KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A

KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A Rukun Tetangga Taman Tanjong Minyak Perdana

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kp semua warga Taman Tanjung Minyak Perdana.Semoga Aidilfitri ini dis...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kp semua warga Taman Tanjung Minyak Perdana.
Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kegembiraan di samping insan tersayang.
Terima kasih atas kerjasama, sokongan dan semangat berpasukan yang telah kita kongsi bersama. Semoga ukhwah ini terus erat dan membawa kejayaan yang berterusan, Inn Shaa’Allah.
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Assalamualaikum wbt Salam sejahtera Salam perpaduan semua.Alhamdullilah, program bubur lambuk telah berjaya dilaksanakan...
02/03/2026

Assalamualaikum wbt Salam sejahtera Salam perpaduan semua.

Alhamdullilah, program bubur lambuk telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Syukur ke hadrat Ilahi sebanyak 600 bekas telah berjaya diagihkan sebentar tadi.

Insyaallah, program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dan juga dijadikan acara tahunan sempena bulan Ramadan nanti.

Terima kasih kepada semua Jkuasa KRT, Persatuan penduduk dan juga Surau Al Mubarak kerana ini adalah program anjuran bersama telah diadakan pada kali ini.

Semoga semua dipermudahkan segalanya. insyaallah.

Sekian, harap maklum.

*KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A, Melaka Tengah, Melaka.*Assalammualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam perpadua...
02/03/2026

*KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A, Melaka Tengah, Melaka.*

Assalammualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam perpaduan untuk semua.

*Tuan/Puan,*

Perkara : *PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH*

Syukur alhamdullilah, *Program memasak/merewang/agihan bubur lambuk dan juga Give & Get GnG TTMP 2026 anjuran bersama KRT TTMP ZON A dan juga Persatuan penduduk TTMP, Surau Al mubarak* telah berjaya diadakan dan juga ianya juga adalah program anjuran bersama yang melibatkan hampir semua AJK pada kali ini.

2.Bagi pihak Jkuasa penganjur bersama merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Jkuasa yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan dan melancarkan proses dan juga program ini.

3.InsyaAllah, kita akan terus merangka dan menyusun atur aktiviti dan program yang lain bagi mengeratkan ukhwah, menyatupadukan seluruh pimpinan dan juga masyarakat setempat khususnya penduduk TTMP. Sama sama kita berdoa agar ianya menjadi suatu permulaan yang baik, dan titik mula bagi kita semua.

*"Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerna MUAFAKAT"*

Sekian, terima kasih.

*Bagi pihak Jkuasa penganjur*

Assalamualaikum, Salam Ramadan & Salam Sejahtera warga Taman Tanjong Minyak Perdana 🤍🌙Persatuan Penduduk Taman Tanjong M...
27/02/2026

Assalamualaikum, Salam Ramadan & Salam Sejahtera warga Taman Tanjong Minyak Perdana 🤍🌙

Persatuan Penduduk Taman Tanjong Minyak Perdana (PPTTMP) bersama KRT TTMP Zon A dengan sukacitanya ingin menganjurkan program:

🌙 “Give & Get TTMP @ GnGTTMP” 🌙

Konsep program:
✨ Beri yang elok, ambil yang perlu
Mari kita sama-sama berkongsi rezeki, mengurangkan pembaziran dan mengeratkan silaturahim sempena Ramadan & persiapan Hari Raya 💚

📌 Butiran program (tarikh, masa & lokasi) adalah seperti yang tertera di poster.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat besar kepada komuniti kita 🤲✨
Terima kasih atas sokongan semua ❤️

*[PROGRAM MEMASAK & MENGEDARKAN BUBUR LAMBUK KOMUNITI TTMP 2026]**📍Tarikh: 11 Ramadan 1447H / 1 Mac 2026 (Ahad)**🕰️Jam: ...
26/02/2026

*[PROGRAM MEMASAK & MENGEDARKAN BUBUR LAMBUK KOMUNITI TTMP 2026]*

*📍Tarikh: 11 Ramadan 1447H / 1 Mac 2026 (Ahad)*
*🕰️Jam: 8.00 Pagi hingga selesai*
*🕌Tempat: Surau Al Mubarak, TTMP*
*🍲Agihan: 5.15pm (selepas solat Asar)*
- *CP1️⃣: Surau Al Mubarak*
- *CP2️⃣: Persimpangan Utama Jalan Cahaya*
- *CP3️⃣: Persimpangan Utama Jalan Kejora*

Tuan Puan yang ingin mendapatkannya dijemput ke check-point yang telah ditetapkan.

Terima kasih.

_Anjuran Bersama :_
- *🤝🏻Surau Al Mubarak*
- *🤝🏻Persatuan Penduduk Taman Tanjung Minyak Perdana*
- *🤝🏻KRT TTMP Zon A*

17/02/2026

INSYAALLAH, PROGRAM BUBUR LAMBUK RAMADAN

*KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A, Melaka Tengah, Melaka.*Assalammualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam perpadua...
08/02/2026

*KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A, Melaka Tengah, Melaka.*

Assalammualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam perpaduan untuk semua.

*Tuan/Puan,*

Perkara : *PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH*

Syukur alhamdullilah, *Pertandingan Bowling TTMP 2026 anjuran bersama KRT TTMP ZON A dan juga Persatuan penduduk TTMP* telah berjaya diadakan dan juga ianya juga adalah program julung julung kali diadakan bersama Persatuan penduduk.

2.Bagi pihak Jkuasa penganjur bersama merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Jkuasa yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan dan melancarkan proses dan juga program ini.

3.InsyaAllah, kita akan terus merangka dan menyusun atur aktiviti dan program yang lain bagi mengeratkan ukhwah, menyatupadukan seluruh pimpinan dan juga masyarakat setempat khususnya penduduk TTMP. Sama sama kita berdoa agar ianya menjadi suatu permulaan yang baik, dan titik mula bagi kita semua.

*"Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerna MUAFAKAT"*

Sekian, terima kasih.

*Bagi pihak Jkuasa penganjur*

*KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A, Melaka Tengah, Melaka.*Assalammualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam perpadua...
07/02/2026

*KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A, Melaka Tengah, Melaka.*

Assalammualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam perpaduan untuk semua.

*Tuan/Puan,*

Perkara : *PERTANDINGAN BOWLING TTMP 2026🎳*

Sukacita dimaklumkan, kepada semua peserta, pemain dan juga penduduk yang berkelapangan anda adalah dijemput hadir bersama. Butiran ketetapan adalah seperti yang berikut:

📌 Tarikh : 08 Feb 2026
📌 Hari : Ahad
📌 Masa : 0900 pagi - 1200 tengahari
📌 Tempat : MIBC🎳 Ayer keruh, Melaka

*Pelbagai hadiah/cabutan bertuah menanti anda yang hadir bersama.*

Sekian, harap maklum.

*Bagi pihak Jkuasa penganjur Pertandingan Bowling TTMP 2026🎳.*

TTMP Tak Rilekkkksss...Sesi lawatan tapak setelah aduan dan juga laporan yang telah diterima oleh pihak KRT dan juga Per...
28/01/2026

TTMP Tak Rilekkkksss...

Sesi lawatan tapak setelah aduan dan juga laporan yang telah diterima oleh pihak KRT dan juga Persatuan penduduk.

Perjumpaan dan perbincangan telah dikendalikan dengan cara yang penuh berhemah dan arahan dari PBT dan MBMB juga telah dipatuhi.

Semoga ianya menjadi suatu permulaan yang baik pada kita semua.

Sekian, terima kasih.

TTMP Tak Rilekkkksss...Jom, daftar segera...
27/01/2026

TTMP Tak Rilekkkksss...

Jom, daftar segera...

Assalammualaikum wbt, Salam sejahtera dan Salam perpaduan untuk semua.

*TTMP Tak Rilekkkkks*

Satu pertandingan *"Bowling TTMP 2026'* akan diadakan seperti ketentuan yang berikut:

Tarikh : *08 Feb 2026*
Hari : *Ahad*
Masa : *0900 pagi - 1200 tghari*
Tempat : *MIBC Ayer Keruh, Melaka*
Yuran penyertaan : *RM25 seorang*
Tarikh tutup penyertaan : *31 Jan 2026*

Untuk maklmat lanjut, *Sila rujuk link Google form https://forms.gle/rEFqqGctbw5atbXg6 atau scan QR code* yang dilampirkan.

Program ini adalah anjuran bersama KRT TTMP Zon A, dan Persatuan Penduduk TTMP.

Sekian, harap maklum.

Assalamualaikum WBT,Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh AJK PPTTMP, AJK KRT TTMP ZON A serta pi...
24/01/2026

Assalamualaikum WBT,

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh AJK PPTTMP, AJK KRT TTMP ZON A serta pihak Surau Al-Mubarak atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Saringan Kesihatan ini.

Segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan amatlah dihargai dan menjadi faktor utama kejayaan program ini demi manfaat penduduk setempat.

Semoga segala kebaikan ini mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Address

No. 29, Jalan Kejora 8, Taman Tanjong Minyak Perdana.
Malacca City
75260

Telephone

+60149186504

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Taman Tanjung Minyak Perdana Zon A:

Share