Persatuan Rakan Penghantar Melaka - R.P.M

Persatuan Rakan Penghantar Melaka - R.P.M PERSATUAN INI DITUBUHKAN KHAS UNTUK RAKAN-RAKAN PENGHANTAR NEGERI MELAKA

31/03/2026
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/772162KENYATAAN MEDIA: PERSATUAN RAKAN PENGHANTAR MELAKA (RPM) DESAK MORATORIU...
17/03/2026

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/772162

KENYATAAN MEDIA: PERSATUAN RAKAN PENGHANTAR MELAKA (RPM) DESAK MORATORIUM PELAKSANAAN AKTA 872, BERSUARA KERAS ISU TRIBUNAL DAN MAJLIS PERUNDINGAN GIG

MELAKA, 18 Mac 2026 – Persatuan Rakan Penghantar Melaka (RPM) menegaskan bahawa cadangan penubuhan Tribunal Pekerja Gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu disertakan dengan garis panduan serta peraturan pelaksanaan yang jelas, terperinci dan komprehensif. Ini amat kritikal bagi memastikan kejelasan dari segi bidang kuasa, skop pendengaran serta mekanisme penyelesaian pertikaian antara pekerja gig, platform dan pihak berkepentingan lain.

RPM mengkritik keras draf sedia ada yang dilihat masih kabur. Tanpa perincian yang jelas dalam aspek prosedur dan penguatkuasaan, tribunal tersebut berpotensi mewujudkan pertindihan dengan mekanisme penyelesaian pertikaian sedia ada. Seterusnya, kecacatan ini hanya akan menimbulkan ketidakpastian dari sudut pelaksanaan undang-undang di lapangan. Keadaan ini langsung tidak membela nasib pekerja gig, sebaliknya hanya menambah karenah birokrasi yang membebankan. Selepas RUU diluluskan di Parlimen, kita lihat libat urus masih lagi dijalankan dan ini jelas menunjukkan ia tidak bersedia untuk dikuatkuasakan tanpa penambahbaikan.

Dalam masa yang sama, RPM turut membangkitkan kebimbangan terhadap cadangan penubuhan Majlis Perundingan Gig. Ia memerlukan peraturan yang telus berkaitan struktur keanggotaan, kaedah pelantikan serta tahap keterwakilan sebenar komuniti pekerja gig. Tanpa jaminan keterwakilan yang seimbang dan bermakna, majlis tersebut berisiko menjadi sekadar platform perundingan formal. Ini bermakna suara sebenar pekerja gig yang beroperasi di lapangan tidak akan benar-benar diambil kira dalam proses penggubalan dasar yang memberi kesan langsung kepada kelangsungan industri gig negara.
Sebagai sebuah inisiatif advokasi yang memperjuangkan masa depan ekonomi gig negara, RPM melihat kelompongan dalam akta ini sebagai satu risiko yang terlalu besar untuk dibiarkan. Oleh hal yang demikian, RPM mencadangkan dua penyelesaian utama:

1. Pelaksanaan Moratorium Serta-Merta: Kerajaan digesa untuk menguatkuasakan penangguhan (moratorium) terhadap pelaksanaan Akta 872 ini dengan serta-merta. Pelaksanaan dasar yang bersifat separuh masak hanya akan meruntuhkan ekosistem industri yang sedang berkembang.

2. Penstrukturan Semula Jawatankuasa Libat Urus: Sewaktu tempoh moratorium berjalan, satu jawatankuasa khas yang wajib dianggotai oleh wakil-wakil pekerja gig dari peringkat akar umbi (bukan sekadar lantikan politik atau korporat) perlu ditubuhkan. Jawatankuasa ini mesti diberi mandat untuk merangka semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Tribunal dan syarat lantikan ke dalam Majlis Perundingan Gig.

RPM tidak menolak usaha kerajaan untuk mengawal selia industri, namun kami menolak keras sebarang penggubalan undang-undang yang dibuat tanpa ketelitian teknikal dan tanpa suara sebenar pemain industri di lapangan, akan mengakibatkan kepayahan kepada pekerja dalam industri ini.

-TAMAT-
Dikeluarkan oleh:
Persatuan Rakan Penghantar Melaka (RPM)
Tarikh: 18 Mac 2026

MELAKA - Persatuan Rakan Penghantar Melaka (RPM) menegaskan cadangan penubuhan Tribunal Pekerja Gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu...

14/03/2026

Malam itu, mereka datang bukan sekadar untuk moreh.

Sebaliknya membawa cerita kehidupan di jalan raya — cerita tentang panas, hujan, dan perjalanan panjang mencari rezeki.

Golongan yang sering dipanggil “abang rider.”

Di tengah suasana santai itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, hadir menyantuni mereka.

Bukan sekadar hadir, tetapi mendengar.

Dan dari pertemuan itu, satu janji disampaikan — suara mereka akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) demi memastikan kebajikan golongan e-hailing terus terbela.

Kerana Melaka sentiasa percaya, rakyat perlu didengar.

Itulah semangat MeSRa – Melaka Sayang Rakyat.

1. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) digesa supaya menggugurkan pengiktirafan pemastautin tetap (PR) ...
13/03/2026

1. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) digesa supaya menggugurkan pengiktirafan pemastautin tetap (PR) sebagai pekerja gig di bawah Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) bagi melindungi kepentingan lebih 1.2 juta rakyat di negara ini yang bekerja dalam sektor berkenaan.

2. MyGiG membantah keras takrifan dalam Akta 872 yang memberi pengiktirafan kepada PR sebagai pekerja gig. Perkara ini jelas bertentangan dengan dasar sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang menetapkan bahawa hanya warganegara Malaysia dibenarkan beroperasi sebagai pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing.

3. Sekiranya status itu diiktiraf, ia bakal mencetuskan lambakan penawaran, sekali gus membolehkan syarikat pengendali platform mempunyai ruang untuk terus memanipulasi dan menekan kadar tambang serta upah yang sudah sedia rendah ke paras yang lebih tidak munasabah.

Sumber: Sinar Harian

Berita Penuh:
https://www.sinarharian.com.my/article/771658/berita/nasional/mygig-desak-kerajaan-gugurkan-pengiktirafan-pr-sebagai-pekerja-gig

Address

Malacca City
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Rakan Penghantar Melaka - R.P.M posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share