IKRAM Tanah Merah

IKRAM Tanah Merah Malaysia Negara Rahmah

Ada jiwa-jiwa muda yang bangkit saat yang lain masih leka. Ketika sebahagian daripada kita semakin sibuk dengan urusan d...
29/04/2026

Ada jiwa-jiwa muda yang bangkit saat yang lain masih leka. Ketika sebahagian daripada kita semakin sibuk dengan urusan dunia dan mulai longgar langkah perjuangan, mereka hadir dengan hati yang bersih, langkah yang laju, dan semangat yang membara.

Sungguh, melihat semangat mereka, terasa kerdil diri ini… seolah-olah usia yang meningkat tidak seiring dengan amal dan pengorbanan.

Mereka tidak menunggu sempurna untuk bergerak. Mereka belajar sambil berjuang, jatuh lalu bangkit, lemah tetapi terus melangkah.

Sedangkan kita yang lebih lama makan garam kehidupan, kadang-kadang masih mencari alasan untuk tidak berbuat apa-apa.

“Sesungguhnya pembentukan umat bermula dengan pembentukan pemuda.” — Hassan al-Banna

Maka beruntunglah para pemuda yang terus berkobar dengan misi Ilahi. Dan malulah kita jika masih ketinggalan di belakang, sedang mereka terus ke hadapan membawa obor dakwah.

Para pemuda Islam tidak tunggu “sempurna” baru nak bergerak. Tarbiah & dakwah berjalan serentak.“Kita hendaklah membentu...
06/04/2026

Para pemuda Islam tidak tunggu “sempurna” baru nak bergerak. Tarbiah & dakwah berjalan serentak.

“Kita hendaklah membentuk generasi yang memahami Islam dengan kefahaman yang syumul, kemudian beramal dengannya, dan menyampaikannya kepada manusia.” — Yusuf al-Qaradawi


TAHNIAH KEPADA BARISAN PIMPINAN IKRAM MUDA KAWASAN TANAH MERAH SESI 2026–2028Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
04/04/2026

TAHNIAH KEPADA BARISAN PIMPINAN IKRAM MUDA KAWASAN TANAH MERAH SESI 2026–2028

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tanah Merah, 4 April 2026 — Alhamdulillah, Mesyuarat Agung IKRAM Muda Kawasan Tanah Merah yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini menyaksikan pemilihan barisan Jawatankuasa (JK) baharu bagi sesi 2026–2028.

Pemilihan ini menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh gerak kerja anak muda di peringkat kawasan, khususnya dalam usaha membina kepimpinan yang berwibawa, berdaya saing serta berorientasikan solusi kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, setinggi-tinggi tahniah turut diucapkan kepada IKRAM Muda Tanah Merah atas pencapaian bersejarah sebagai sayap IKRAM Muda Kawasan pertama yang rasmi di negeri Kelantan. Pencapaian ini diharap menjadi pemangkin kepada perkembangan lebih luas gerakan anak muda di seluruh negeri.

Semoga barisan kepimpinan yang dilantik dapat menggalas amanah dengan penuh dedikasi serta terus komited dalam memperjuangkan agenda pembangunan belia berteraskan nilai, ilmu dan khidmat kepada masyarakat.

"Anak Muda Menjana Solusi"


17/03/2026
Alhamdulillah iftar jamaie IKRAM Muda Tanah Merah.
09/03/2026

Alhamdulillah iftar jamaie IKRAM Muda Tanah Merah.


7 Mac 2026, Tanah Merah - Telah berlangsung program tahunan Remaja Raikan Ramadan (3R) yang telah diadakan di Masjid Muk...
08/03/2026

7 Mac 2026, Tanah Merah - Telah berlangsung program tahunan Remaja Raikan Ramadan (3R) yang telah diadakan di Masjid Mukim Gual Ipoh ( anjuran bersama)

Seramai 15 orang peserta telah menyertai program kali ini. Walaupun penyertaan agak sedikit, namun Alhamdulillah setiap tentatif telah dapat dijayakan dengan baik dan menyeronokkan.

Antara aktiviti menarik menghidupkan Ramadan ialah halaqah Al-Quran, taujihat Ramadan, ziarah asnaf, sketsa 1 Hari 1 Hadis Ramadan dan Aktiviti explorace yang menekankan Interaksi dengan Al-Quran.

Perasmian penutup telah di sempurnakan oleh YDP IKRAM Kawasan Tanah Merah,Dr. Hj Wan Marzuki bin Wan Omar.

Terima kasih kepada barisan fasilitator dan penganjur bersama Masjid Mukim Gual Ipoh dan Farmasi CM, Gual Ipoh untuk menjayakan 3R tahun ini.

JK Pelaksana 3R,
IKRAMTeens TM/Machang

07/03/2026
07/03/2026
Ramadan Kareem | رمضان كريم
18/02/2026

Ramadan Kareem | رمضان كريم

Malam ni usrah kami "pindah" suasana sikit. Duduklepak sejenak, bincang pasal iman.Memang tenang vibe kat sini, kafe kon...
04/02/2026

Malam ni usrah kami "pindah" suasana sikit. Duduklepak sejenak, bincang pasal iman.

Memang tenang vibe kat sini, kafe konsep hipster tapi dalam suasana kampung yang damai. Bunyi mesin kopi berselang-seli dengan suasana malam, memang kena sangat untuk bincang topik yang berat tapi menyentuh jiwa. ​Sambil hirup kopi, ini antara 4 pengisian yang kami bincangkan tadi:

​1. BERDAMAI DENGAN TAKDIR

Kadang kita penat sebab kita sibuk "berperang" dengan apa yang Allah dah tetapkan. Bila sesuatu tak jadi macam kita nak, kita mula tanya "Kenapa aku?". Tapi malam ni aku belajar, ubat paling tenang ialah buang perkataan "kalaulah..." dan ganti dengan "ini takdir Allah".

​Nabi SAW pesan: "...Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah berkata: 'Kalaulah aku buat macam ni, tentu jadi begini'. Tapi katakanlah: 'Ini takdir Allah (Qadarullah) dan apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan'..." (HR. Muslim)

​2. KAYA HATI (QANA'AH)

Susah nak rasa cukup bila kita asyik tengok "kelebihan" orang lain di media sosial. Tapi sebenarnya, orang paling kaya ialah orang yang hati dia rasa cukup dengan apa yang ada di depan mata. Bila hati qana’ah, dunia takkan mampu buat kita rasa miskin.

​Sabda Nabi SAW: "Kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sebenar adalah kekayaan jiwa (hati)." (HR. Bukhari & Muslim)

​3. CABARAN MENDIDIK ANAK DI MASA HADAPAN

Paling terkesan bila bincang bab mendidik anak zaman sekarang. Masa depan mereka penuh dengan cabaran teknologi dan AI yang kita sendiri pun kadang tak terkejar. Tugas kita bukan sekadar bagi makan, tapi nak pastikan iman mereka tak hanyut dalam dunia digital.

​Allah ingatkan kita: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..." (Surah At-Tahrim: 6)

​4. ALAM KITA TIDAK SENDIRIAN

Akhir sekali, kami sembang pasal alam di sebalik mata. Bukan nak takut-takutkan, tapi nak sedar yang kita ni ada alam sebelah yang ghaib. Jangan lupa bentengkan keluarga dengan zikir sebab mereka ni memerhati kita dalam diam.

​Firman Allah: "Sesungguhnya dia (Syaitan) dan kaumnya (Jin) melihat kamu dari satu arah yang kamu tidak dapat melihat mereka..." (Surah Al-A'raf: 27)

​Bila dah nak balik ni, rasa macam bukan setakat perut yang kenyang dengan kopi, tapi hati pun "full".

Kedai kopi ni mungkin bagi kita ruang yang selesa, tapi perkongsian ilmu macam ni lah yang bagi jiwa kita "kick" yang sebenar untuk terus kuat menghadap kehidupan.

​Moga Allah pelihara kita semua.


Ada sesetangah aktivis dakwah sekarang bertanya, relevan lagi ke join & bawa usrah? Ya! dan kalau hati mula rasa x perlu...
13/01/2026

Ada sesetangah aktivis dakwah sekarang bertanya, relevan lagi ke join & bawa usrah? Ya! dan kalau hati mula rasa x perlu dengan alasan bermacam tanggungjawab dan amanah lain, maka saat itulah sebenarnya, waktu yang kau paling perlukannya.


... "Oghe napok doh. Nok pehe agama ni xleh tengok pada 1 benda Jah. Kena tengok secara keseluruhan" - Ungkap salah seorang daripada mereka usai ziarah sang murabbi
Alhamdulillah. Berkesempatan bertentang mata dengan Akhuna Ustaz Hilmi sambil sambung sembang isu 'al-fahmu' dalam beragama.
Walaupun santai sambil2 minum air, banyak sentuhan2 hikmah dari Sang Murabbi berjaya merungkai beberapa persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.
.."Ustaz,lagumano Nak faham agama?"...

"Proses"

Ringkas, padat dan penuh makna disebalik satu jawapan ringkas yang keluar dari mulut Sang murabbi... "Ustaz bila lagi join usrah?"...
Lama dah dari Form 4 lagi semasa di asrama. ( p/s: Sang murabbi dah nak pencen setahun lagi)
.. "Wah, kiranya usrah ni dah lama lah ada"..

Ya. Dari zaman Rasulullah SAW lagi

Alhamdulillah inilah sebahagian dari intipati sembang kami kali ini.

Masih banyak yang ingin disembang tapi singkat dengan masa yang ada.

Moga sentiasa diberkati masa dan kehidupan untuk semua sang murabbi yang terus thabat mendidik ummah 🤲

P/s: Ini adalah sebahagian adik2 yang telah mengikuti program remaja di bawah kendalian IKRAM Teens Tanah Merah/Machang dan sekarang sedang melanjutkan pengajian di peringkat IPT.

CM
7/1/2026

Address

Machang
18500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKRAM Tanah Merah:

Share