan jadi sebahagaian daripada keluarga Cekak! 💪🏻🔥

"Satu Suara, Satu Hati"


[Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UTeM Sesi 2024/2025][Salam Maal Hijrah 1447H]Assalamualaikum w.b.t. dan ...
27/06/2025

[Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UTeM Sesi 2024/2025]
[Salam Maal Hijrah 1447H]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam UTeMku Sayang,
Menjajar Universiti, Melonjak Kehadapan.

Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UTeM mengucapkan Salam Maal Hijrah 1447H kepada seluruh warga UTeM yang dikasihi.

Tahun baru Hijrah adalah masa untuk kita bermuhasabah, memperbaiki diri dan memperbaharui tekad dalam menuju kebaikan dan keberkatan hidup. Semoga tahun ini membawa lebih banyak keberkatan, keampunan dan kekuatan dalam setiap langkah perjuangan kita. 🌙✨

Mari kita sama-sama jadikan permulaan tahun ini sebagai titik perubahan ke arah yang lebih baik, demi diri, keluarga, dan ummah. 🌟

Salam Maal Hijrah 1447H dari kami kepada semua.
Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati oleh-Nya.

"Satu Suara, Satu Hati"

Sekian, terima kasih.

-------------------------------------

Like dan follow kami:
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi UTeM
Instagram: .utem
Facebook: psscpuh.utem

[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UTeM SESI 2024/2025]Assalamualaikum w.b.t. dan Salam UTeMku Sayang,Menja...
03/05/2025

[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UTeM SESI 2024/2025]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam UTeMku Sayang,
Menjajar Universiti, Melonjak ke hadapan.

Kami Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UTeM mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Pertengahan Semester kepada semua mahasiswa/i dan warga kampus.

Gunakan waktu ini untuk berehat, memperkukuh semangat, dan meluangkan masa bersama insan tersayang.
Semoga anda kembali dengan minda yang segar dan semangat yang berkobar-kobar untuk mengharungi fasa seterusnya.

Istirahat dengan bijak, kembali dengan gagah!

Sekian, terima kasih.

"Satu Suara, Satu Hati"
----------------------------------

Like dan follow kami:
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi UTeM
Instagram: .utem
Facebook:psscpuh.utem

[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI] "Merayakan kebersamaan dan kehangatan hari raya bersama keluarga besar ...
03/05/2025

[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI]

"Merayakan kebersamaan dan kehangatan hari raya bersama keluarga besar Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UTeM. Semoga silaturahmi semakin erat dan berkarya lebih matang di tahun ini.

28/04/2025

[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI SESI 24/25]

[MAJLIS JAMUAN RAYA AIDILFITRI 1446H PERINGKAT PERSATUAN]

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syawal kali ni jadi lagi bermakna bila kita semua dapat berkumpul, gelak ketawa, makan sedap, dan ambil gambar banyak-banyak dekat Dataran Sejarah Ayer Keroh. Walaupun cuaca macam nak hujan, semangat raya tetap onz!

Terima kasih semua yang hadir, bawa juadah, tolong setting tempat, dan yang paling penting -bagi vibe raya yang padu! Gaya outfit masing-masing pun win, posing gambar pun boleh masuk galeri raya paling legend tahun ni.

Moga ukhuwah kita terus kuat, dan tahun depan kita boleh buat lagi-lebih besar, lebih meriah! Yang tak sempat join tu, next time jangan miss out okay?

"Satu Suara, Satu Hati"



Like and follow kami Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafı UTeM

Instagram: .utem Facebook: .utem

[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI] [BARISAN KEPIMPINAN BARU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI...
22/04/2025

[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI]

[BARISAN KEPIMPINAN BARU PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI SESI 2024/2025]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Dengan segala hormatnya, kami mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baru yang dipilih untuk menerajui persatuan ini. Dengan kepimpinan presiden Nursyahirah Binti Zulkefli dan semua ahli jawatankuasa yang dedikasi, diharap PSSCPUH sesi 2024/2025 akan terus berkembang dan memartabatkan seni silat di universiti dan komuniti.

Mari kita bersatu dan berusaha bersama untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang! 💪🏼✨

"Satu Suara, Satu Hati"

31/03/2025

[PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UTEM SESI 24/25]

[SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI] 🌙✨

✨ *Salam Aidilfitri dari Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi* ✨🌙

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Setelah sebulan berjuang dalam madrasah Ramadan, kini tiba masanya kita meraikan kemenangan dengan penuh kesyukuran! Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, rezeki yang melimpah, serta mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua.

Di sebalik ketupat dan rendang, jangan lupa makna sebenar Aidilfitri saling memaafkan, berkongsi kegembiraan, dan menghargai setiap detik bersama insan tersayang. 🤍

Dari kami di PSSCPUH UTeM mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 🌙✨

"Satu Suara, Satu Hati"

---
Like and follow kami *Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UTeM*

Instagram: .utem
Facebook: .utem

Address

Malacca City

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share