Pengakap Merlimau

Directions Website Contact the organization

Pengakap Merlimau Non Goverment Organization

4 Oktober 2026 ll Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau telah menjalankan Bengkel Pengenalan Asas Radio Amatur k...
04/10/2026

4 Oktober 2026 ll Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau telah menjalankan Bengkel Pengenalan Asas Radio Amatur kepada Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Pengakap Kelana A di SMK Sungai Rambai. Program bertujuan memberi pendedahan terhadap radio amatur selain sebagai persediaan untuk Peperiksaan Radio Amatur (RAE) akan datang. Bengkel telah disampaikan oleh En. Zahari bin Ahmad. Pesuruhjaya Daerah Merlimau, En. Muhamad Haris Sawalludin turut hadir dalam bengkel ini.



21/09/2026
20/09/2026
Tahniah kepada ahli Pengakap Daerah Merlimau yang dianugerahkan Anugerah Rambu (Anugerah Ketua Pengakap Negara) pada Maj...
20/09/2026

Tahniah kepada ahli Pengakap Daerah Merlimau yang dianugerahkan Anugerah Rambu (Anugerah Ketua Pengakap Negara) pada Majlis Anugerah Rambu di Hotel Mudzaffar. Majlis yang dianjurkan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti. Lebih 900 orang ahli Pengakap negeri Melaka telah menerima sijil anugerah pada majlis ini. Turut hadir Datuk Haji Zamani bin Tambichek, Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, Tuan Mohd Zaidi bin Tahir, Timbalan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Melaka dan Tuan Noor Azmi bin Ujang, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka.



Selamat Hari Malaysia 2026! Bersama kita kekal bersatu demi keamanan dan kemakmuran negara tercinta.
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026!
Bersama kita kekal bersatu demi keamanan dan kemakmuran negara tercinta.



Tahniah diucapkan kepada 7 orang ahli Pengakap dari SMK Dang Anum dan SMK Telok Mas serta Cikgu Khaliza selaku guru peng...
05/09/2026

Tahniah diucapkan kepada 7 orang ahli Pengakap dari SMK Dang Anum dan SMK Telok Mas serta Cikgu Khaliza selaku guru pengiring yang menyertai Jambori Pengakap Malaysia ke-15 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Tahniah atas pencapaian Lencana Cabaran Emas, Perak dan Gangsa.

Terima kasih kepada Cikgu Siti Aisah dari SK Merlimau 1 yang terlibat sebangai pembimbing bagi Pertandingan Tarian Traditional Kontemporari. Sekalung tahniah kerana pasukan Pengakap Melaka mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan tersebut.

Jambori Pengakap Malaysia melibatkan penyertaan dari Kontinjen Pengakap Melaka seramai 87 orang. Lebih 6000 orang ahli Pengakap seluruh dunia terlibat dalam jambori ini dari 29 Ogos - 4 September 2026.



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69🇲🇾Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau mengucapkan selamat menyambut Har...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69🇲🇾

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kemerdekaan yang telah dikecapi sentiasa disyukuri dengan semangat patriotik dan semangat perpaduan yang berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara.



Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau merakamkan ucapan tahniah kepada Timbalan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah...
26/08/2026

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau merakamkan ucapan tahniah kepada Timbalan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Merlimau, Tuan Mohammad Zikrilhakim bin Jalani, atas penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali bin Mohd Rustam sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke-77.



Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka,...
26/08/2026

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Tuan Noor Azmi Ujang atas penganugerahan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali bin Mohd Rustam sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke-77.



Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pengakap Negara, YBhg. Mej. Jen. Da...
24/08/2026

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Merlimau merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pengakap Negara, YBhg. Mej. Jen. Datuk Wira Prof. Dr. Mohd. Zin bin Bidin (B), atas penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali bin Mohd Rustam sempena Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ke-77.



Address

Malacca City
77400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengakap Merlimau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pengakap Merlimau:

Shortcuts

Share