16/09/2026
Tips Untuk Penjaga Warga Emas
Menjaga kesejahteraan warga emas memerlukan perhatian rapi, terutamanya dalam pengurusan ubat-ubatan harian mereka. 🧓👵💊 Sebagai penjaga, anda memainkan peranan penting untuk memastikan rawatan mereka berkesan dan tahap kesihatan sentiasa terjaga.
Jom amalkan tip pengurusan ubat yang betul ini:
✔️ Beri arahan pengambilan ubat dengan jelas, ringkas, dan berulang-ulang kepada warga emas agar mereka mudah faham.
✔️ Pantau jika terdapat kesan sampingan dan segera dapatkan rawatan atau nasihat doktor sekiranya perlu.
✔️ Ingatkan serta pantau agar ubat diambil mengikut waktu dan dos yang tepat.
✔️ Lakukan semakan tarikh luput ubat-ubatan secara berkala.
✔️ Sediakan alat pemotong ubat (pill-cutter) sekiranya terdapat keperluan untuk memotong ubat tersebut.
✔️ Simpan ubat-ubat di dalam bekas yang bersih, selamat, mudah dilihat dan pastikan anda mematuhi arahan penyimpanan yang disarankan oleh pegawai farmasi.
✔️ Elakkan pengambilan sebarangan produk atau ubat di pasaran sebelum merujuk dan mendapat nasihat daripada doktor yang merawat mereka.
✔️ Sentiasa rujuk doktor atau pegawai farmasi sekiranya timbul sebarang ketidakpastian berkaitan ubat.
Keselamatan ibu bapa dan orang tersayang terletak pada keprihatinan kita bersama. Mari jalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya! ❤️✨