Pertubuhan Amal, Kebajikan & Sosio-ekonomi Insan - PAKSI

Directions

Pertubuhan Amal, Kebajikan & Sosio-ekonomi Insan - PAKSI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Amal, Kebajikan & Sosio-ekonomi Insan - PAKSI, Non-Governmental Organization (NGO), Taman Sri Aman Masjid Tanah, Malacca City.

PERPISAHAN YANG PASTI.PERPISAHAN YANG ABADI.Perginya seorang wanita yang begitu besar jasanya kepada negara, seorang dok...
28/09/2026

PERPISAHAN YANG PASTI.
PERPISAHAN YANG ABADI.

Perginya seorang wanita yang begitu besar jasanya kepada negara, seorang doktor, tokoh masyarakat dan insan yang telah menabur bakti sepanjang perjalanan hidupnya.

Pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada usia 100 tahun meninggalkan sebuah ruang yang tidak mungkin terisi.

Namun setiap kehidupan pasti sampai ke penghujungnya.
Setiap pertemuan akan menemukan perpisahan.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan kebaikan Allahyarhamah menjadi amal yang terus mengalir, dan semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat Tun Dr. Mahathir Mohamad, seluruh keluarga dan insan-insan yang menyayangi Allahyarhamah.

Al-Fatihah.

Perpisahan yang pasti.
Perpisahan yang abadi.
Namun jasa dan kenangan tetap hidup selamanya.

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Berbeza warna, bahasa dan budaya,kita tetap satu dalam sebuah Malaysia.Semoga semangat p...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Berbeza warna, bahasa dan budaya,
kita tetap satu dalam sebuah Malaysia.

Semoga semangat perpaduan terus menjadi kekuatan kita untuk saling menghormati, membantu dan menjaga sesama kita.

Bersama kita melangkah,
bersama kita membina Malaysia. ❤️🤍💙💛

PAKSI — Sentiasa Prihatin.


Ziarah Kasih PAKSI PAKSI telah diwakili oleh Puan Faridah Ieda bagi menziarahi sahabat kami, Puan Nooraida Romli yang ba...
11/09/2026

Ziarah Kasih PAKSI

PAKSI telah diwakili oleh Puan Faridah Ieda bagi menziarahi sahabat kami, Puan Nooraida Romli yang baru sahaja menjalani pembedahan di Hospital Melaka.

Semoga ziarah ini dapat membawa sedikit keceriaan dan menjadi tanda ingatan bahawa beliau tidak bersendirian dalam menghadapi ujian ini.

Kami seluruh warga PAKSI mendoakan agar Puan Nooraida dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan ketabahan sepanjang proses pemulihan.

Kerana setiap ziarah adalah tanda kasih, dan setiap doa adalah harapan. ❤️

PAKSI PRIHATIN ❤️ | ZIARAH KASIHAda waktunya, ujian datang tanpa kita duga. Yang mampu kita lakukan hanyalah hadir, memb...
31/08/2026

PAKSI PRIHATIN ❤️ | ZIARAH KASIH

Ada waktunya, ujian datang tanpa kita duga. Yang mampu kita lakukan hanyalah hadir, membantu apa yang termampu dan terus mendoakan.

Julai 2026
Anak kepada sahabat kami, Pn. Reha Shah, telah melalui perjalanan rawatan yang panjang. Selepas pembedahan di HKL dan dibenarkan pulang ke rumah pada 3 Julai 2026, PAKSI telah berusaha mendapatkan sebuah katil medik bagi memudahkan penjagaan beliau di rumah.

Namun ujian berlanjutan apabila beliau kembali dimasukkan ke Hospital Melaka dan menjalani beberapa siri pembedahan.

Ogos 2026
Kami dari PAKSI hadir menziarah di Hospital Besar Melaka, menyampaikan sedikit sumbangan dan yang paling utama, menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan.

Sungguhpun kesihatan ibu itu sendiri kurang memuaskan, namun segala kekuatan, ketabahan dan doa seorang ibu itu memang sentiasa didengari ALLAH SWT.

Alhamdulillah, hampir dua bulan bertarung dengan ujian, hari ini anakandanya dibenarkan pulang ke rumah.

Selamat pulang ke rumah anakanda Ayob. ❤️
Semoga kepulangan ini menjadi permulaan kepada hari-hari yang lebih baik.

Kami semua dari NGO PAKSI mendoakan agar anakanda Ayob diberikan kesembuhan yang sempurna. 🤲🏼❤️

PAKSI sentiasa prihatin.
Kerana kepedulian kecil kita mungkin membawa makna yang besar buat mereka yang sedang diuji.❤️


31/08/2026

PAKSI PRIHATIN ❤️ | ZIARAH KASIH

Ada waktunya, ujian datang tanpa kita duga. Yang mampu kita lakukan hanyalah hadir, membantu apa yang termampu dan terus mendoakan.

Julai 2026
Anak kepada sahabat kami, Pn. Reha Shah, telah melalui perjalanan rawatan yang panjang. Selepas pembedahan di HKL dan sekembalinya beliau ke rumah pada 3 Julai 2026, PAKSI telah berusaha mendapatkan sebuah katil medik bagi memudahkan penjagaan beliau di rumah.

Namun ujian berlanjutan apabila beliau kembali dimasukkan ke Hospital Melaka dan menjalani beberapa siri pembedahan.

Ogos 2026
Kami dari PAKSI hadir menziarah, menyampaikan sedikit sumbangan dan yang paling utama, menitipkan doa agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan.

Sungguhpun kesihatan diri sendiri juga kurang memuaskan namun kekuatan, ketabahan dan doa dari seorang ibu memang akan sentiasa didengari ALLAH SWT.

Alhamdulillah, hampir dua bulan bertarung dengan ujian, hari ini anakanda beliau dibenarkan pulang ke rumah..

Selamat pulang kerumah buat anakanda Ayob❤️
Semoga kepulangan ini menjadi permulaan kepada hari-hari yang lebih baik.
Kami semua dari NGO PAKSI akan terus mendoakan untuk kesihatan dan kesejahteraanmu. 🤲🏼❤️

PAKSI sentiasa prihatin.
Kerana kepedulian kecil kita mungkin membawa makna yang besar buat mereka yang sedang diuji.❤️


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat untuk terus prihatin, bersatu d...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat untuk terus prihatin, bersatu dan berbakti kepada masyarakat.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera, dengan rakyat yang saling menghormati dan sentiasa menghulurkan tangan kepada yang memerlukan.

Malaysia MADANI. Kesejahteraan dinikmati 🇲🇾

PAKSI – Sentiasa Prihatin ❤️
Jiwa Merdeka, Masyarakat Sejahtera.

Selamat Hari Merdeka ke-69🇲🇾

Salam Maulidur Rasul ﷺ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلمSemoga dengan keberkatan Maulidur Rasul ini, kita sent...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Semoga dengan keberkatan Maulidur Rasul ini, kita sentiasa dilimpahi rahmat, dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan hati serta dikurniakan rezeki yang berkat.

Ayuh kita hidupkan sunnah dan teladani akhlak mulia Rasulullah ﷺ.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Salam Maal Hijrah 1448H.Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi berpindah hati ke arah yang lebih baik. Semoga tah...
17/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H.

Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi berpindah hati ke arah yang lebih baik. Semoga tahun baru Islam ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, rezeki yang melimpah dan iman yang semakin teguh.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.

SELAMAT HARI GURU buat semua insan bergelar pendidik. 🌹Terima kasih atas setiap ilmu, nasihat dan pengorbanan yang dicur...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU buat semua insan bergelar pendidik. 🌹

Terima kasih atas setiap ilmu, nasihat dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu.
Jasa kalian bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk masa depan generasi.

Semoga semua cikgu sentiasa diberi kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dunia akhirat.
Terima kasih cikgu. ❤️

Address

Taman Sri Aman Masjid Tanah
Malacca City

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amal, Kebajikan & Sosio-ekonomi Insan - PAKSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share