Alumni MBM HQ

Alumni MBM HQ Mengumpulkan Bekas pimpinan belia seluruh Malaysia

19/04/2026
16/04/2026
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKANPENGERUSI & JAWATANKUASA ALUMNI MBM MELAKA๐Ÿ“… 16 April 2026 (Khamis)๐Ÿ•Ÿ 4.30 Petang๐Ÿ“ Abd...
16/04/2026

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN
PENGERUSI & JAWATANKUASA ALUMNI MBM MELAKA

๐Ÿ“… 16 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ•Ÿ 4.30 Petang
๐Ÿ“ Abdullah Grand Hall

Satu detik bersejarah dalam memperkukuh kepimpinan belia negeri Melaka melalui Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi & Jawatankuasa Alumni MBM Melaka.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Presiden Alumni MBM Malaysia, sebagai simbol kepercayaan dan amanah dalam meneruskan legasi kepimpinan belia yang progresif dan berwawasan.

Pelantikan ini bukan sekadar pengiktirafan, malah merupakan titik permulaan kepada gerak kerja yang lebih dinamik dalam memperkasa peranan alumni MBM sebagai pemacu pembangunan belia negeri dan negara.

Semoga barisan kepimpinan yang dilantik terus komited, berintegriti dan berdaya saing dalam menggalas tanggungjawab demi masa depan belia yang lebih gemilang.

KUNJUNG HORMAT ALUMNI MBM KE TYT MELAKA16 April 2026 | Khamis | 3.00 petangSatu kunjungan hormat penuh bermakna oleh Alu...
16/04/2026

KUNJUNG HORMAT ALUMNI MBM KE TYT MELAKA

16 April 2026 | Khamis | 3.00 petang

Satu kunjungan hormat penuh bermakna oleh Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka telah berlangsung dalam suasana penuh hormat dan nostalgia perjuangan belia.

Rombongan ini telah diketuai oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar, Presiden Alumni MBM. Pertemuan dimulakan dengan perkongsian TYT mengenai penglibatan awal beliau bersama Majlis Belia Malaysia, yang menjadi asas kepada perjuangan dan pembangunan belia negara.

Dalam sesi ini, Alumni MBM turut menawarkan cadangan kolaborasi program bersama TYT yang dijangka akan dilaksanakan dalam beberapa bulan akan datang โ€” sesuatu yang pastinya dinanti-nantikan!

Pertemuan bersejarah ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan, malah mengimbau kembali detik-detik perjuangan belia yang pernah membentuk landskap kepimpinan negara suatu ketika dahulu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada TYT atas kesudian menerima kunjungan daripada Alumni MBM.

Mesyuarat JK Alumni MBM Kali Pertama (2025โ€“2028)Tarikh: 1 April 2026 (Rabu)Masa: 12.00 tengah hariTempat: Dalam Talian (...
01/04/2026

Mesyuarat JK Alumni MBM Kali Pertama (2025โ€“2028)
Tarikh: 1 April 2026 (Rabu)
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: Dalam Talian (Online)

Mesyuarat Jawatankuasa Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) kali pertama bagi sesi 2025โ€“2028 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar secara dalam talian.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah selaku Presiden Alumni MBM, dengan fokus utama kepada agenda perlantikan Jawatankuasa serta Pengerusi Negeri bagi memperkukuh struktur organisasi di semua peringkat.

Komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli mencerminkan kesungguhan dalam memperkasa peranan Alumni MBM sebagai rakan strategik pembangunan belia negara.

Semoga kepimpinan baharu ini dapat terus mengorak langkah progresif, memperluas jaringan, serta memberi impak signifikan kepada pergerakan alumni pimpinan beliau seluruh negara.

*JK Lantikan Alumni MBM 2025 - 2028*

*Setiausaha Agung*
YBhg. DATUK DR. HANG TUAH BIN DIN @ MOHAMED DIN
Hang Tuah Din

*Penolong Setiausaha Agung*
YBhg. ENCIK HASNUL FAIRUZ BIN HUSHIN AMRI
Hasnul Fairuz

*Bendahari*
YBhg. DATUK HJ. AZIZAN BIN HJ. MD. ZAIN

*Jawatankuasa*
1. YBhg. TUAN HJ. MOHD SUKOR BIN MD YUSOFF Mohd Sukor
2. YBhg. Encik LIM SWEE BOK ๆž—็‘žๆœจ Lim Swee Bok

*Pengerusi Badan Perhubungan Negeri*

*Perlis* - Y.Bhg. PUAN ROZIEANA BT AHMAD
*Kedah* - YBhg ENCIK MD RADZI BIN YAACOB
*P.Pinang* - YBhg. DATUK HJ. AZIZAN BIN HJ. MD. ZAIN
*Perak* - YBhg. DATOโ€™ HJ. NADZRI BIN HJ. ISMAIL
*Selangor* - YBhg. DATO MARSOM PAING
*W.Persekutuan* - YBhg. EN. MOHAMAD MUSTAFA BIN LATIF
*N 9* - YBhg. DATOโ€™ ABD SAMAD BIN IBRAHIM
*Melaka* - YBhg. EN. ABD. RAZAK BIN HJ ABU
*Johor* - YB. TUAN HJ. ANUAR BIN ABDUL MANAP
*Pahang* - YBhg. DATUK HJ. ABDULLAH BIN HJ. ABU BAKAR
*Terengganu* - YBhg. HJ. ALIAS BIN MUSTAFA
*Kelantan* - YBhg. TUAN HJ. CHE ROSLI BIN HASSAN
*Sabah* - YBhg. DATUK DR. AWANG ZAINI BIN SUNTIM, JP

Salam hormat.

15/03/2026

" satu lagi aktiviti yang memeriahkan suasana menyambut lebaran & acara pelancongan di Lenggong "

PESTA BAKAR LEMANG
Parlimen Lenggong
17.3.2026 Di Tasek Sendarhalu Kg Luat Lenggong.

Penjanjur Utama ialah KDN & RELA Malaysia RELA Perak & RELA Lenggong

- DIJEMPUT HADIR -

15/03/2026
2 Mac 2026 | SelasaMesyuarat Agung Tahunan Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-8.Hari ini berlangsung Mesyuarat A...
07/03/2026

2 Mac 2026 | Selasa

Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-8.

Hari ini berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 8, Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) yang menghimpunkan barisan kepimpinan berpengalaman dari seluruh negara.Barisan Kepimpinan baharu telah pun dipilih yang akan mengorak langkah kehadapan.

Pertemuan ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan jaringan alumni, berkongsi pandangan serta merangka inisiatif strategik dalam memperkasa pembangunan belia dan kepimpinan negara.

Pengalaman luas yang dimiliki oleh para alumni MBM merupakan aset besar dalam memastikan kesinambungan perjuangan gerakan belia terus relevan serta memberi impak kepada masyarakat dan negara.

Selepas selesai mesyuarat agung telah diadakan Majlis Iftar Ramadan serta penyampaian sumbangan kepada bekas ahli dan pimpinan dalam kebangsaan, dan negeri.

Semoga semangat kebersamaan ini terus memperkukuh peranan Alumni MBM sebagai rakan strategik dalam pembangunan kepimpinan belia Malaysia.

Address

Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni MBM HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share