JPKK Kampungku Sayang-Bukit Baru

Directions

JPKK Kampungku Sayang-Bukit Baru Update mengenai aktiviti Kampungku Sayang Bukit Baru

Alhamdulillah , Segala Puji Bagi Allah s.w.t ! Shallallahu Ala Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam,Selesai dengan meriah...
29/08/2026

Alhamdulillah , Segala Puji Bagi Allah s.w.t !

Shallallahu Ala Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam,

Selesai dengan meriahnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kampungku Sayang Bukit Baru 1448H / 2026M anjuran Madrasah Al-Jariah Bukit Baru bersama JPKK Kampungku Sayang.

Terima kasih kepada Sahabat-Sahabat Kampungku Sayang yang hadir membantu menjayakan majlis ini juga pihak Balai Polis Bukit Baru diatas bantuan keselamatan semasa perarakan. Terima kasih juga kepada Muslimin dan Muslimat yang sudi hadir bersama-sama mengimarahkan majlis.

Tidak lupa juga ucapan tahniah buat penerima-penerima Tokoh Maulidur Rasul Kampungku Sayang Bukit Baru.

Didoakan semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.







BERSAMA MEREJUVENASI KAMPUNGKU SAYANG !

Semua Dijemput Hadir Mengimarahkan !
25/08/2026

Semua Dijemput Hadir Mengimarahkan !

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلمDengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah S...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, JPKK Kampungku Sayang, Madrasah Al-Jariah serta seluruh penduduk Kampungku Sayang bersama-sama mengimarahkan Majlis Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1448H / 2026M di perkarangan Pintu Gerbang Kampungku Sayang.

Semoga sambutan ini menjadi wadah untuk kita menyemarakkan selawat, memperkukuhkan ukhuwah dan menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, serta menjadikan akhlak Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

🤲 Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan dan kasih sayang-Nya kepada seluruh warga Kampungku Sayang, Bukit Baru, serta menjadikan kita umat yang sentiasa mencintai dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

BERSAMA MEREJUVENASI KAMPUNGKU SAYANG!

Ride Santai Hero-Hero Kampungku Sayang ke Asam Pedas Parit Penyengat melibatkan seramai 82 orang sahabat-sahabat Kampung...
15/08/2026

Ride Santai Hero-Hero Kampungku Sayang ke Asam Pedas Parit Penyengat melibatkan seramai 82 orang sahabat-sahabat Kampungku Sayang Bukit Baru !

Terima kasih kepada yang hadir

Kelab Pemuda Bukit Baru - Pebaru ✅
Group Pangkin✅
Bukit Baru Hunter FC✅
Bukit Baru Anglers Team✅
DKBR FC✅

BERSAMA MEREJUVENASI KAMPUNGKU SAYANG

Petang ini Pihak JPKK Kampungku Sayang berkesempatan beramah mesra dan menyumbang kasut takraw bagi kegunaan anak-anak K...
03/08/2026

Petang ini Pihak JPKK Kampungku Sayang berkesempatan beramah mesra dan menyumbang kasut takraw bagi kegunaan anak-anak Kampungku Sayang bertempat di Gelanggang Sepak Takraw Kampungku Sayang Bukit Baru.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi buat anak-anak Kampungku Sayang.

BERSAMA MEREJUVENASI KAMPUNGKU SAYANG !

Pihak JPKK Kampungku Sayang dan Madrasah Al-Jariah mengambil inisiatif mengedarkan air mineral bagi kegunaan penduduk ka...
15/07/2026

Pihak JPKK Kampungku Sayang dan Madrasah Al-Jariah mengambil inisiatif mengedarkan air mineral bagi kegunaan penduduk kampung yang terkesan dengan gangguan bekalan air akibat kebocoran paip SAMB.

Pihak JPKK juga telah menghubungi pihak SAMB bagi bantuan lori bekalan air yang akan ditempatkan di PDK Kampungku Sayang dan Balai Raya Dalam.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

BERSAMA MEREJUVENASI KAMPUNGKU SAYANG !

🚨 PERHATIAN PENDUDUK KAMPUNGKU SAYANG 🚨JOM TURUN BERAMAI-RAMAI DEMI TANGGUNGJAWAB BERSAMA!🦟 DENGGI BOLEH MERAGUT NYAWA. ...
16/06/2026

🚨 PERHATIAN PENDUDUK KAMPUNGKU SAYANG 🚨

JOM TURUN BERAMAI-RAMAI DEMI TANGGUNGJAWAB BERSAMA!

🦟 DENGGI BOLEH MERAGUT NYAWA. JANGAN TUNGGU SEHINGGA BERLAKU KES DI KAWASAN KITA.

Sertai Program Gotong Royong Bebas Denggi Kampungku Sayang:

📅 21 Jun 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 Pagi
📍 Balai Raya Kampungku Sayang

⚠️ Kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab bersama. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, keluarkan barang lusuh dan pastikan kawasan rumah sentiasa bersih.

💪 Turun padang dan sama-sama bertindak. Komuniti yang prihatin ialah komuniti yang bebas denggi.

TIADA TEMPAT UNTUK NYAMUK AEDES!
CEGAH DENGGI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA. 🦟🔥

Alhamdulillah 🤲 Terima kasih kepada Pemuda-Pemuda yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menjayakan setiap pro...
14/06/2026

Alhamdulillah 🤲 Terima kasih kepada Pemuda-Pemuda yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam menjayakan setiap program demi merealisasikan agenda kemajuan Kampungku Sayang !

RUANG IKLAN DIGITAL BILLBOARD KAMPUNGKU SAYANG UNTUK DISEWA !Iklan PerniagaanJemputan ProgramJemputan Perkahwinandan Lai...
04/06/2026

RUANG IKLAN DIGITAL BILLBOARD KAMPUNGKU SAYANG UNTUK DISEWA !

Iklan Perniagaan
Jemputan Program
Jemputan Perkahwinan
dan Lain-lain Iklan berkaitan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Encik Hisham ditalian 016-2177274

BERSAMA MEREJUVENASI KAMPUNGKU SAYANG!

Address

Batu 3 Kampungku Sayang Bukit Baru
Malacca City
75150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampungku Sayang-Bukit Baru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share