Amanah Negeri Melaka

Call Directions

Amanah Negeri Melaka Laman Rasmi Parti Amanah Negara Negeri Melaka



04/10/2026
04/10/2026

RM10 juta kalau digunakan untuk membaiki longkang tersumbat, mungkin masalah banjir rakyat dapat diselesaikan.

Atau tingkatkan elaun guru KAFA yang mendidik anak-anak kita lagi elok rasanya, tapi membazir ni memang amalan puak dia.. apa boleh buat


RM3 JUTA? — APA STATUS PROJEK INI SEKARANG? 🌱🧅Saya berkesempatan melihat sendiri keadaan tapak Projek Ladang Rock Melon,...
03/10/2026

RM3 JUTA? — APA STATUS PROJEK INI SEKARANG? 🌱🧅

Saya berkesempatan melihat sendiri keadaan tapak Projek Ladang Rock Melon, Halia & Bawang di Merlimau Pantai.

Sebagai rakyat Merlimau, saya rasa kita berhak bertanya dan mendapatkan penjelasan yang jelas:

1. Berapakah daripada peruntukan RM3 juta yang telah dibelanjakan setakat ini?
2. Apakah sumber sebenar peruntukan RM3 juta tersebut?
3. Berapa ekar daripada keseluruhan kawasan projek yang telah berjaya ditanam?
4. Berapakah hasil rock melon, halia dan bawang yang telah dituai dan dipasarkan?
5. Berapakah pendapatan yang telah dijana daripada projek ini?
6. Berapa ramai penduduk tempatan dan golongan B40 yang telah mendapat pekerjaan atau peningkatan pendapatan?
7. Apakah KPI asal projek dan berapa peratus telah dicapai?
8. Apakah status projek pada hari ini — masih beroperasi sepenuhnya, dalam proses penanaman semula atau menghadapi masalah?
9. Apakah peranan serta tanggungjawab PPMSB dan KMK Agro Global dalam projek ini?
10. Jika projek tidak mencapai sasaran, apakah pelan pemulihan Kerajaan Negeri supaya pelaburan yang telah dibuat tidak menjadi sia-sia?

Saya bertanya bukan untuk menghukum sebelum mendapat fakta.
Kita mahu projek pertanian seperti ini benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat Merlimau dan membantu keterjaminan makanan.

Merlimau milik kita bersama. Setiap projek untuk rakyat perlu memberikan hasil kepada rakyat.

Rahayu Hamzah
AWAN Negeri Melaka
Amanah Negeri Melaka
Amanah Kawasan Jasin

https://www.melakahariini.my/ladang-rock-melon-halia-bawang-buka-peluang-b40-jana-pendapatan/

UMNO lagi..
03/10/2026

UMNO lagi..

Orang belakang Najib tu siapa?

Dah kantoi, baru kata dipecat UMNO pada 2023?

Kalau kes berlaku pada 2020, bukankah ketika itu dia masih ahli UMNO?

Janganlah cuba cuci tangan dengan tarikh pemecatan.

UMNO lagii..!Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung perkhidmatan MYEG Group berkuat kuasa pada 12.01 pagi, 5 ...
03/10/2026

UMNO lagii..!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung perkhidmatan MYEG Group berkuat kuasa pada 12.01 pagi, 5 Oktober 2026.

Butiran Penggantungan:
• Tarikh Kuat Kuasa: 5 Oktober 2026, bermula jam 12.01 tengah malam.

• Syarikat Terlibat:
My E.G. Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad (di bawah Kumpulan MYEG) sebagai ejen pemungut.

• Sebab Utama:
Kegagalan mematuhi terma dan syarat perjanjian serta obligasi bayaran kutipan yang belum diselesaikan (dilaporkan tertunggak melebihi RM200 juta bagi kutipan cukai jalan, lesen, dan saman sejak Mei 2023).

Address

Ghara Amanah Melaka, Taman Suria, Bukit Katil
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60196821318

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share