14/08/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk makluman, pihak MRCSB ingin memaklumkan bahawa persediaan awal bagi Turnaround 2026 (TA2026) telah bermula.
Sepanjang tempoh ini, pihak sekolah yang berdekatan mungkin akan mendengar bunyi yang lebih ketara, melihat nyalaan suar (flaring) serta mengalami sedikit gangguan bau (odour) berikutan aktiviti shutdown yang sedang dijalankan.
Semua aktiviti adalah terkawal dan dipantau secara berterusan oleh pihak MRCSB bagi memastikan gangguan kepada komuniti berada pada tahap minimum.
Pihak MRCSB memohon kerjasama para guru untuk membantu menyampaikan makluman ini kepada warga sekolah sekiranya perlu.
Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan kepada FSRO (24 jam) di talian 06-352 2444.
Kerjasama dan pemahaman semua guru amat dihargai.
Terima kasih.