Kg Bukit Tambun / Padang Kerbau

Kg Bukit Tambun / Padang Kerbau "FB Page" ini adalah merupakan medium perkongsian aktiviti Kampung Bukit Tambun/Padang Kerbau.

Terima kasih YB Datuk Zahari Abd Kalil sudi singgah bersarapan dan santuni warga penduduk dan Otai2 Kampung Bukit Tambun...
18/08/2026

Terima kasih YB Datuk Zahari Abd Kalil sudi singgah bersarapan dan santuni warga penduduk dan Otai2 Kampung Bukit Tambun.

MESYUARAT JPKK BUKIT TAMBUN UTARA BIL.8/2026Alhamdulillah telah berlangsung malam ini Mesyuarat JPKK Bukit Tambun Utara ...
09/08/2026

MESYUARAT JPKK BUKIT TAMBUN UTARA BIL.8/2026

Alhamdulillah telah berlangsung malam ini Mesyuarat JPKK Bukit Tambun Utara Bil.8/2026 di Balairaya Kg. Bukit Tambun. Mesyuarat membincangkan berkaitan pembangunan dan pelaksanaan aktiviti JPKK pada bulan Ogos 2026 serta membincangkan program sambutan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos nanti.

Terima kasih kepada semua AJK JPKK yang dapat hadir pada malam ini dan semoga tugas serta amanah yang diberi dapat digalas demi agama, bangsa dan tanah air.

"KAMPUNG KITA,RUMAH KITA"
"KHIDMAT UNTUK ORANG KAMPUNG"
"ANAK KAMPUNG,UNTUK ORANG KAMPUNG"

MELAKA SAYANG RAKYAT

π˜Ώπ™π™π™„π˜Όπ™‰ π™π™π™‰π™‚π™‚π˜Όπ™‡ π™ƒπ™€π˜½π˜Όπ™!!!








YAB DSU Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Zahari Abd Kalil
YB Datuk Hj Fairul Nizam Roslan Along

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA AL-MARHUMAH SEMY BINTI RIMINInnalillahi wainna illahi rojiun.JPKK Bukit Tambun Utara dan sel...
07/08/2026

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA AL-MARHUMAH SEMY BINTI RIMIN

Innalillahi wainna illahi rojiun.

JPKK Bukit Tambun Utara dan seluruh warga penduduk Kg Bukit Tambun / Padang Kerbau mengucapkan salam takziah buat keluarga Al-Marhumah Semy binti Rimin (66 tahun) yang telah menghembus nafas yang terakhir jam 11.00 pagi tadi di Hospital Besar Melaka. Kita doakan semoga keluarga arwah berada dalam keadaan tabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan ini.

Dimaklumkan oleh ahli keluarga, jenazah arwah akan dimandikan dan dikafankan di Hospital Besar Melaka dan kemudian akan dibawa balik ke rumah di Kg. Bukit Tambun (jika urusan di hospital selesai awal sebelum atau pada jam 3 petang).

Jenazah kemudian akan disolatkan di Masjid An-Naim Durian Tunggal selepas solat Asar dan seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Air Semubuk, Durian Tunggal.

Alhamdulillah, mewakil seluruh keluarga arwah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Imam dan Bilal serta seluruh JK Masjid An-Naim Durian Tunggal, JK Tanah Perkuburan Air Semubuk, anak-anak kariah Durian Tunggal, saudara mara dan sahabat handai serta semua yang terlibat dalam menguruskan pengkebumian jenazah arwah sehingga selesai.

Sama-sama kita doakan semoga arwah diampunkan segala dosa dan ditempatkan disyurga disisi orang-orang yang soleh. Insya-Allah...Amin.

π˜Ώπ™π™π™„π˜Όπ™‰ π™π™π™‰π™‚π™‚π˜Όπ™‡ π™ƒπ™€π˜½π˜Όπ™!!!

"KAMPUNG KITA,RUMAH KITA"
"KHIDMAT UNTUK ORANG KAMPUNG"
"ANAK KAMPUNG,UNTUK ORANG KAMPUNG"









YAB DSU Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Zahari Abd Kalil
YB Datuk Hj Fairul Nizam Roslan Along

05/08/2026
SUASANA JUALAN RAHMAH DI KAMPUNG BUKIT TAMBUN DURIAN TUNGGALAlhamdulillah sedang berlangsung pagi ini Jualan Rahmah di K...
02/08/2026

SUASANA JUALAN RAHMAH DI KAMPUNG BUKIT TAMBUN DURIAN TUNGGAL

Alhamdulillah sedang berlangsung pagi ini Jualan Rahmah di Kampung Bukit Tambun bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari bertempat diperkarangan rumah Bilal Pak Abu. Dijemput kepada semua warga penduduk Kg Bukit Tambun / Padang Kerbau dan JPKK Bukit Tambun Utara untuk membeli belah dan memeriahkan jualan rahmah pagi ini.

Terima kasih kepada YB Datuk Zahari Abd Kalil yang telah memilih lokasi jualan rahmah di Kampung Bukit Tambun untuk kali ke-2 dan menyumbang 150 ekor ayam percuma kepada pengunjung yang hadir awal pagi ini. Semoga aktiviti jualan rahmah ini memberi manfaat kepada semua penduduk Kampung Bukit Tambun dan seluruh warga penduduk JPKK Bukit Tambun Utara. Insya-Allah...Amin.

"KAMPUNG KITA,RUMAH KITA"
"KHIDMAT UNTUK ORANG KAMPUNG"
"ANAK KAMPUNG,UNTUK ORANG KAMPUNG"

MELAKA SAYANG RAKYAT

π˜Ώπ™π™π™„π˜Όπ™‰ π™π™π™‰π™‚π™‚π˜Όπ™‡ π™ƒπ™€π˜½π˜Όπ™!!!








YAB DSU Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hj Fairul Nizam Roslan Along

JUALAN RAHMAH KEMBALI DI KAMPUNG BUKIT TAMBUN DURIAN TUNGGALAlhamdulillah pagi ini akan berlangsung Jualan Rahmah di Kam...
01/08/2026

JUALAN RAHMAH KEMBALI DI KAMPUNG BUKIT TAMBUN DURIAN TUNGGAL

Alhamdulillah pagi ini akan berlangsung Jualan Rahmah di Kampung Bukit Tambun bermula jam 8.30 pagi bertempat diperkarangan rumah Bilal Pak Abu. Persiapan masih berjalan pada pagi ini dan dijemput kepada semua warga penduduk Kg Bukit Tambun / Padang Kerbau dan JPKK Bukit Tambun Utara untuk membeli belah dan memeriahkan jualan rahmah hari ini.

Terima kasih kepada YB Datuk Zahari Abd Kalil yang telah memilih lokasi jualan rahmah di Kampung Bukit Tambun utk kali ke-2. Semoga aktiviti jualan rahmah ini memberi manfaat kepada semua penduduk Kampung Bukit Tambun dan seluruh warga penduduk JPKK Bukit Tambun Utara. Insya-Allah...Amin.

"KAMPUNG KITA,RUMAH KITA"
"KHIDMAT UNTUK ORANG KAMPUNG"
"ANAK KAMPUNG,UNTUK ORANG KAMPUNG"

MELAKA SAYANG RAKYAT

π˜Ώπ™π™π™„π˜Όπ™‰ π™π™π™‰π™‚π™‚π˜Όπ™‡ π™ƒπ™€π˜½π˜Όπ™!!!








YAB DSU Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Hj Fairul Nizam Roslan Along

Address

Kg. Bukit Tambun, Durian Tunggal
Malacca City
76100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kg Bukit Tambun / Padang Kerbau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kg Bukit Tambun / Padang Kerbau:

Shortcuts

Share